ANWAR DIRACUN DI PENJARA SUNGAI BULOH ?

Beberapa bulan lepas saya telah menulis  mengenai rancangan konspirator mahu membunuh Anwar  melalui tajuk “ Perancangan Halus Membunuh Anwar ?” (sila rujuk semula http://members.tripod.com~mahazalimtwo/wer.html) dan
disusuli dengan tulisan saya yang berikutnya, “Konspirasi Pembunuhan ? “ (rujuk semula http://www.geocities.com/Pentagon/Bunker/1711/bahan1103.html ) .
 
Dalam tulisan saya yang bertajuk “ Perancangan Halus Membunuh Anwar ? saya telah melahirkan  kebimbangan mengenai  niat jahat para konspirator yang beriya-iya mahu menamatkan riwayat Anwar di dalam penjara pula setelah pelan mereka membunuh Anwar sebelum itu telah beberapa kali digagalkan oleh Allah s.w.t. Dalam tulisan itu saya tidak menolak kemungkinan akan penggunaan

racun yang dibubuh dalam makanan walaupun ketika menulis itu saya berpendapat mungkin tidak, kerana saya kurang arif mengenai adanya sejenis racun yang boleh  membunuh secara perlahan-lahan sepertimana arsenic. Saya hanya memfokuskan ‘firasat’ saya kepada  pemusnahan Anwar melalui makanan sahaja. Dan sekarang memang jelas bahawa melalui makananlah Anwar diracun dengan arsenic !

Melalui tulisan kedua saya bertajuk “Konspirasi Pembunuhan ? “, saya telah  membayangkan apa yang telah terjadi ke atas Anwar pada hari ini, iaitu di perenggan 9 dan 10 artikel tersebut. Subhanallah ! Tepat sekali apa yang telah saya nyatakan beberapa bulan lepas. Saudara boleh membacanya semula di perenggan 10 tulisan saya itu dan kenyataan Anwar di mahkamah pada 10  September 1999 apabila Ariffin Jaka bertanyakan keadaan dirinya. Dalam  tulisan itu, saya berkata, “ Percayalah saudara saudari semua, jika layanan dan kekejaman yang dilakukan ke atas Anwar seperti yang berlaku sekarang di dalam penjara berterusan, Anwar akan menderita yang berpanjangan (kalaupun tidak mati) sebelum tamat tempoh beliau menjalani hukuman penjara ke  atasnya. Saya yakin Anwar tidak akan menjadi seorang yang ‘sempurna’ lagi bila keadaan ini berterusan diperlakukan ke atasnya “. Perhatikan jawapan Anwar di mahkamah Jumaat lepas:

Hakim Ariffin: “Adakah dia (Anwar) merasa tak sihat ? “

Karpal: “ Yang Arif nampak keadaannya bukan seperti dirinya lagi”

Hakim Ariffin: “ Datuk Seri, adakah kamu sihat ?”

Anwar: “ Saya dalam keadaan baik. Saya tak rasa apa-apa. Tetapi saya bukanlah seperti diri saya lagi.
               Badan saya susut dan rambut gugur”.

Dalam tulisan itu juga saya telah menyeru kepada semua pejuang keadilan dan kebenaran samada dari parti PAS, Keadilan, Gerak, NGO dan sebagainya supaya mengemukakan bantahan rasmi dan berterusan atas layanan buruk ke atas Anwar
dan saya mengajak mereka berdemonstrasi di depan Penjara Sg Buloh. Tetapi mungkin kerana ketiadaan bukti yang kukuh mengenai dakwaan saya ke atas isu tersebut, seruan saya mungkin cuma dipandang sepintas lalu sahaja. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana sukar untuk membuktikan apa yang tidak berlaku di depan mata kita sendiri.

Kini setelah jelas dan nyata Anwar diracun, mungkin saudara tertanya tanya dimana dan bagaimana Anwar diracun ? Ya, Anwar mungkin diracun bermula  selepas Augustine Paul menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara ke atasnya pada 14 April lepas. Racun arsenic tersebut dimasukkan bersama dengan ‘resipi khas’ dalam penyediaan diet untuk Anwar di dapur penjara. Resipi  khas tersebut mungkin tidak diketahui sendiri oleh tukang masak penjara kerana berbungkus  seperti resipi biasa yang sering digunakan oleh kita untuk  memasak di rumah. Hanya orang yang terlibat dengan penyediaan resipi tersebut sahaja mengetahui, termasuk ‘orang penjara’ yang telah diarah khas untuk melaksanakan “misi pembunuhan” tersebut. Saya tidak fikir Anwar diracun ketika di lokap Bukit Aman kerana ketika itu si Bapak Anjing tidak terfikir pun untuk memilih cara sedemikian.

