Hadiah Harijadi Anwar Dari Mahathir
 
Assalamualaikum,

Tanggal 10hb Ogos merupakan tarikh lahirnya seorang pejuang negara. Pada hari ini juga, didalam Berita Harian dibawah tajuk "PM nafi cuba takutkan rakyat" adalah satu pertolongan dari Allah yang telah membongkarkan segala kelemahan BN serta UMNO. Ini ibarat hadiah harijadi Mahathir untuk D.S Anwar Ibrahim. Mari kita merenung serta berfikir sejenak beberapa kenyataan dari si Mahathir yang dah tak mahu turun takhta & gila kuasa:

1. "...kerajaan yang takut akan kehilangan sokongan akan menggunakan cara-cara seperti sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan." Disini, saya yakin anda semua tahu siapa yang menggunakan sentimen perkauman serta agama untuk tujuan politik kalau bukan sang Mahathir dimana siangkuh itu menggunakan kumpulan Raihan, ceramah ugama sempena Maulidur Rasul serta beberapa kumpulan ceramah ugama lain untuk tujuan politik. Berkenaan sentimen perkauman, beliau mencanangkan konsep Malaysian Malaysia yg. hanya menguntungkan kaum Cina\DAP serta peristiwa 13hb Mei 1969.

2. "Kerajaan yang takut dengan kelemahannya, tidak akan mentadbir negara secara yang baik." Disini pula, kita boleh nampak bahawa sang Mahathir telah menyatakan yang jujur dimana kita telah lihat ada banyak kelemahan didalam pentadbiran
kerajaan BN yg. cuba disembunyikan oleh si Mahathir & kroni-kroninya. Sememangnya sejak kebelakangan ini sang Mahathir & The Bandits tidak mentadbir negara secara yang baik sebab ada banyak kelemahan dari segi sistem perundangan & kehakiman, sistem ekonomi, sistem pembelajaran, sistem swasta, dan bermacam-macam jenis sistem lagi.

3. "...semua kerajaan perlu membuat keputusan atau perkara yang tidak akan disukai ramai seperti mengenakan cukai dan sebagainya." Kita semua tahu bahawa untuk sesebuah kerajaan memerintah negara, memerlukan cukai. Akan tetapi cukai yg macamana??? Sudah tentu cukai yg tidak memudaratkan serta menyusahkan golongan miskin. Cukai yg membantu golongan
ramai. Bukannya cukai tol yg sampai puluh-puluh RM. Apa ni? Di Amerika Syarikat, tol yg dikenakan amat minimum sekali iaitu 25 sen. Itu negara besar yang dah maju. Ini Malaysia, baru nak membangun dikenakan tol yg tinggi. TAK MASUK AKAL LANGSUNG!!!

4. "...kita perlu kerajaan yang kukuh yang ada majoriti besar kerana banyak keputusan dan tindakan perlu diambil yg mungkin kurang popular." Kenyataan diatas bermaksud kalau kerajaan BN & UMNO menang besar, negara mereka punya, sebab semua keputusan di tangan sang Mahathir & The Bandits. Seperti singkatan utk U.M.N.O iaitu, U Must Not Object or Under
Mahathir No Objections or Untuk Mahathir Niaya Orang or Untuk Malaysia NO or ... dan banyak lagi.

Sebagai kesimpulan, kita telah nampak tanda-tanda bahawa pertolongan dari Allah telah tiba dan kita harus bersyukur serta redha akan apa jua pemberian Allah terhadap kita. Kita mesti mempertingkatkan lagi usaha membuat kebajikan disamping beribadah & bermunajat kepada Allah. Oleh itu, marilah kita menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bangun dan tumbangkan  kerajaan yang zalim serta tidak mentadbir mengikut ajaran Islam yang SEBENARNYA. Ingatlah wahai rakyat Malaysia bahawa kamu semua nanti akan ditanya  diakhirat tentang amalan kamu. Dan jika kamu bersekongkol dengan
kezaliman  ... terimalah BALASAN ALLAH!!

ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!

Pencinta Kedamaian - ADIL4ALL