MERITOKRASI DALAM KERAJAAN DAN PERKHIDMATAN AWAM

Apalah nak diheboh hebohkan sangat mengenai kelayakkan anak anak Melayu? Umpama meludah di langit terkena batang hidung sendiri kerana UMNOlah yang membelakangkan meritokrasi selama ini. Tengok aja anggota anggota kabinet dari kalangan  UMNO. Ibrahim Ali lulusan diploma mass comm tapi disuruh menjaga undang undang, Dahlah berlulusan diploma aja, tahukah Ibrahim ni pasal selok belok undang undang? Buat malu aja bila bermesyuarat dengannya! Khalid Yunus langsung tak menjejak kaki di IPT tapi menjaga kementerian pendidikan. Macam mana Khalid nak convince pensyarah pensyarah yang berkelulusan tinggi kalau dia sendiri tak pernah menjejak kaki ke IPT?  Dato Bakar pula yang kaki bola ditugaskan menjaga kementerian sains! Apa yang Dato Bakar tahu pasal Sains? Setakat tahu membaca teks semasa merasmikan persidangan aja! Inilah di antara line up kabinet Mahathir!

Adakah kita ketandusan anak anak muda professional yang berkebolehan? Tengok aja line up parti MCA atau Gerakan. Boleh dikatakan seratus peratus berijazah tinggi! Tengok aja line up kabinet di Singapura. Kalau bukan first class jangan haraplah nak menjadi menteri. Dididik awal awal lagi! Begitu juga perkhidmatan awam di Singapura. Kalau bukan berijazah tinggi dengan rekod akademik yang cemerlang, jangan haraplah nak menjawat jawatan tinggi. Tapi disini, disebabkan nak memelayukan jabatan jabatan kerajaan, habis yang tak senonoh pun dinaikkan pangkat sebagai pengarah, timbalan ketua pengarah atau ketua pengarah!

Yang kaki bodek dan kuat mengampu sahaja yang dinaikkan pangkat tapi yang cerdik dan berwawasan dan produktif, jangan haraplah nak dinaikkan pangkat. Disebabkan bos bos  yang naik bukan mempunyai prestasi cemerlang tapi atas dasar Melayu, maka bos bos ini akan mempinggirkan anak anak buahnya yang bijak bijak dan produktif! Inilah di antara kepincangan dasar ekonomi negara yang lebih mementingkan kuantiti dari kualiti. Dalam keghairahan nak memelayukan jabatan jabatan kerajaan, inilah yang berlaku! Yang mempunyai prestasi kerja yang tak senonoh dan yang mempunyai rekod akademik yang kurang cemerlang dari bangku sekolah dan di universiti, boleh dinaikkan pangkat manakala yang konsisten bijak, pandai dan berprestasi cemerlang dalam akademik atau kerja boleh  dipinggirkan.

Ada pula yang tak mempunyai pengalaman atau kurang pengalaman,  baru saja balik dari luar negeri dengan ijazah tinggi, boleh juga dinaikkan pangkat cepat. Apa jadi bila orang orang macam ini dinaikkan pangkat cepat, memegang jawatan jawatan penting? Hancur dibuatnya jabatan tersebut!! Tambah tambah lagi apabila seseorang tu memang tidak ada rekod akademik yang cemerlang! Disebabkan dah dapat pangkat, maka tak hairanlah orang orang macam ini akan menekan orang orang bawah untuk menutup kelemahan kelemahannya! Ada satu macam inferiority complex dan ada pula yang dah tak sedar diri. Dia fikir dia naik atas kerana merit tapi sebenarnya kaki bodek dan kuat mengampu. Rekod kerja tak berapa cemerlang dan rekod akademik kalau di bangku sekolah dulu, hanya mampu gred tiga dalam SPM!! Tapi kerana DEB punya pasal, peluang diberi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan kemudian ke peringkat MSc atau PhD!

Apa yang jadi kepada pegawai pegawai lain yang lulus dengan gred satu dalam SPM dan lulus STPM dan kemudian lulus dengan kepujian di peringkat ijazah?? Mereka dipinggirkan walaupun prestasi kerja dan wawasan mereka jauh lebih baik dari pegawai pegawai yang dinaikkan pangkat tanpa kredentials yang meyakinkan!! Apabila orang orang macam ini dinaikkan pangkat, kelemahan kelemahan asas ini di kalangan mereka amat ketara sekali.

Berlagak pandai. Pandai mendelegate sahaja. Pandai menunggang kuda pegawai pegawai bawahan. Nak tulis sepotong ayat yang lengkap pun tak pandai. Nak tulis laporan pun disuruhnya pegawai bawahan melakukannya. Nak suruh menulis ucapan menteri pun dikerahnya orang orang bawah untuk melakukan.   Akibatnya, organisasi tersebut yang menderita kerana jawatan jawatan penting dipegang oleh golongan golongan seperti ini yang tidak mempunyai rekod perkhidmatan dan akademik yang cemerlang! Semata mata dinaikkan ke jawatan tinggi atas dasar Melayu dalam usaha usaha nak memelayukan jabatan jabatan kerajaan! Yang pandai dan mempunyai rekod perkhidmatan dan akademik yang cemerlang, dipinggirkan!

Siapa yang mengamalkan budaya ini? Mengapa tidak diamalkan budaya meritokrasi lagi dulu lagi kerana semasa tu memang  dah ada ramai pegawai pegawai melayu yang mempunyai rekod perkhidmatan dan akademik yang cemerlang!! Mengapa dalam mengejar kuantiti, kualiti tak diutamakan? Mengapa dulu tak ditapis dengan teliti pegawai pegawai yang nak dinaikkan pangkat ke jawatan jawatan penting? Baru sekarang kita mendengar PM sendiri berkata nak pentingkan meritokrasi tapi apa yang  nak dibuat dengan mayat mayat hidup yang telah terlepas dan kini menjawat jawatan jawatan penting??? Semak balik rekod perkhidmatan dan akademik mereka dan jika didapati tak senonoh dan kurang memuaskan, turunkan pangkat mereka!! Bolehkah ini dilakukan untuk mengembalikan zaman kegemilangan perkhidmatan awam kita yang lebih menekankan meritokrasi??

INTAN