SELAMATKAN DSAI DENGAN SEGERA

Mengikut perkembangan terbaru yang menggerunkan rakyat Malaysia baru-baru ini bahawa pemimpin yang kita sayangi DSAI telah diracuni, maka kita orang-orang Melayu yang cintakan keamanan bertanggung jawab melepaskan pemimpin kita dari kekejaman Mahazalim dengan segera.

Perkembangan terbaru ini menunjukkan bahawa Mahazalim semakin hari semakin ganas dan boleh membuat apa sahaja yang disukainya. Mengikut firasat saya, apabila seseorang itu telah mencapai 75 tahun dua kemungkinan akan berlaku. Pertama jika ia insaf segala kesalahan yang dilakukan dunia ini, maka ia akan beribadat siang dan malam menghambakan diri kepada Allah s.w.t. Tetapi jika ini tidak berlaku dalam dirinya, maka orang tua yang meningkat umur 75 tahun ini akan menjadi nyanyuk serta takut untuk meninggalkan dunia ini. Oleh itu jika ia berkuasa ia akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kekuasaannya di dunia.

Walaupun di negara lain seorang tua berumur 80 tahun boleh memerintah negara dengan baik, tetapi orang tua di Malaysia yang mencapai umur 75 berlainan sifatnya. Ini kerana mungkin saiz tubuh, keadaan sekeliling kita, pemikiran dan ugama yang berlainan. Aapabila seseorang tua sudah meningkat 75 tahun sifat-sifatnya condong kepada kekanakan seperti mudah menangis, berbohong, bertukar perangai seklip mata, menyamar sebagai orang alim tetapi tidak sedikitpun menunjuk muka alim, cepat marah dan sebagainya. Jika inilah sifat-sifat Mahazalim yang sedikitpun tidak kemabli ke jalan Allah, maka Mahazalim semakin hari semakin zalim. Maka DSAI tidak lagi  selamat tinggal di penjara.

Oleh itu kita sebagai umat Malayu di Malaysia ini bertanggung jawab atas diri DSAI yang dizalami. Kita mestilah mencari jalan yang berkesan untuk melepaskan DSAI daripada penjara denga segera.

Ada beberapa cara untuk melepaskan DSAI dari penjara dengan segera di antaranya ialah:

1. Menunggu kes rayuannya. Tetapi berapa lama kita mesti tunggu untuk mendapatkan kes rayuannya ke mahkamah. Kerana dalam masa yang sama Mahazalim dan kuncu-kuncunya sedaya upaya berusaha untuk menghapuskan DSAI

2. Berdemo secara aman. Cara ini pun tidak berkesan. Kerana kita sudah mengetahui sifat Mahazalim semakin ditekan semakin menggganas. DSAI tidak akan terlepas atau Mahazalim tidak akan meletak jawatan jika kita sentiasa berdemo. Kita jangan samakan Mahazalim dengan Suharto. Kerana keduanya berlainan identiti. Oleh itu berdemo bukanlah cara yang berkesan untuk  melepas DSAI dari kezaliman.

3. Menyembah ke bawah Duli Yang Di Pertuan Agong. Saya rasakan ini sahaja yang terbaik bagi kita. Kita berharap pemimpin-pemimpin pembangkang membuat pertemuan dengan Yang Di Pertuan Agong untuk memohon bantuan bagi
melepaskan  kezaliman ini. Saya rasakan Yang Di Pertuan Agong juga sebagai seorang Melayu dan Islam dapat menolong kita.

4. Setiap umat melayu menghadap sembah kepada sultan-sultan mereka supaya memberi tekanan kepada Mahazalim melepaskan DSAI dari kezaliman ini. Saya rasakan cara ini juga berkesan untuk melepaskan DSAI dengan segera supaya
setiap umat Melayu berhimpun di istana-istana setiap negeri.

Oleh itu cara ketiga dan keempat sahaja amat berkesan bagi kita mengambil tindakan untuk melepaskan DSAI dengan segera.

Ingatlah, kita tidak akan menang selagi pilihan raya tidak di adakan segera. Tidak guna kita berdemo ke sana kemari kerana akhirnya kita yang akan kalah.

Bertindak segera untuk bangsa Melayu.

Pejuang Bangsa Melayu