PER : ADAKAH SPR BENAR BENAR BEBAS ?

Saya merupakan seorang kakitangan kerajaan yang pernah (dan akan melibatkan diri ) secara langsung sebagai kakitangan sementara Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebanyak tiga kali iaitu semasa pilihanraya umum tahun 1985, 1990 , 1995 dan yang bakal menjelang . Untuk pengetahuan semua , pihak SPR akan mengambil beberapa pekerja sementara yang akan dibayar wang upah saguhati untuk membantu dalam kerja-kerja membabitkan pilihanraya. Memandangkan Pilihanraya umum yang bakal diadakan, saya ingin mendedahkan beberapa perkara yang sewajibnya diketahui umum. Memang pada dasarnya apa yang akan saya dedahkan ini merupakan RAHSIA KERAJAAN dan kami semua pernah berikrar untuk tidak membocorkan hal ini. Rakyat Malaysia semenjak dahulu telah tertipu dengan janji kerajaan dan jaminan bahwa SPR adalah satu badan bebas. SPR sebenarnya tidak pernah bebas dan sentiasa dikuasai dan dipengaruhi oleh pemimpin kerajaan dalam tugas dan dasar kami. Buktinya ialah seperti berikut :

1. Pegawai sementara yang ditugaskan akan ditempatkan didewan mengundi untuk memastikan sebaik mungkin bahawa bakal pengundi akan mengundi BN dengan apa cara sekali pun. Arahan yang kami terima lebih kurang “By hook or by crook, make sure that your quota of BN votes is met”.

2. Beberapa minggu sebelum pengundian  , Pihak SPR akan mengumpulkan kami dan  taklimat serta arahan dijelaskan. Kami di” brainwash” supaya pengundi dipimpin agar mengundi BN.

3. Sasaran kami ialah ORANG-ORANG TUA DAN PENDUDUK DESA YANG KAMI LIHAT SEBAGAI BUTA HURUF. Kami akan membawa ke meja mengundi dan berkali-kali menunjukkan pada lambang dacing supaya mempengaruhi minda mereka.

4. Adakala jika BANGSA BUKAN MELAYU YANG TUA DAN KURANG MEMMAHAMI ATAU BUTA HURUF, maka sekiranya mereka ingin mengundi parti Bebas atau parti Pembangkang, maka kami tipu mereka dengan menunjukkan lambang dacing dan kami katakan “Inilah lambang DAP”. Jadi pengundi tersebut akan memangkah BN.

5. ISU PENGUNDI HANTU yang heboh diperkatakan oleh parti pembangkang memang benar- benar berlaku. Pendaftar undi yang telah meninggal dunia tidak kami luputkan nama mereka dari daftar pemilih. Pihak SPR akan mengisikan kertas undi pemilih yang sudah menjadi arwah dan mendiang dengan memangkah BN. Kertas undi yang telah siap ini kami letakkan
disimpanan rahsia dan akan digunakan jika kelihatan tanda-tanda BN akan dikalahkan disesebuah kawasan.

6. ANGGOTA TENTERA merupakan mangsa perancangan teliti kami. Memang di ketahui umum bahwa pihak pembangkang tidak dibenarkan sama sekali memasukki kem-kem tentera dan polis atas alasan keselamatan. Dalam hal angota beruniform, penukaran kotak-kotak undi adalah cara yang paling mudah dan berkesan. SPR TELAH MENYIAPKAN LEBIH AWAL KOTAK UNDI YANG DIISI DENGAN UNDI YANG LEBIH KURANG  90% KEATAS MEMANGKAH BN.  Kotak
undi inilah yang akan diserahkan untuk pengiraan nanti.

7. UNDI POS  juga merupakan jalan terbaik kami memastikan kertas undi menyokong BN kekal. Ini ditambah dengan “kerjaama terpaksa” oleh pegawai tertinggi kem atau pos tentera dan polis.

8. Satu lagi jalan kami ialah dengan MENUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI ATAU MEMBUAT BEBERAPA KESILAPAN DAFTAR PEMILIH bagi orang yang jelas kami lihat sebagai berat dan cenderung kepada pembangkang. Contohnya, tidak sukar untuk kami mengecam bahawa orang yang sentiasa berkopiah dan berjanggut akan mengundi PAS dan beberapa kumpulan Cina yang dari perwatakan mereka kami yakin akan mengundi DAP. Dengan sistem komputer yang kami ada, ianya cuma mengambil masa beberapa puluhan saat untuk menukar alamat sesaorang yang sebenarnya menetap di KL ke Kulim, misalnya. Jadi pada hari mengundi, orang itu terpaksa pergi keKulim untuk mengundi dan sekiranya menyusahkannya, maka dia memilih untuk tidak membuang undi.

