HARAM MENGUNDI BN-PEMIMPIN ALA MAFIA

Setelah mendengar berita terbaru bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim diracun, saya bertambah yakin dengan pandangan bahawa adalah haram  mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. Alasannya adalah jelas. Pertama, pemimpin Barisan Nasional terlibat secara langsung dalam kekejaman demi kekejaman terhadap beberapa pemimpin pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Abdullah Badawi yang berpura-pura menunjukkan sifat keperihatinan beliau adalah sifat hiprokrit. Ini adalah kerana kes-kes yang jelas seperti pengakuan Rahim Noor bahawa beliau telah memukul Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih tidak di tangani dengan segera malah telah ditangguh beberapa kali.

Begitu juga lapuran polis oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap kes jenayah rasuah Rafidah Aziz, Daim dan Rahim Tamby Chik tidak di berikan perhatian malah di ketepikan sama sekali.

Begitu juga kenyataan Mahathir Mohammed bahawa setakat ini tidak pernah berlaku dimana orang yang berbeza fahaman politik di bunuh adalah satu kenyataan bohong kerana sebelum ini peristiwa pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 14 orang pengikutnya masih segar dalam ingatan kita.

Begitu juga kes menghukum Lim Guan Eng yang berusaha untuk menyelamatkan seorang gadis dibawah umur  dan membebaskan Rahim Tamby Chik yang terlibat merogol gadis tersebut.

Kita ingin bertanya kepada Mahathir bagaimana boleh berlaku bekas Timbalan Perdana Menteri di pukul dalam penjara dengan pukulan yang boleh membawa maut oleh Ketua Polis Negara ketika itu dan beliau mengemukakan teori yang tidak masuk akal atau mungkin beliau mahu berbohong dengan mengatakan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim memukul diri sendiri.

Sekarang ini beliau mengemukakan teori baru bahawa keracunan tersebut adalah berpunca daripada makanan yang dimakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim diluar mahkamah yang dibawa oleh keluarga beliau. Seperti biasa beliau cuba menafikan penglibatan beliau dalam kes ini sebagaimana beliau cuba menyembunyikan penglibatan beliau dan Rahim Noor dalam kes memukul Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam penjara. Sekarang ini Rahim Noor masih bebas manakala Dato’ Seri Anwar di penjarakan walaupun Rahim Noor telah membuat pengakuan bahawa beliau telah memukul Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, apa yang berlaku kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah rintitan peristiwa dalam satu perancangan jahat pemimpin UMNO termasuk Mahathir Mohammed, Daim dan Abdullah Badawi untuk melenyapkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk menghalang beliau daripada membongkar rahsia jenayah dan penyelewengan pemimpin-pemimpin UMNO.

Dalam ertikata yang lain kini UMNO dan BN di pimpin oleh individu-individu yang bertindak ala Mafia dan samseng yang bersedia untuk melanggar perlembagaan negara dan batas-batas agama serta tatasusila Melayu termasuk membunuh demi untuk mempertahankan kuasa mereka. Dalam ertikata yang lain, kita boleh menganggap bahawa beberapa pemimpin-pemimpin UMNO ketika ini bersubahat dalam kes membunuh secara sistematik. Dalam Islam, membunuh adalah dosa besar.

Tindakan mereka tidak ubah seperti diktator-diktator dunia yang lain seperti Hitler, Mussolini, Stalin yang melakukan kekejaman terhadap rakyat termasuk membunuh mereka yang membantah tindakan pemerintah. Bezanya ialah Hitler, Mussolini dan Stalin adalah kafir manakala Mahathir, Daim, Abdullah Badawi mempunyai nama Islam tetapi perangai macam kafir.

Walaupun saya marah dan geram dengan tindakan kebinatangan pemimpin UMNO, saya tidak terkejut dengan berita terbaru ini kerana saya telah membaca dalam internet laman reformasi sebelum ini mengenai  rahsia perancangan jahat pemimpin UMNO termasuk Mahathir dan Abdullah Badawi untuk membunuh Anwar Ibrahim dan meracuni beliau yang di bongkarkan oleh pegawai penjara yang simpati dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Secara kesimpulan, jelas bahawa pemimpin-pemimpin UMNO adalah zalim dan terdiri daripada orang-orang jahat yang tidak berakhlak dan tidak berperikemanusiaan dan melakukan dosa besar. Cuma mereka ini seperti Mahathir Mohammed, Daim dan Abdullah Badawi pandai berpura-pura dan berbohong di depan rakyat kononnya mahukan keadilan dan kebenaran. Mereka ini merupakan hipokrit dan pembohong besar dalam sejarah kepimpinan negara. Didepan rakyat mereka bercakap mengenai keadilan, kebenaran dan berpura-pura perihatin terhadap nasib bangsa dan rakyat Malaysia.. Mereka menyuruh rakyat bersyukur bukan kepada Allah tetapi kepada mereka kononya kerana kebaikan yang telah mereka lakukan kepada rakyat. Mereka mahu rakyat berterima kasih kepada mereka dengan terus mengundi dan menyokong kerajaan BN walau apapun kejahatan dan kezaliman yang mereka lakukan   Tetapi disebalik kata-kata manis ini, jiwa mereka adalah jiwa yang di kuasai oleh kejahatan dan nafsu kebinatangan dan bersedia untuk menzalimi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka termasuk membunuh.

Jelas sekali bahawa bermula daripada Mahathir Mohammed yang merupakan seorang yang pembohong, mementingkan diri sendiri dan zalim. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang menyokong pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat dalam konspirasi ini turut bersubahat dan turut berdosa kerana menyokong pemerintah yang zalim.

Ini bererti wakil-wakil rakyat yang menyokong pemimpin UMNO hari ini juga berdosa dan bertanggungjawab di sisi Allah SWT di hari akhirat kelak. Rakyat akan menderita sekiranya UMNO dan Barisan Nasional kembali memerintah. Saya ingin mengingatkan wakil-wakil rakyat UMNO supaya bertaubat dengan segera dan kembali ke pangkal jalan sebelum di kembalikan kepada Allah SWT dalam keadaan bersubahat dengan pemimpin yang zalim.

Saya ingin menyeru Dato’ Salamon Selamat, Dato’ Fuad Hassan, Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Dato’ Affifuddin, Dato’ Idris Jusoh, Dato’ Zainal Abidin Ahmad(exco Selangor), Dato’ Zainal Sakom yang saya kenali  supaya melakukan sesuatu dengan segera sebelum terlambat. Jangan takut dengan seorang insan lemah seperti Mahathir. Takutlah kepada Allah SWT. Usahlah menyokong dan mempertahankan manusia zalim dan jahat seperti Mahathir dan kuncu-kuncunya kerana satu hari ini nanti, mungkin Dato’, isteri atau anak-anak Dato’ atau saudara-saudara Dato’ akan menghadapi penderitaan yang sama dan sudah tentu Dato’ memerlukan bantuan dan sokongan rakyat ketika itu.

Jelaslah kepada kita bahawa adalah haram menyokong atau mengundi calun-calun UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang dan sesiapa yang menyokong atau mengundi Barisan Nasional turut bersubahat mempertahankan kerajaan zalim ala Mafia dan di kira berdosa.

Mari kita mengundi Barisan Alternatif.
 

PROFESSOR MADYA HARAPAN UMAT