PEMBUNUHAN POLIS : SATU PENILAIAN

Sejak anggota polis yang ada pangkat di bunuh, operasi mencari penjenayah terbabit dengan kes itu telah dan akan dilancarkan secara besar-besaran. Menurut cerita di media, kita dimaklumkan bahawa penjenayah yang membunuh itu barangkali adalah warganegara Indonesia yang datang ke Malaysia. Nampaknya operasi kali ini luar biasa besarnya dari kes-kes bunuh lain. Memanglah yang mati dibunuh itu ialah anggota polis yang berjawatan di dalam balai, dan logiknya polis mempunyai alasan yang kukuh untuk melancarkan operasi secara serius dan besar-besaran untuk mengesan pembunuh anggota mereka.

Tetapi operasi kali ini nampaknya agak luar biasa. Luar biasa kerana kecekapan polis terserlah di dalam menjalankan tugasnya sebagai polis. Jika kita perasan, baru berapa hari kes ini berlalu dan sudah amat ramai orang-orang Indonesia yang tinggal disekitar kawasan kejadian sudah ditangkap. Selalunya, bagi kes biasa yang tidak melibatkan orang yang ‘kurang’ penting, tindakan polis tidak sehebat ini. Sebagai contoh, kes pembunuhan sekeluarga India Muslim yang mati ditetak secara kejam ditempat kediaman mereka. Sehingga sekarang apakah yang polis dah buat?. Tangkap dan lepaskan begitu saja?.

Pendek kata, tak tidur malam mereka dibuatnya dan anggotanya dikerahkan untuk menjejak dan menangkap di mana saja ada pendatang asing, khasnya Indonesi. Kejadian pembunuhan ini adalah sebenarnya hasil dari rentetan peristiwa sebelum pembunuhan. Iaitu asal usul kedatangan pendatang ke sinilah yang menjadi penyebabnya. Bukan kes ini saja melibatkan kes jenayah pendatang asing, khasnya Indonesia. Banyka kes lain yang melibatkan mereka, kes-kes jenayah yang banyak sudah berlaku itu boleh dijadikan sebagai jestifikasi yang amat kuat untuk menghantar mereka balik ke negara asal mereka.

Operasi membenteras pendatang ini bukan perkara baru, ianya sudah lama berlaku dan banyak nyawa telah terkorban kerana mereka. Walaupun selalu kita dengar dimedia bahawa operasi demi operasi dilakukan, tetapi di dalam masa yang sama ada lagi kes jenayah yang dilakukan mereka. Kerajaan pula sudah berapa kali meminda peraturan tentang penghantaran pulang pendatang ke negara asal mereka. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa jika penghantaran pendatang itu berjalan dengan baik dan bersungguh seperti operasi sekarang ini, sudah lama negara ini bebas dari kejahatan pendatang.

Tetapi, apabila ratusan ribu ‘hantu’ ada di dalam senarai pilihanraya dan beberapa orang kanan UMNO Sabah yang ditahan di bawah ISA kerana memalsukan Kad Pengenalan untuk pendatang asing, tidak mustahil akan ada lagi kes jenayah yang disebabkan oleh pendatang. Apa yang dibimbangi ialah ditakuti ada orang berpengaruh yang terlibat dengan penyeludupan pendatang asing ke sini. Jika betul seperti yang difilemkan oleh Yussof Haslam di dalam drama Gerak Khasnya itu, Sampai bila pun jenayah disebabkan pendatang tidak dapat diatasi. Pokoknya, kenapa masih ada lagi pendatang yang dikatakan ‘haram’ sedang negara mempunyai institusi kepolisan yang CEKAP, CEPAT, BETUL dan MESRA?.

Tak usah takut untuk mengaku bahawa benteng negara adalah terlalu lemah, pendatang yang datang dengan tongkang buruk pun boleh sampai ke sini dan dalam masa yang cepat mereka akan diberikan IC.  Adakah benteng negara itu memang lemah atau sistem secara keseluruhannya yang lemah?. Kalau polis cekap pun, tetapi kalau ada pengaruh lain ke atas polis juga akan melemahkan polis. Sebagai misal, rakyat lihat polis lemah kerana mengusung tilam keluar masuk Mahkamah dan sanggup dikeldaikan oleh orang lain demi kepentingan peribadi. Adakah kes penyeludupan pendatang juga mendedahkan polis kepada hal yang serupa?. Soalan ini hanya polis saja yang tahu jawabannya.

Sekarang ialah masanya yang sesuai untuk polis lakukan tindakan sepertimana yang dislogankan. Kemudian nyahkan kesemuanya pendatang yang mana sememangnya mereka adalah sebahagian dari ‘hantu’ di dalam senarai SPR itu. Jika mereka tidak dinyahkan secepat mungkin, bukan saja arwah aggota polis itu saja yang mati, tetapi kebenaran, keadilan juga mati, kerana mereka juga ‘hantu’ yang sudah tentu akan membantu UMNO untuk membunuh matikan keadilan dan kebenaran di dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Sekian

muramozi