KALAU UNDI PENGUNDI CINA TAK DAPAT, APA NAK JADI??

Dalam keadaan sekarang  dimana Mahathir tidak lagi mendapat simpati rakyat Malaysia berbangsa Cina yang sudah berpaling tadah dengan terjunamnya indeks di BSKL, tak mungkinkah agen agen UMNO akan melakukan perkara perkara yang boleh mencetuskan huru hara kaum? Ini memang kemungkinan besar kerana apa lagi yang boleh Mahathir lakukan untuk win back pengundi pengundi? Pengundi Melayu memang Mahathir dah tak harapkan lagi. Siang siang beliau dah berkata, orang orang Melayu ni terlalu emosional. Dia tahu undi Melayu dah berpecah. Kubu kubu kuat UMNO pun dah jadi KUBUR KUBUR UMNO! Itu sebabnya beliau sanggup pergi ke JINJANG, satu kawasan Cina!

Kalau ini nak dilakukan, sudah tentu ia dilakukan setelah beliau kembali dari lawatan ke negeri Cina nanti. Khabar berita, banyak syarikat syarikat yang dipaksa menampung kos rombongan PM ke negeri Cina ini. Syarikat anaknya pula akan menganjurkan satu seminar di negeri Cina semasa lawatan tersebut dan kos menganjur seminar ini dibiayai juga oleh syarikat syarikat Malaysia! Dikhabarkan juga, kos tiket tiket kapalterbang yang dikenakan agak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan pakej yang biasa disediakan oleh syarikat syarikat pelancongan. Kroni mana yang dapat kontrak membekalkan tiket kapalterbang ini??

Di negeri Cina nanti, untuk menagih undi pengundi pengundi rakyat Malaysia berbangsa Cina, beberapa perjanjian akan ditandatangani dan ini termasuk kemudahan melawat negara ini oleh rakyat negera Cina tanpa visa! Pengiktirafan akan juga diberikan kepada beberapa institut pengajian tinggi di negeri tersebut untuk membolehkan rakyat negara ini melanjutkan pelajaran di sana. Lesen berniaga juga akan dikeluarkan pada sebuah bank negara tersebut untuk beroperasi di sini. Macam macam lagilah dan sudah tentu ini akan dihebohkan secara besar besaran dalam akhbar akhbar berbangsa Cina di negara ini! Itu pun skripnya! Kita tunggu dan lihat samaada ini akan dihebohkan dalam akhbar akhbar Utusan Meloya dan Berita Hairan!

Kalau setelah kembali ke tanah air dan tektiknya untuk menagih undi pengundi pengundi berbangsa Cina tidak membuahkan hasil juga, beranikah Mahathir memarahi pengundi pengundi Cina kerana tak tahu berterima kasih? Kalau kat Melayu dia berani kata macam tu tapi kat rakyat berbangsa Cina, jangan haraplah! Jadi kesudahannya, apa yang Mahathir nak lakukan? Huru haralah jawabnya! Itu satu pilihan yang sudah mereka rancangkan. Lagi pun, UMNO sudah print beratus ribu T shirt PAS dan KEADILAN. Satu cara untuk mencetuskan huru hara ialah agen agen UMNO akan mengguna T shirt ini dan membinasakan harta benda orang orang Cina! Maka TV3 sudah bersedia untuk merakamkan segala kerja terkutuk ini dengan kamera difokuskan pada lambang PAS dan KEADILAN di T shirt ‘perusuh perusuh’ ini!

Jangan fikir ini tak boleh berlaku. Ini kemungkinan besar! Orang yang dah DESPERATE dan TERSEPIT macam Mahathir dan kuncu kuncunya akan lakukan apa saja untuk mengkekalkan kuasa. Apa yang perlu dilakukan? Preparekan minda rakyat Malaysia berbilang kaum khususnya rakyat berbangsa Cina akan kemungkinan ini dari sekarang. Lukiskan katun katun dalam HARAKAH atau EKSKLUSIF. Tulislah artikel artikel dalam bahasa Inggeris dan Mandarin mengenai perkara ini dan sebarkan pada rakan rakan berbangsa Cina. Jangan bila dah terjadi baru nak buat dan beritahu!

Jika ia berlaku, rakamkan kejadian kejadian ini dengan mengambil video atau snap shots dan panggil pemberita pemberita dari luar negeri juga. Jika boleh tangkap satu dua ‘perusuh perusuh’ ini dan paksa mereka membuat pengakuan tapi berhati hati kerana ‘perusuh perusuh’ ini sudah dilatih terlebih dahulu dan mungkin bersenjata!

Bersedialah dan marilah  kita  DEDAHkan angkara UMNO ini! Janganlah anggap perkara ini remeh temeh yang tak mungkin berlaku! Kita dah dikejutkan dengan macam macam adengan yang dipapar dan diulangtayang dalam TV3……berhati hatilah, bersedialah kerana di JPM memang ujud satu unit khas, unit tektik kotor yang ada hubungan rapat dengan cawangan khas PDRM!!

JPM