ANWAR IBRAHIM PERLUKAN RAWATAN YANG PALING RAPI

Penggunaaan arsenik secara meluas di Malaysia bermula sekitar lima puluh tahun yang lalu. Ketika itu Pihak British mengimpot Sodium Arsenite untuk digunakan di ladang-ladang. Penggunaannya  dikawal ketat kerana sebelum digunakan bahan mentah itu perlu dimasak sehingga menjadi biru warnanya. Oleh kerana warnanya menyerupai warna nila, kerap juga kita dapati gadis-gadis di ladang yang menggunakan nila dicampur sabun dan memasukkannya ke dalam mulut sebagai bahan ugutan
untuk mendapatkan keizinan ibubapa mereka dalam soal percintaan yang tidak direstui oleh keluarganya. Memikirkan anak mereka telah meminum racun arsenik ini, maka si ibubapa pun membenarkan  mereka meneruskan percintaan mereka itu.

Dengan hal yang demikian, penggunaan racun arsenik terhadap DSAI adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan jika kita teliti  asal usul orang yang nekad  merancang untuk membunuhnya  Sebenarnya ada Akta Sodium Arsenit (Sodium Arsenite Act) yang diterbitkan sebelum kita mencapai kemerdekaan lagi.

Racun arsenik (arsenit) apabila digunakan di ladang memerlukan penelitian kerana sekiranya racun itu terpalit kepada anak getah yang berumur di bawat enam tahun, bahanaya menyebabkan  pokok akan bantut dan tidak  mengeluarkan hasil susu  yang sepatutnya selama dua puluh tahun. Racun ini juga tidak mudah larut apabila dicurahkan ke tanah. Bayangkanlah apabila seorang insan seperti DSAI mempunyai elemen racun ini  yang 77 kali lebih banyak dari sepatutnya.

Jikalau kita teliti kekuatan  pil arsenik yang digunakan oleh gerila Tamil Elam yang berani mati, kita dapati bahawa pil arsenik (jenis white arsenic) adalah kurang lebih serupa kekuatannya dengan apa yang dikandung oleh badan DSAI sekarang ini. Adalah sesuatu yang menakjubkan bahawa beliau masih lagi bernyawa dan mampu berjalan-jalan dengan kandungan racun di badannya.

Dengan hal yang demikian, saya meminta jasabaik seluruh rakyat Malaysia yang perihatin dengan keharmonian negara ini untuk bertindak seperti ini:

a)  Usahakan agar DSAI dibenarkan keluar negara untuk mendapatkan rawatan yang rapi dan menyeluruh secepat mungkin. Benarkan juga keluarganya terdekat untuk berada disampingnya di luar negara.
b)  Setiap insan yang mempercayai Qadak dan Qadar harus terus berdoa kepada Illahi agar DSAI dapat sembuh seperti sediakala di luar negara. Apa yang akan dilakukannya seleps itu adalah soalan lain.

Diharap para doktor yang pernah merawat mangsa arsenit dapat memberikan gambaran sejelas-jelasnya apa yang boleh berlaku kepada seseorang yang termakan racun arsenik ini akhirnya. Pengalaman saya selama lebih dua puluh tahun dalam perkara ini adalah amat negatif sekali yang tidak tergamak untuk saya tuliskan di sini.

Memadailah  sahaja dengan anjuran saya agar DSAI diterbangkan ke luar negara secepat mungkin. Antara hospital terbaik dalam penyakit ini mengikut pengalaman saya ialah di Strassbourg Peranchis kerana ia mempunyai kemudahan sokongan termasuk terapi  air panas belerang di Colmar  yang amat diperlukan oleh DSAI.

Di samping itu bersamalah kita bersembahyang hajat setiap hari  dan berdoa kepada Illahi semoga DSAI dapat  sembuh seperti sediakala. Beliau perlu diterbangkan segera ke luar negara sebelum timbul kesan-kesan kebiruan di dadanya mengikut lakaran tulang paru-parunya. Apabila lebam-lebam ini muncul, amatlah sukar untuk memulihkannya.

Semoga Allah melaknat para konspirator yang menggunakan kaedah ini untuk meracuni DSAI.

-Marhain Tua-.