Di sini disiarkan beberapa artikel, surat-surat dan gambar mengenai ribut di Sg Kepar yang berlaku baru-baru ini. Ianaya dikatakan berlaku setelah ada sesetengah pihak yang menaburkan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dikoyakkan . Apa yang menggerunkan ialah ianya bala ini menimpa kampung ini sahaja dan hujan batu turun dan mencederakan staff TNB yang sedang membaiki kerosakan ini.. Sila renung dan fikirkanlah...
Tepuk dada...tanyalah iman!
Beberapa minggu lalu Minda Rakyat pernah memaparkan bagaimana sekumpulan pemuda UMNO mencarik kitab suci Al-Quran dan menaburkannya di sepanjang jalan.
Berita paling sahih diterima bahawa ekoran dari majlis Malam Bersama Ulama yang dianjurkan oleh PAS Bagan Serai, maka membawa kepada perdebatan antara penyokong UMNO dan penyokong PAS.
Oleh kerana setiap hujah dalam kumpulan penyokong UMNO ditepis dan ditangkis dengan ayat suci Al-Quran oleh kumpulan pemuda PAS maka nyata perjuangan Islam memihak kepada PAS atas hujah kebenaran, bukan kemenangan.
Lantaran dari ketipisan iman kumpulan penyokong UMNO lalu bertindak mencarik Al-Quran dan menaburkannya di satu persimpangan jalan di Sungai Kepar, yang terletak antara Sg. Gedong dan Simpang Empat, Semanggol, Perak. Apabila dimaklumkan kepada Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Sabran Hj. Asmawi, beliau mengucap panjang dan mengatakan bala Allah akan turun disebabkan kejijikan perbuatan pemuda UMNO itu menghina Quran.
Sekumpulan murid dari sekolah pondok di sekitar Sg. Bakap turun
ke kawasan kejadian untuk menyelamatkan maruah agama dari tercemar,
dengan bertindak mengutip semua cebisan yang ditaburkan. Bagaimana pun
janji Allah
tetap tiba.
Keesokan harinya ribut yang maha dahsyat dalam sejarah negara ini terjadi, hingga memusnahkan 5 buah sub-stesyen TNB yang hingga hari ini masih belum pulih sepenuhnya. Kerosakan dan kerugian yang berlaku hanya Allah yang Maha Mengetahui. Anihnya, TV hanya menonjolkan kejadian ribut pada satu ketika di waktu perdananya.
Namun di sebalik bala Allah ini hanya Allah jualah yang Maha mengetahui. Marilah kita bersama mengambil iktibar bahawa dalam apa pun perjuangan kita, jangan gadaikan ugama Allah, jangan perlekehkan ugama Allah untuk mencapai cita-cita politik murahan sebagaimana yang diperjuangkan UMNO.
Semakin meyakinkan iktibar dari kejadian itu, perjuangan Islam masih berada dalam PAS sebagai satu-satunya wadah yang memeprtahankan kesucian dan martabat ugama di sisi Allah!~MR
WALLAHU A'LAM........
Assalamualaikum..
Kejadian tu benar-benar berlaku. Pada hari kejadian (16/6/99), transmission
towers 132kV line Bagan Serai - Taiping collapse (T42 - T46) disebabkan
oleh ribut taufan. Kalau melihat kepada gambar tower yang diambil tu, ianya
kelihatan berpusing seperti kita perah kain masa bilas baju le...... Tu
je info yang dapat dikongsi bersama. Itulah dia yang dikatakan
balasan tunai drp Allah swt.
Wallahualam
..............................................................................................................................................................................................
It is confirmed . It took us 5 days to normalize the electricity supply in Bagan Serai. our 4 big transmission tower collapsed due to thestorm - unbelievable. when we tried to erect a temporary tower, 2 of our staff we seriously injured. we were told it rained ice as big as tennis balls - only Allah s.w.t knows for He is Maha Mengetahui
Assalammualaikum
What a coincident.... aku baru balik kampung dan mendapat berita tentang
ribut ni serta gambaran selepas ribut dari adik aku
sendiri yang pergi lepas tu........ Dia menceritakan betapa seluruh
kampung macam padang jarak padang terkukur... semua pokok dan tiang letrik
dari satu surau hingga ke satu lagi surau (sebagai tanda kampung
tu la).. tunduk ke bumi, bukan
patah tapi samada bengkok atau terbongkar keluar......... adik aku
seram sejuk melihat semua tu... betapa balasan Allah pada mereka yang kurang
ajar pada Nya.... bala bala Allah kena pada semua orang dalam kampung.
Most rumah
kayu ranap habis.......
Dan yang ketara nye pokok kampung sebelahan tidak terusik.... nampak jelas perbezaannye.... Allah Hu Akhbar.... semoga menjadi pengajaran.....