Musa Hassan Sekali Lagi Memalukan Anggota Polis Dan Sistem Kehakiman Negara

Musa Hassan seorang budak suruhan Rahim Noor sekali lagi menggemparkan Negara akibat pengakuan yang dibuat oleh Azizan bahawa segala tarikh pertuduhan liwat terhadap Sdr. Anwar ditentukan oleh Musa Hassan, Pegawai Penyiasat kes Sdr. Anwar Ibrahim. Azizan mengaku menemui Musa Hassan banyak kali sehingga beliau tidak ingat bilangannya!!! Azizan juga mengaku tiap-tiap kali beliau berjumpa dengan Musa Hassan maka beliau akan membuat laporan atau kenyataan polis yang sudah ditetapkan isi kandongannya!!! Segala laporan dan kenyataan beliau dilakukan semata-mata untuk mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Sdr. Anwar Ibrahim untuk memastikan Sdr. Anwar didapati bersalah. 

Bermula dengan pembukaan semula fail penyiasatan terhadap Sdr. Anwar Ibrahim yang sudah lama ditutup pada Jun 1997  beberapa hari selepas Perhimpunan Agong UMNO, Musa Hassan memulakan kerjaya kejinya dengan menyatakan bahawa fail tersebut ditutup atas arahan Sdr. Anwar Ibrahim. Akibatnya Sdr. Anwar Ibrahim dituduh melakukan rasuah kerana mengarahkan Polis menutup fail penyiasatan terhadap beliau sedangkan jelas dari laporan-laporan yang diberikan oleh pihak Special Branch kepada Perdana Menteri menyatakan bahawa fail tersebut ditutup kerana ada unsur-unsur konspirasi politik untuk menjatuhkan karier politik Sdr. Anwar Ibrahim oleh beberapa orang yang rapat dengan PM sendiri. Segala tuduhan terhadap Sdr. Anwar Ibrahim tidak berasas sama sekali.

Oleh kerana tidak ada bukti yang dapat dikemukakan untuk mengaitkan Sdr. Anwar dengan apa-apa pertuduhan kesalahan  maka Musa Hassan bersama dengan pasokan penyiasatnya telah melakukan satu perbuatan terkeji dan terkutuk bukan sahaja oleh Ugama tetapi juga dari segi nilai kemanusiaan sejagat dengan memaksa saksi-saksi membuat pengakuan palsu!!! Maka Nalla, Sukma, Munawar Anees, Azmin, Azizan, Meor dan beberapa orang lagi termasuk pelacur dipaksa membuat pengakuan-pengakuan palsu terhadap Sdr. Anwar Ibrahim. Segala pengakuan mereka dirakamkan untuk diedarkan kepada umum semata-mata untuk menjatuhkan maruah Sdr. Anwar Ibrahim sekeluarga.

Bukan setakat itu sahaja, tilam yang dibawah jagaan Musa Hassan juga direnjis dengan DNA Sdr. Anwar Ibrahim dan Shamsidar supaya dapat membuktikan akan kecurangan berlaku antara mereka berdua. Doktor-doktor dan pakar kimia  dipaksa supaya membuat laporan palsu untuk mengesahkan kecurangan Sdr. Anwar Ibrahim. Apabila doktor-doktor ini tidak mahu mengikut telunjuk beliau maka mereka akan diugut dengan pertukaran tempat kerja dan sebagainya. Cubaan juga telah dibuat untuk mendapat khidmat Dr. Karim untuk menukar laporan pengesahan bahawa Sukma tidak pernah diliwat oleh Dr. Zahari. Tetapi setelah membaca laporan Dr. Zahari, Dr. Karim mengesahkan bahawa apa yang dinyatakan oleh Dr. Zahari itu adalah benar dan sah, maka Musa Hassan hilang punca dan terpaksalah mereka-cipta bukti-bukti yang lain.

Inilah kerja-kerja durjana, keji dan jijik yang dilakukan oleh Musa Hassan, anak seorang guru Al-Quran yang terkenal dinegara ini. Harap Tuan Guru Hassan Asyaari dapat memberi nasihat yang berguna kepada anaknya yang jauh tersimpang dari landasan Ugama. Bukan itu sahaja tetapi beliau juga telah memalukan seluruh anggota polis yang berkerja dengan ikhlas untuk mendapat rezeki yang halal dalam menjaga kepentingan keselamatan orang ramai. Anggota-anggota polis cukup malu apabila melihat Musa Hassan dengan pakaian seragam polis muncul dikaca TV dan akhbar-akhbar kerana perbuatan beliau jauh menyimpan dari etika kepolisian.

Sistem Kehakiman juga dimalukannya dengan segala bukti reka-cipta dan palsu yang dikemukakan oleh beliau yang tidak dapat bertahan dalam mahkamah yang adil.

Semoga segala perbuatan kedurjanaan Musa Hassan ini dapat menjadi iktibar kepada semua anggota polis supaya jangan membenarkan diri mereka dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan mereka. Anggota polis mesti kembali untuk menjalankan tugas murni mereka iaitu menjaga keamanan orang awam dan menjadi sahabat rakyat dan bukan kuda tunggangan pihak-pihak tertentu.

Wassallam.

Oleh:  Anggota Polis Yang Cintakan Negara