9. Satu lagi taktik halus, cekap dan memerlukan kemahiran tingii juga kami gunakan. Ini dilakukan semasa mengira kertas undi. Walaupun parti pembangkang akan menghantar wakil sebagai saksi pengiraan, sudah pasti mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengiraan undi. Cara kami yang amat professional ini ialah memilih beberapa wanita pengira kertas undi yang berkuku panjang. MATA PENSEL AKAN KAMI SELITKAN DICELAH KUKU WANITA BERKENAAN dan beliau akan merosakkan seberapa banyak yang boleh kertas undi yang mengundi pembangkang. Sebab
itu kadang- kala dikawasan tertentu, nisbah undi rosak amat tinggi.

10. Taktik rosakkan undi ini dijalankan dengan jayanya semasa mengira undi pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1987. Kita masih ingat bagaimana kiraan undi dalam pertembungan Tengku Razaleigh dan Dr.Mahathir dilakukan sebanyak TIGA kali. Kiraan pertama dan kedua memihak kepada Team B tetapi kiraan ketiga memihak kepada Dr.Mahathir. Serta merta
diistiharkan Dr.Mahathir kekal sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pekara ini boleh kita rujuk kepada  Saudara Rahim Dahalan  @  Rahim King ( nombor talipon tangannya  012-2109016 ) yang pada waktu itu mengendalikan urusan keselamatan PWTC   dengan menggunakan Kelab Bekas Komando.

11. Yang terbaru ialah kerajaan mencadangkan agar SPR akan membenarkan KAKITANGAN KERAJAAN DAN KONGLOMERAT AKAN “DISURUH PAKSA”  membuang undi di pejabat-pejabat dihadapan pegawai-pegawai kanan dan pengarah - pengarah.

12. Kertas-kertas undi akan secara otomatik melalui tindakn kimia memangkah calon BN  walaupun pada awal pengundi memangkah pembangkang.

13. Di Langkawi pulau-pulau yang agak jauh  kutipan kotak undi akan dilakukan oleh Polis Marin  dan dimasa perjalanan operasi menukar dan menambah undi didalam kotak undi akan dijalankan.Begitu juga dikawasan-kawasan pendalaman.

14. Kertas-kertas undi akan diseludup keluar oleh pengundi dan dibayar dengan harga RM100.00, Pengundi yang selepasnya
( Pengundi BN )akan mengundi dan sekali gus memasukkan kertas undi pengundi sebelumnya dan kertas undi dirinya sendiri.
 

Dengan pendedahan ringkas diatas, harap pihak pembangkang dapat memikirkan cara yang sebaik mungkin untuk menangani
penyelewengan-penyelewengan yang saya dedahkan. Sya suka mencadangkan :

1. Kotak-kotak undi digantikan kepada jenis yang lutsinar ( transparent ).

2. Semasa pengiraan undi berlangsung rakaman video hendaklah diambil bagi memastikan ketelusan pengiraan dan dapat dirakamkan andai sebarang penipuan berlaku.

3. Selepas habis mengundi, penutupan kotak-kotak undi hendaklah disaksikan oleh wakil-wakil parti pembangkang dan ditanda dengan seal /  tanda tangan wakil pembangkang.

4. Wakil pembangkang dan anggota tentera mestilah mengiringi kotak undi dalam van yang sama kesetor simpanan atau tempat kiraan undi.

5. Tempatkan anggota tentera dan wakil-wakil disetiap tempat dan dewan mengundi bersama-sama pegawai SPR .Ini akan dapat mengelakan Pegawai SPR melakukan tindakan yang tidak demokratik seperti yang lepas-lepas. Dalam hal ini kita sudah tidak boleh mengharap kepada pihak Polis kerana mereka tertakluk kepada Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Lagipun sejak kebelangkangan ini imej dan tingkahlaku mereka amat teruk dan buruk dan terlalu sedikit bilangan yang boleh
dipercayai.

6. Semasa penyemakkan diluar dewan tempat pengundi iaitu dikhemah parti – parti. Pihak pembangkang bolehlah membuat pengkiraan ( counting )dan divideokan jumlah pengundi yang datang untuk membuat penyemakkan. Sekiranya ramai yang datang kekhemah pembangkang  tetapi calon BN yang menang dan banyak undi rosak maka tahulah kita “something wrong
somewhere”

Diharap pendedahan ini bermenafaat kepada semua rakyat Malaysia.Terima Kaseh.

Pegawai SPR yang mahukan ketelusan.