HUJAH LANJUTAN MENGENAI KENYATAAN PM
 
Saya ingin membuat hujah lanjutan mengenai komen Mahathir, Ahmad Badawi dan Rafidah Aziz terhadap keracunan arsenic DSAI setelah saya terbaca Mingguan Malaysia ( media celaka ) pagi ini.Berikut adalah komen-komen mereka yang saya akan jawab sekali gus.Saya rasa terpanggil untuk menjawab tuduhan-tuduhan liar mereka ini oleh sebab DSAI tidak dapat menjawab kerana dipenjarakan.
 
Komen-komen mereka:
1)Mengapa DSAI mengambil masa 14 hari untuk membuat aduan keracunan arsenic?
2)Kalau saya syak kena racun, saya akan terus pergi ke hospital suruh doktor cuci perut saya buang racun dan dapatkan ubat untuk buang racun.
3)Bunuh-membunuh bukan budaya UMNO kerana perbezaan politik.
4)DSAI diberi berbagai makanan oleh kaum keluarganya di mahkamah.
5)Contoh air kencing itu bukan diperolehi daripada DSAI.
6)DSWAI sendiri tidak menghiraukan tentang kesihatan DSAI ( komen Rafidah dari New Zealand ) kerana mengambil masa yang lama untuk mendedahkannya.
 
Hujah-hujah saya:
1)Ujian arsenic mengambil masa untuk siap, bukannya siap dalam masa sehari dua tambahan pula ianya dilakukan di luar negara.Jadi adalah menasabah tempoh 14 hari dari masa ujian diambil dengan masa mengumumkan keputusannya.Saya mahu bertanya pula kenapa siasatan mata lebam DSAI mengambil masa berbulan-bulan lamanya lebih dari 14 hari? Cubalah PM jawab kenapa DSAI tidak dikejarkan ke hospital untuk diberi rawatan segera setelah dibelasah oleh anjing PM sendiri, malah DSAI terpaksa merayu kepada polis, itupun selepas 5 hari baru diberi rawatan. Bukankah ini bukti bahawa DSAI pernah cuba membuat aduan untuk mendapatkan rawatan segera setelah dipukul dahulu, tetapi kenapa tidak diberi rawatan? Mengapa tindakan tidak diambil terhadap pegawai-pegawai polis yang merahsiakan kecederaan DSAI dahulu?
 
2)Bagaimana pula DSAI boleh mengsyaki bahawa beliau keracunan arsenic kerana DSAI bukan seorang doktor berbanding dengan PM( itupun doktor dah out of date ). Alangkah senangnya PM suruh doktor buang racun dan mencuci perut untuk buang racun arsenic.

SAYA INGIN MENGULANGI DI SINI BAHAWA PADA MASA INI, TIDAK ADA RAWATAN KHUSUS UNTUK KERACUNAN ARSENIC YANG KRONIK SEPERTI  YANG DIALAMI OLEH DSAI. RAWATANNYA ADALAH DENGAN MENGELAK DARIPADA PENDEDAHAN ARSENIC YANG BERTERUSAN DARI BERLAKU. DSAI SEKARANG TERDEDAH KEPADA RISIKO BARAH KULIT, BUAH PINGGANG, PARU-PARU, PUNDI KENCING DAN BARAH HATI KESAN DARIPADA KERACUNAN ARSENIC YANG KRONIK.

Keracunan arsenic yang kronik tidak boleh dikesan dengan mudah kerana tanda-tandanya adalah begitu am ( non-specific ). Keracunan arsenic yang kronik tidak dirawat melalui cuci perut atau darah seperti yang dikatakan oleh PM. Doktor tidak boleh membuang arsenic yang telah pun berada di dalam badan.
 
3)Kes Mokhtar Hashim membuktikan bunuh-membunuh adalah budaya UMNO kerana perbezaan politik. Bukankah anjing PM sendiri cuba membunuh DSAI di bukit Aman? Walaupun dia menafikannya, rakyat semua tahu hal yang sebenarnya.
 
4)Adakah PM cuba mengatakan bahawa kaum keluarga DSAI cuba meracuni beliau dengan memberi makanan yang dibawa dari rumah? Ini tidak ada bezanya dengan mengatakan DSAI mencederakan dirinya sendiri.
 
5)Kalau betul air kencing itu bukan kepunyaan DSAI, bagaimana anda menjelaskan kehilangan berat badan DSAI yang begitu banyak, keguguran rambut dan masalah kulit yang dihadapi oleh DSAI? Lojiknya sekiranya keputusan air kencing itu palsu, DSAI tidak akan mempunyai tanda-tanda seperti tersebut. Adakah mencukupi untuk mengatakan tanda-tanda tersebut disebabkan oleh faktor psychology?

A GOOD DOCTOR WILL ALWAYS TRY TO FIND OUT A POSSIBLE CAUSE FOR HIS PATIENT'S SYMPTOMS AND SIGNS BEFORE THE DOCTOR IS HAPPY TO SAY THAT THE PATIENT IS MAKING UP THE SYMPTOMS OR MALINGERING.

Keracunan arsenic memang boleh memberi kesan kepada rambut di mana jika rambut itu diuji untuk arsenic, ia akan menunjukkan kesan positif.
 
6)Ini adalah komen Rafidah Aziz yang cukup tidak bertanggung jawab. Adakah lojik untuk mengatakan DSWAI tidak menghiraukan kesihatan DSAI dengan melambat-lambatkan aduan. Memang anda tidak berhati perut langsung. Allah memang telah menghitamkan hati anda untuk menerima kebenaran. Hei Rafidah bahalol, keracunan arsenic yang kronik seperti yang dihadapi oleh DSAI tidak memberi tanda-tanda serta merta seperti muntah, cirit-birit, sakit perut dan sebagainya walaupun pada zahirnya DSAI nampak sihat. Hanya keracunan arsenic secara mengejut ( ACUTE ARSENIC POISONING ) yang akan memberi tanda-tanda seperti yang anda sebutkan itu. Keputusan untuk mengetahui paras arsenic dalam badan juga bukannya boleh diperolehi pada hari yang sama bodoh!
 
Saya hampir menitis air mata melihat gambar DSAI pada muka depan HARAKAH hari ini. Memang benar kata DSAI, " jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan"
 
WAHAI PM, AHMAD BADAWI DAN RAFIDAH, BERSEDIALAH UNTUK KE NERAKA !!!!
ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA TERJADI PERKARA BUROK TERHADAP DSAI !!!
 
 
 
CYBER SPECIALIST DOCTOR