Tujuan melakukan pembunuhan ke atas Anwar melalui racun arsenic ini adalah dengan alasan berikut;

1. Untuk mengelakkan sebarang syak sekiranya Anwar mati mendadak dalam penjara kerana arsenic kesannya memakan masa sebelum sampai ajal sebenar.
2. Untuk menjustifikasikan fitnah liwat ke atas Anwar dengan keadaan perubahan fizikal yang berlaku ke atas tubuh badan Anwar seolah-olah Anwar meninggal kerana mengidap penyakit AIDS.
3. Memenuhi dendam membara para konspirator dan demi menutup mulut Anwar yang mana pendedahan kejahatan dan penyelewengan mereka oleh Anwar menyebabkan imej konspirator begitu buruk dan rakyat sangat membenci mereka.

Saya sengaja menonton Berita NTV7 jam 8 malam(saya dah lama boikot berita tv) sebentar tadi semata-mata untuk mendengar apa yang akan keluar dari mulut Maharaja Mahafiraun itu.  Maharaja berkata bahawa ‘bukan tradisi  rakyat Malaysia’ membunuh seseorang menggunakan racun sekalipun terhadap musuh politik. Ketika bercakap tersebut mata beliau tidak ‘bertentang’  dengan wartawan atau kamera tv. Kata orang tua-tua, kalau seseorang itu sedang bercakap tetapi matanya tidak bertentang dengan kita, maknanya dia bercakap bohong atau ada sesuatu yang tersembunyi di dalam hatinya. Memang
sah Maharaja Mahafiraun tidak bertentang mata dengan wartawan dan kamera tv un sebaliknya cuma memandang ke bawah !

Apakah maksud beliau berkata ‘bukan tradisi rakyat Malaysia’ membunuh menggunakan racun ? Memanglah bukan tradisi rakyat Malaysia. Jarang kita mendengar sebelum ini tahanan politik dibunuh dengan racun. Dulu Mokhtar Hashim menggunakan pistol membunuh Dato Taha. Membunuh  menggunakan pistol memang dah jadi tradisi di mana-mana. Bukan tradisi tidak bermakna ianya  tidak dibuat orang. Bukankah beliau berpegang kepada azimat ‘Malaysia Boleh’ ? Melalui airmuka dan bayangan matanya, saya nampak jelas Mahafiraun cuba  menyembunyikan sesuatu dalam hatinya. Ada sesuatu yang tak kena dengan  beliau, tetapi disebabkan kebal dari sebarang tindakan undang-undang, beliau ‘pura-pura buat bodoh’ dengan membuat andaian berbentuk prejudis kepada Anwar dengan pertanyaan, kenapa lepas 2 minggu baru didedahkan (laporan
makmal oleh Karpal Singh). Kemudian siap dengan doktor pula. Ditambah dengan kenyataan yang Anwar mendapat ‘layanan istimewa’ dan ‘luar biasa’ dari kerajaannya. (LAYANAN ISTIMEWA KEPALA BAPAK DIA !!!) Ini merupakan prasangka jahat terhadap Anwar seolah-olah beliau mahu mengulangi jawapan ‘mencederakan diri sendiri’ selepas Anwar dibelasah separuh mati oleh Si Bapak Anjing dulu.

Dalam firasat saya, memang ada sesuatu yang tak kena dengan Maharaja  tersebut bersabit Anwar kena racun ini.  Akhir sekali saya menyeru agar kita semua melakukan solat hajat berterusan untuk dua tujuan berikut;

1. Memohon Allah s.w.t. menyelamatkan insan teraniaya Anwar dari segala musibah.
2. Memohon agar Allah membinasakan Mahafiraun ini dengan secepat mungkin demi menyelamatkan rakyat yang tidak berdosa.

Kepada Kak Wan Azizah yang dikasihi, saya minta agar Kak Wan beritahu Abang Anwar agar mengamalkan  doa “BISMILLAH ENAM”(juga dipanggil orang dengan nama Bismillah Tujuh) dan ayat yang berbunyi, Bismillahilladzi La
yadhurru  ma asmihi syaiun fil ardhi wala fissama’ wahuwas sami’ul ‘alim. Kalau Kak Wan kurang pasti dengan ayat yang saya maksudkan di sini, tanyalah sesiapa yang tahu ataupun Ustaz Haron Din. Kak Wan suruh Abang Anwar amalkan selepas
solat fardhu, terutama lepas maghrib, Isyak dan Subuh (baca 3 atau 7 kali). Insya Allah, barangsiapa yang mengamalkannya tidak dimudaratkan Allah s.w.t. dengan sesuatu oleh mereka yang berniat jahat. Juga, Kak Wan mintaAbang  Anwar amalkan surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 9 lepas solat maghrib dan subuh. Insya Allah, mudah-mudahan pertolongan Allah datang ketika memerlukannya. Kak Wan dan Nurul Izzah juga harus mengamalkan ayat-ayat

tersebut.

CDB @ AF