Kaum India tidak gentar sokong BA (I)
 
Saya ingin melahirkan rasa kasihan tidak berbelah-bahagi kepada Mahadead dan konco-konconya kerana undermine
kepintaran kaum India. Mungkin DS Samy Vellu telah tersalah bagi nasihat kepada PM. Kaum India dibayangkan sebagai
satu golongan minoriti yang sentiasa berpaut kepada MIC dan  BN. Pada hakikatnya, kamilah kaum 'terbiar' di bumi bertuah ini. Ini semua adalah hasil dari konsep "divide and rule" tajaan BN  dan pemimpin-pemimpin MIC yang hanya sibuk mengumpulkan  harta dan mengamalkan politik cantas-mencantas ala India.

Dalam kekeruhan suasana ini, BA telah mula memenangi hati  kaum India. Mahadead dengan pantas (sebab takut agak nya) telah mengecam tindakan PAS (membenarkan associate  membership) sebagai perbuatan memancing undi. Yang depa sibuk pi beraksi kat Perhimpunan Agung MIC tu apa nama? Baru lah sibuk nak iktiraf sokongan politik kaum India.

Orang India ni pun kesian jugak. Baru lepas dari ladang-ladang penjajah, terus berhijrah masuk jajahan BN yang nyata lebih
zalim. Tengoklah pemimpin MIC - diktator, pengganas, aksi macam samseng. Baru-baru ini dia sanggup berbelanja jutaan
ringgit untuk melaksanakan perkahwinan anaknya. Ini semua orang India tak nampak. Bukan salah dia orang jugak. Since
young diasuh dan dibasuh di sekolah-sekolah Tamil. Semuanya  tuned untuk menghormati pemimpin dan terima arahan tanpa
banyak soal. Dari HM sampai tukang sapu begitu. Sebab HM tu sendiri naik pasal MIC network .... nothing else. Manalah dia
orang ni nak dedicated untuk menaikkan taraf pendidikan  masyarakat India? Anak HM sendiri pun pergi sekolah bantuan
penuh kerajaan.

Budak-budak yang Tamil educated ni ada jugak (hasil daya usaha sendiri) masuk sekolah menengah. Di situ, mereka meng
hadapi masalah untuk berinteraksi dengan kaum lain. Inilah  punca utama mengapa pelajar India kurang patriotik dan kurang
melibatkan diri dalam isu-isu kenegaraan. Mereka kurang mema hami aspirasi kaum-kaum lain dan semakin narrow-minded.
Akhbar-akhbar Tamil pula lebih bersifat commercial dan masih  berkiblatkan India dalam hal-hal tertentu. Lebih banyak berita
sensasi tentang pelakon dan penyanyi di India. Cakap pasal isu dalam negeri - dicetaknya gambar Mahadead dan Samy
Vellu saban hari di muka utama. Lesen pun pass.

Kalau anda approach pelajar-pelajar U yang berbangsa India, anda boleh BILANG DENGAN ANAK JARI berapa ramai yang  berjaya melanjutkan pelajaran ke U hasil bantuan MIC. Hampir kesemuanya boleh dikatakan masuk dengan daya usaha sendiri. Kesian dengar cerita dia orang. Macam-macam kerja sambilan dilakukan untuk memenuhi cita-cita. Tapi bila budak-budak ni grad ....phooh! Bukan main MIC nak dabik dada seolah-olah semuanya hasil usaha gigih mereka! Pernah jugak saya ter dengar peristiwa Samy Vellu dimalukan di majlis konvo grad perubatan di India. Dia pergi nak cari glamour tapi kena pulau oleh parents sendiri. Nampak sangat tak relevan. Macam tamu tak diundang! Kalau ditanya, jawapannya standard :" MIC lah  yang telah berjaya mendapatkan kuota universiti untuk pelajar  India pada satu masa dahulu." Jawapannya logik jugak tapi  yang kelakarnya, benda tu semua dijuangkan oleh pemimpin  zaman dulu.

Pemimpin zaman sekarang tengah buat apa pulak? Harus  difikirkan juga. Kebetulan tempoh hari, seorang kawan  Melayu yang tengok ucapan Samy Vellu kat TV3 bertanya ... apa kemajuan yang dia pernak bawak untuk kaum India? Saya terus tergamam. Walaupun tak sokong Sam(y)seng tu, malu  jugak tak dapat pertahankan pemimpin bangsa sendiri.

bersambung

Malay educated Indian