Wahai Sahabat Kat TV3
 
Assalamua’alikum WBT Saudara Pengarang
 
Saya ini adalah seorang bekas kakitangan TV3 yang telah menerima tawaran pemberhentian kerja secara sukarela pada pertengahan tahun lalu. Alhamdulillah syukur kepada Tuhan yang Maha Esa yang mana telah mengeluarkan saya dari suatu organisasi yang terlibat dalam menyebarkan fitnah yang amat memalukan terhadap bangsa Melayu bahkan Umat Islam seluruh dunia.
 
Berita terkini yang dapat diperolehi dari sumber-sumber yang dipercayai bahawa Eksekutif Kanan Hal Ehwal Agama TV3; Ybhg Al-Fadhil utz Ismail Mahamud (Adik kepada As-Syahid Utz Ibrahim Mahamud @ Ibrahim Libya) telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 30hb Ogos 1999. Oleh yang demikian,saya ingin merayu kepada sahabat handai saya agar jangan lagi bersekongkol dengan pihak yang telah menjatuhkan maruah para ulamak bahkan Umat Islam.
 
Semoga Tuhan Rabbul Jalil memberikan taufik hidayah dan kemenangan yang besar terhadap perjuangan Islam di Malaysia bumi tercinta dalam menumbangkan sebuah parti pemerintah yang ternyata sebuat parti Sekular dan sebuah parti yang zalim. Amat zalim. Mahazalim.
 
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
 
ALFARISI
MIRC DalNet #surau