UMNO berpakat untuk singkirkan Mahafiraun kerana meracun DSAI dlm Penjara
                                UMNO MAHU MAHATHIR UNDUR..!! UNDUR....MAHATHIR ....UNDUR!!

          Beberapa kelompok orang berkerumun di surau waktu Maghrib tadi berbincang dengan nada marah dan tersinggung- terkilan mengenai peritiwa DS Anwar "telah diracun". Ada yang terus mengatakan Mahathir mesti dipertanggungjawabkan 100% kerana dia jugalah yang mengarahkan Rahim Nor dan mempertahankan Rahim dari dibicarakan segera kerana "membelasah DS Anwar hampir maut".

          Dibeberapa kampung lain sudah ada ura-ura untuk menghebahkan perkara ini seluas-luas mungkin untuk ketetapan rakyat. Yang anihnya  kebanyakan mereka adalah penyokong UMNO. Sekarang rakyat sudah mulai resah. Ramai yang mentafsirkan perkara ini sebagai "Jenayah"  paling kejam dalam sejarah UMNO dibawah kepimpinan Mahathir Mohammad.

          Orang-orang UMNO sendiri sudah mulai merasa sokongan mereka disalah-gunakan oleh pucuk pimpinan parti dan pemimpin sekongkol. Tujuan mereka menyokong UMNO dan memberi 'prerogatif' kepada  Mahathir BUKAN sebagai lesen untuk melakukan JENAYAH  MEBUNUH, kata mereka!!

          Ada beberapa pihak dari kategori peringkat Bahagian yang sudah berhubung antara satu dengan lain untuk mengadakan perjumpaan  tertutup membincangkan bagaimana tindak sewajarnya dilakukan untuk  "memulihkan imej Jenayah" ini.

          Banyak yang yakin sekarang, memang WUJUD "Konspirasi Politik"  menjatuhkan Anawar, tapi mereka terperanjat besar bila diketahui  Anwar diracun sewaktu dalam penjara. Ulasan Mohtar menyemarakkan kemarah orang ramai. Dia dicap "talibarut" yang wajar diheret kemuka pengadilan.

          Mungkin Mahathir akan tahu siapa dirinya sebenar sekarang....!! Mungkin  UMNO akan sebulat suara mahu Mahathir disingkirkan dan dihadapkan  ke Mahkamah!!