CERITA JALUR GEMILANG DIGEMBARGEMBURKAN OLEH TV3!!

Macam dah tak ada modal lagi TV3 ni. Kerana nak mengaburi mata rakyat dan mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu isu yang sedang melanda negara, dihebohkan pula cerita mengenai jalur gemilang yang dijangka tiba di Langkawi tidak lama lagi! Bukan kita tak akui kebolehan Dato Azhar. Kita kagum dengan kebolehannya tapi mengapa nak diperbesar besarkan cerita ini? Mengapa TV3 tak perbesar besarkan kebolehan dua rakyat Malaysia berbangsa Cina yang berjaya menjejak kaki dikhutub utara? Bukankah mereka berdua ni rakyat Malaysia juga atau mereka ini dianggap second class citizen??

Bukankah matlamat awal pelayaran tersebut ialah untuk memecah rekod mengelilingi dunia tapi sayang sekali seperti yang dilaporkan dalam laman reformasi pada satu ketika dulu, apabila Dato Azhar menghantar telegram pada Dr Mahathir yang sedang tenat sakit, tiba tiba tiang kapal layarnya patah!! Maka hancurlah harapan jalur gemilang untuk memecah rekod dunia kerana tersadai berminggu minggu menunggu bahan alat ganti yang dihantar all the way dari Malaysia!! Tapi matlamat yang tidak tercapai ini tidak pula dilapurkan sekarang oleh TV3!! Disengajakan!!

Apalah sangat  pencapaian ini? Apa maknanya jika masih ramai rakyat kita yang kebuluran? Penanam padi dan pekebun kecil getah menderita sekarang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Masih ramai yang duduk di kawasan setinggan tiada bumbung sendiri, masih menumpang di negara sendiri!  Apa maknanya jika ramai pelajar pelajar melayu yang berkeupayaan tidak mampu masuk ke IPT? Mengapa tidak di convertkan duit yang dibelanja berjuta juta ringgit untuk jalur gemilang ini ke dalam bentuk biasiswa? Kan ini lebih afdal memberi peluang kepada anak anak bangsa untuk melanjutkan pelajaran! Berapa banyak biasiswa yang boleh diconvertkan dan berapa ramai pelajar pelajar kita yang menikmatinya?

Mengapa tak disalurkan belanja berjuta juta ringgit ini untuk membaik pulih sekolah sekolah didesa desa yang kebocoran atau membekal komputer ke sekolah sekolah di desa desa? Berapa banyak unit komputer yang boleh dibekalkan dan berapa ribu anak anak murid di bangku sekolah di desa desa yang boleh menikmati kemudahan berkomputer ini!! Aduh, sedihnya hati, kerja kerja membazir dalam keadaan gawat sekarang pun boleh diteruskan!! Berapa kosnya untuk menyedia, belayar  dan memberi liputan pada pelayaran ini? Berapakah kos yang ditanggung oleh TUDM untuk menghantar alat alat ganti? Bayangkan, jawatankuasa sambutan pun dibentuk!!

Dahlah duit habis, masa pegawai kerajaan pun habis!! Semata mata untuk memenuhi nafsu orang orang politik seperti Mahathir Mohamed yang akan mempolitikkan isu jalur gemilang ini. Malaysia Boleh, Melayu Boleh sambil memperkecilkan kebolehan dua rakyat Malaysia berbangsa Cina mendarat di Khutub Utara tapi nak juga menagih undi dari orang orang Cina!  Menabur Fitnah pun Boleh!! Menghina orang orang Melayu pun Boleh! Menghina ulama ulama pun Boleh! Mengguna TV3 pun Boleh.   Serba BOLEH!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

ANTI  PEMBAZIRAN