Mungkinkah DSAI diracun melalui cat?

Selama ini khabar mengenai kemungkinan DSAI diracun, dibunuh atau disuntik dengan virus aids dianggap khabar angin, fitnah atau mengarut semata-mata. Namun pada hari Jumaat 10-09-99 kita dikejutkan dengan penangguhan pendengaran kes DSAI atas alasan kesihatan DSAI yang tidak mengizinkan berikutan dengan penemuan asid arsenik yang terlalu tinggi melimpasi paras bahaya berganda-ganda dalam kencingnya yang diuji di Australia.

Berbagai reaksi dapat kita dengar. Berkokok dan menyalaklah pemimpin BN terutama dari komponen bangsat PKMB (Parti Kebangsa(t)an Melayu Bersatu) dan yang paling celupar singa betina RA, betina mata sepet mulut besar - dan lidah yang tak boleh dikawal. Ia lebih hebat dari pakar froensik dalam membuat diagnosis mengenai mata DSAI - konon dihentam dengan gelas atau cawan oleh DSAI sendiri. Kini dia kata mungkin kencing itu kepunyaan orang lain atau keracunan disebabkan oleh makanan dari keluarga DSAI.

Saya tidak mahu menuduh sesiapa buat masa ini - orang yang makan cili selalunya terasa pedas - dan mereka yang tersinggung akan melompat maka keluar penafian dan andaian dari mulut-mulut celupar ini. Dari segi logik mereka tak perlu takut dan memberi seribu satu sebab dan andaian mengenai keracunan ini jika mereka tidak terlibat - bukankah kita ada doktor dan kepakaran biar mereka yang metentukannya.

Apa yang nak saya nyatakan di sini ialah saya mengambil kesempatan untuk membuat sedikit penyelidikan dan bacaan - melalui kemudahan internet - saya mendapati sesorang boleh diracun dengan racun ini secara tidak memberikan secara terus (direct administration of the poison).

Antara caranya ialah dengan mencapurkan bahan ini dengan cat yang digunakan untuk mengecat dinding. Bahan ini akan mengeluarkan hablor dan apabila disedut ia akan menjadi racun dalam sistem pengkumuhan dan pendarahan mangsa.
Saya ingin menarik perhatian pembaca bahawa tidak berapa lama dulu kita mendengar khabar bahawa bilik tahanan DSAI diubahsuai dan dicat baru. Apakah kemungkinan elemen racun ini telah dicampur berlebihan didalam cat berkenaan dan seperti diberitakan juga bilik tahanan ini hanya mempunyai tingkap kecil untuk ventilasi. Ini memungkinkan lagi hablor itu bertambah toksiknya dengan ruang aliran udara yang terhad.

Saya rasa adalah lebih baik dan berkesan jika pemerinah benar-benar ikhlas, seperti kata TiPieM "NO STONE will be left UNTURNED and whoever did this will be punished”, menjalankan  siasatan yang rapi dan teliti termasuk mengambil sampel dari semua punca yang pernah digunakan oleh DSAI di penjara termasuk sampel cat ruang penjara DSAI. Dan adalah lebih baik jika penyiasat dan penyelidik dipersetujui oleh kedua-dua pihak berkenaan atau penyiasat bebas waimah jika perlu kita impot  dari pakar-pakar luar yang tidak mempunyai kepentingan dalam negeri.

Kita tidak perlu takut kalau benar dan hanya yang berasa salah akan melenting. Semoga ketelusan yang selama ini sering dikokok dan disalakan oleh pemerintah dipraktiskan dengan sebaik-baiknya.

Ingatlah Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang benar - jika kita masih mempunyai kepercayaan terhadap azawajalla.
Kepada semua reformis dan pencinta keadilan - bersamalah berdoa dan bersolat hajat semoga Allah memelihara DSAI dan menunjukkan kebenaran.

Sama-sama berusaha MEMERDEKAKAN rakyat dari fitnah, kezaliman dan kekejaman ini.

KICAP MELAYU