MAHATHIR UGUT YANG DIPERTUAN AGONG!
 
Perdana Menteri Malaysia yang paling zalim dan jahat sepanjang sejarah ketamadunan umat Melayu Mahathir Firaun Mohammad dikhabarkan telah mengugut seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berkenaan desas-desus yang Istana
Negara akan membuat pengampunan ke atas Pejuang Agung Anwar Ibrahim sempena Hari Pertabalan Baginda yang akan diadakan pada Jun 2000 nanti.

Mahathir Firaun Mohammad mencabar yang beliau akan menghilangkan imuniti raja-raja dan menghapuskan kuasa pengampunan diraja sebaliknya segala kuasa tersebut akan diletakkan di bawah kuasa khas kabinet yang akan digubalkan pada April 2000 nanti. Perkhabaran ini telah mula dibincangkan dengan serius sehingga pihak penguasa penjara telah mula dimaklumkan akan beberapa pindaan termasuk pindaan ke atas layanan kepada banduan yang dikategorikan sebagai
penjenayah negara kelas satu: INI MUNGKIN AKAN DISABITKAN KEPADA PEJUANG AGUNG ANWAR IBRAHIM BERKAITAN DENGAN PENYEBARAN DOKUMEN RASUAH DAN KEJAHATAN PEMIMPIN
NEGARA MELALUI OSA.

Keduanya tersebar perkhabaran bahawa Azizan pemfitnah upahan Mahathir Firaun Mohammad akan dibunuh melalui satu perancangan jahat yang diketuai oleh bekas Ketua Polis Negara, Rahim Abrahah Noor kerana kecuaian Azizan dalam
memberi keterangan di mahkamah. Berita ini tidak boleh dianggap sensasi kerana beberapa orang banduan khas telah diambil secara senyap dari penjagaan penjara Sungai Buluh dan kehilangan mereka tidak dapat dikesan.

Berita ini mula tersebar apabila salah seorang kawan kepada banduan yang hilang mengatakan pada malam kehilangan kawan beliau tersebut beliau telah mendengar kawannya berkata, "aku ada urusan dengan Azizan dan Anwar Ibrahim".

Ketiganya pihak penjara telah diarahkan untuk mengurung Pejuang Agung Anwar Ibrahim secara kejam bagi mengelakkan Pejuang Agung memberi sebarang komen, mengirimkan sebarang surat, menyatakan sebarang pandangan, serta berhubungan
dengan ahli keluarga mulai keputusan hukuman 20 tahun penjara mandatori yang akan dikenakan bersabit tuduhan liwat dan OSA. Perkhabaran ini sahih kerana pihak atasan penjara sendiri mula memotivasikan pegawai penjara yang rata-ratanya mula mendokong gerakan reformasi Pejuang Agung Anwar Ibrahim dengan menjelaskan "beliau akan menjadi penghuni paling lama di sini.

Untuk itu anggaplah semua ini sebagai salah satu tugas terpenting kita. Biar apapun sikap kita kepada beliau yang perlu kita tahu ialah kita ini kakitangan kerajaan yang harus akur kepada pekeliling perintah am. Apapun tanggapan kita kepadanya letakkanlah sebagai hubungan sesama manusia dan tidak lebih daripada itu. Kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan
tidak berada di tangan kita. Kita hanya pekerja yang mengikut segala keputusan tersebut."

PESAN PEJUANG AGUNG ANWAR IBRAHIM BUAT SEMUA:

"PERJUANGAN  TIDAK   PERNAH  TEWAS  OLEH  KESEKSAAN  DAN  KEMATIAN  PADA   JASAD  SEORANG  MANUSIA.  PERJUANGAN  ITU  ADALAH  SATU  GERAKAN  PANJANG  YANG  MEMPUNYAI  RUH. RUH  ITU  TIDAK  MATI.  RUH  ITULAH  NANTI  AKAN  BERLEGAR  DAN  BERKUMPUL  LANTAS MEMBENTUK  ANGKATAN  BESAR  DARI  KUASA  ALLAH  SUBHANAHU  WATA'ALA  TEGAP  DAN PERKASA  MENUJU  KE  BARISAN  DEPAN  BERKORBAN  SEGALANYA  DEMI  KEADILAN,  KEAMANAN, DAN  KEDAULATAN  UMAT  MUHAMMAD.  PERJUANGAN  TIDAK  PERNAH  TAKUT  KEPADA  MANUSIA WALAUPUN  YANG  AKAN  DITENTANGNYA  NANTI IALAH  SEJUTA  FIRAUN  MAHA  KEJAM,  SEJUTA IBLIS  DAN  SYAITAN,  DAN  INGATLAH  MANUSIA  YANG  AKAN  BERBARING  DI  SISI  TUHANNYA DENGAN  SEGALA  KEMASYHURAN  IALAH  MEREKA  YANG  MATI  DI  ATAS  NAMA  ALLAH  MAHA BESAR."

Ruh Anwar
Penjara Sungai Buluh.