LEPUK-LEPAK
 
PILIHANRAYA

Khabarnya Dr Mahathir semakin teruk dibelasah gelisah terhadap kebangkitan rakyat. Orang tua itu katanya sudah tak ketahuan darat dengan laut untuk menentukan tarikh pilihanraya. Agaknya bila Pak Dak sudah meluat nak jadi bomohnya, dia dah tak tentu arah nak menengok dan menujum bila tarikh yang dia boleh untung untuk buat pilihanraya. Khabarnya juga Dr Mahathir  merancang nak mencari tarikh di mana semua mahasiswa terpaksa menghadapi peperiksaan, baru nak buat pilihanraya. Nampak sangat Dr Mahathir takut sangat dengan pukulan mahasiswa yang semakin garang nak kuburkan
kerajaannya. Kalau mahasiswa tak kerja dari sekarang untuk ajak mak bapak dan sanak sedara untuk gulingkan Barisan Nasional, rugi besarlah negara ini.

Penarik Beca - Idontgoto University

AGUNG PUN TAK TAU

Kata rakan sepermainan golf dengan Yang DiPertuan Agung, baginda sendiri tak tau bila tarikh pilihanraya. "Tak de dengar, boleh cuti sekarang," kata baginda. Maksudnya, kalau baginda nak cuti sampai dua bulan pun boleh. Kalau pilihanraya nak dibuat, baginda tak boleh cuti panjang kerana masa kempen sedang berlangsung kerajaan caretaker memerlukan Agung berada dalam negara. Hebat sungguh indikator Pak Engku tentang tarikh pilihanraya!

Penarik Beca - tak ada peluang cuti

AGUNG PUN TAKUT DR M

Rakan sepermainan golf Yang DiPertuan Agung itu juga bercerita kononnya baginda tak sukakan Dr Mahathir kerana kedurjanaannya memecat Mufti Selangor dulu, Ustaz Ishak Baharum. Tetapi, khabarnya juga, baginda terpaksa berbaik-baik dengan Dr Mahathir kerana takutkan PM yang terlalu berkuasa. Memang Dr Mahathir cakap tak bohong apabila beliau mengaku "Saya adalah Mahafiraun" (Berita Harian Selasa 20 Julai 1999).

Penarik Beca - takut mati tanpa bekal

AGUNG BUKAN TAK PANDAI PERLI

Masa menjawab soalan wartawan ketika melawat pusat pentadbiran baru di Putrajaya dulu, Agung berkata lebih kurang begini: "Orang kata (Putrajaya) tak ada guna. Ada gunanya. Bukan sekarang, 100 tahun lagi. Untuk kenang-kenangan". Pandai juga Agung perli Dr Mahathir. Bila Agung kata berguna 100 tahun lagi, maknanya hari ni Putrajaya langsung tak dak guna! Bila Agung kata buat kenang-kenangan, maksudnya macam orang tertindas terkenang-kenang kejahatan dan kezaliman Shah Jahan bila melihat Taj Mahal. Salute Pak Engku!

Penarik Beca - masih berguna pada anak bini

JANGAN BELI BARANG TV3

Seorang pegawai BPR yang meluat habis kepada kerajaan Dr Mahathir teringin sangat nak menengok rakyat Malaysia yang waras dan tak gila mengajar TV3. Kata pegawai BPR itu, antara cara paling senang nak ajar TV3 ialah jangan beli barang-barang yang diiklankan oleh TV3. Bila peniaga tengok apa saja barang yang dia iklan dalam TV3 jadi tak laku, lama-lama dia pun takut nak iklan dalam TV3. Bila makin lama iklan makin kurang, penjenayah-penjenayah TV3 akan bergaduh dan luku-meluku sesama sendiri dan kalau betul gaya, kuasa  rakyat boleh tutup TV3!

Penarik Beca - beli barang Kohilal

MAT SABU PUNYA CERITA

Masa berceramah di Kampung Pandan baru-baru ni, Mat Sabu berkisah tentang mesyuarat PAC (Public Account Committee) di Parlimen yang dihadirinya. Cerita Mat Sabu, bila bincang tentang hutang Kelantan yang dilambakkan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu, dia meminta agar hutang yang jumlah beberapa juta itu dihapuskira. "Tak boleh hapuskira, sebab Kelantan bayar ikut  jadual," kata wakil kerajaan (Maknanya, kerajaan Tok Guru yang selalu diperlekehkan oleh Umno/BN mampu bayar hutang dan sekaligus menunjukkan pengurusan ekonomi kerajaannya boleh diiktiraf). Tetapi bila bincang tentang hutang Perwaja berjumlah RM3 bilion kepada kerajaan selepas itu, wakil kerajaan kata hutang itu mesti dihapuskira sebab banyak sangat. Mengamuklah Mat Sabu. Nampak sangat kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr Mahathir sayang sangat kat kapitalis Cina gila Eric Chia tu, penindas dan penjahat tu, tetapi tak malu-malu nak paksa rakyat Kelantan terus bayar hutang yang
dilambakkan oleh Mat Che Kob (MB Kelantan dulu).

Penarik Beca - berhutang dengan Tuhan