Pondannya UMNO
                         
Tarikh 31 Julai 1999 akan dikenang selama-lamanya oleh semua rakyat Malaysia yang prihatin bilamana Ketua Pemuda UMNO dengan jelasnya telah tidak memberikan jawapan atas satu cabaran yang paling 'glamour' abad ini iaitu 'CABARAN MAHFUZ'. Cabaran Mahfiz ini bolehlah diketegorikan sebagai satu daripada cabaran 'Malaysia Book Of Record' kerana cabaran ini telah ditujukan kepada kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia.

Oleh itu ianya akan termaktub didalam mana-mana buku sejarah sebagai satu daripada bahan sejarah UMNO. Tidak pernah mana-mana cawangan atau bahagian atau pemimpin pemuda UMNO selama ini yang takutkan kepada cabaran. Malah
merekalah yang selama ini mendabik dada mencabar pihak lawan didalam  perdebatan mahupun didalam banyak isu lain. Akan tetapi kita telah terserlah kepimpinan UMNO yang ada kini amat pengecut malah boleh diketegorikan sebagai pondan kerana takut menerima cabaran.

Tidakkah ini akan memalukan kepimpinan Pemuda UMNO malah ahli UMNO keseluruhannya bilaman pemimpin mereka begitu takut untuk diajak berdebat dan berhujah didalam apa-apa isu sekalipun walaupun isu haid dan nifas sekalipun. Nyatalah kali ini Pemuda UMNO tidak mendapat barisan kepimpinan yang  berani dan mampan. Pemuda UMNO Malaysia nampaknya perlukan kepada satu islah (pembaharuan) yang mana dengannya nanti dapat mengembalikan imej Pemuda UMNO yang telah luntur ini.

Oleh yang sedemikian wajarlah kepimpinan Pemuda UMNO kali ini meletakkan jawatan agar tidak memalukan UMNO keseluruhannya. Saya berharap Kepimpinan UMNO didalam Majlis Tertinggi mengadakan satu sidang mesyuarat tergempar untuk membincangkan isu ini. Perlulah juga dilakukan satu rombakan terhadap Pemuda UMNO. UMNO tidaklah perlukan pemimpin akan datang yang lembik atau pondan serta tidak mempunyai karisma yang kukuh.

Adalah diharapkan Majlis Tertinggi UMNO agar memecat keahlian Pemangku Ketua Pemuda UMNO kali ini yang jelas tidak bermoral kerana telah menjadi pondan. Kalaulah UMNO ingin memenangi pilihanraya kali ini mereka perlukan calun-calun
yang kuat dan bukannya pondan.

Kesimpulannya ialah saya mencadangkan agar Sdr Hishamuddin Tun Hussien agar pergi ke Singapura untuk menjalani pembedahan tukar jantina kerana disana anda boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan kadar yang agar murah.

Akhirkata... Biarkan Pondan UMNO terjun dengan labu-labunya...

Salam Islah Dari
Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)
http://members.xoom.com/ketuaperusuh