Pemimpin Hipokrate Musnah Bahasa Melayu

NTV7 dalam berita jam 8.00, telah memaparkan berita di mana TiPieM membuat kenyataan mengenai memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa sejagat turut bersama ialah NTR Menteri (ber)Pendidikan (Mat Salleh), saya tidak dapat pastikan di mana kerana saya hanya menjengah dan menjengok berkala-kala sahaja media TV yang amat berat sebelah ini.
Beliau dengan muka yang begitu tegas berkata, '.... kita perlu melaksanakan undang-undang mengenai bahasa Melayu yang sedia ada, jika perlu pulangkan semula surat-surat yang tidak menggunakan bahasa Melayu..... kalau kita biarkan mereka ini seperti  sekarang mereka akan ikut suka mereka dan kita tidak akan boleh memertabatkan bahasa Melayu....' begitulah lebih kurang.

Sehari sebelum ini Dato Rahim Bakar telah membuat satu kenyataan yang agak berani, bermaksud bahawa masih ramai pemimpin kita tidak begitu  gemar menggunakan bahasa Melayu dalam ucapan dan percakapan kerana kononnya bahasa Melayu kurang lengkap padahal banyak perkataan Melayu lama yang telah lama tidak digunakan dan dilupakan.
Persoalannya sekarang apakah kebanyakan Pemimpin PKMB (Parti Kebangsa(t)an Melayu Bersatu) ini hipokrate - pelakon ala hero keling dan penipu?

TiPieM sendiri dalam majlis pelancaran ekspedisi saintis kutub selatan baru-baru ini berkokok dan mengembek dalam bahasa Inggeris, jika dilihat dari hadirin pada malam itu 90% adalah Melayu totok, apakah bila jadi saintis mereka dah tak faham bahasa Melayu?

PieM  pula dalam pelancaran menara(nisan) Petronas juga berbahasa Inggeris? Sedangkan yang melangok di hadapan beliau 95 % Melayu pekat?

RTM, TV tiga jahanam, NTV7 dan lain-lain menyiarkan derama-derama yang mencabul kehormatan bahasa dan budaya Melayu, kadangkala tertanya-tanya makcik di kampong cerita ini cerita Melayu ke cerita orang Puteh - anak yang menghadapi bapa yang nazak berktata ' ..... I am your doughter.... ' juga terdapat adegan selak kain dan cium-cium rigan (Idaman, NTV7).
Semua ini merupakan beberapa contoh kecil, jika majlis antara bangsa bolehlah dimaafkan sedikit, tetapi lebih baik kita berbahasa kita bahasa Melayu.

Lihat sahaja negara-negara  Asia seperti  Jepun, Indonesia, Tahiland dan Korea sebagai sedikit contoh, pemimpin mereka akan tegak megah berdiri menggunakan bahasa ibunda dalam ucapan mereka, biar 60% atau 90% hadirin berbangsa asing - bermata biru, berambut merah. Mereka tidak berasa rendah dan kerdil, tambahan pula denan kecanggihan peralatan penterjamahan yang boleh didapati dalam dunia serba canggih ini. Dan mereka 100 kali lebih maju dari kita....

Pemimpin-pemimpin kita pantang nampak dua tiga orang berambut perang dan merah, maka mulalah lidahnya bertukar menggunakan bahasa Inggeris akhirnya yang perang dan merah itu rupanya anak-anak Melayu perasan.

Jika kita ingin mencari sebab atau pengkhianat utama dalam usaha cendikiawan Melayu memertabatkan bahasa Melayu sebagi bahasa dunia sekian lama (42 tahun), saya tidak ragu-ragu mengatakan mereka ialah pemimpin negara yang malu menggunakan bahasa Melayu.

Janganlah kita jadi seperti sekandang babi yang malu dengan bunyinya cuma mengembek  atau bekcicau seperti burong suapaya lebih sedap bunyinya.

Inilah hipokrate, penipu dan pengkhianat bahasa Melayu, bersama-sama kita MEMERDEKAKAN rakyat dari hipokrate ini. Buang mereka jauh-jauh.
Selamat berjuang......

Kicap Melayu