Lepuk-lepak 13
 
RASMI: DIA TU PENGGANAS
Bila Karpal Singh sebut dalam mahakamah Dr Mahafiraun mengganasi negara ini, tak de pulak kita dengar berita Ariffin Jaka atau Mohtar Abdullah membantah. Nampak benar semua orang dah setuju. Dek kerana dah disebut dalam mahakamah
Mahafiraun yang tentunya tempat rasmi, maka rasmilah sudah Dr Mahafiraun adalah penganas.

Penarik Beca - diperintah pengganas

LEBIH BAHAYA DARI KOMUNIS
Sebut pengganas, teringat kita tahun 1978 dulu bila PAS ditalak oleh Umno dari Barisan Nasional. Terus Dr Mahafiraun kata, PAS lebih bahaya dari  komunis. Dalam pada PAS yang kununnya bahaya tu mengajak orang sembahyang tak tingal, tutup aurat, hidup ikut Quran dan Sunnah, Dr Mahafiraun pula yang mewarisi kelaku pengganas komunis merompak harta negara, menyeksa  orang, membunuh orang. Gitulah kalau dah sama berguru dengan Yahudi.

Penarik Beca - bergaru

MACAM YAHUDI
Kalau komunis gurunya Yahudi Karl Marx, antara guru Dr Mahafiraun ialah Yahudi Henry Kissinger. Lepas tu Yahudi Solomon Smith Barney pulak jadi penasihat dia sambil Kissinger terus menasihat. Tak peliklah kita kalau buruk kelaku Dr Mahafiraun tu macam Israel.

Penarik Beca - rumah buruk

PENGANAS TERGANAS
Tak sangka pulak kita ada lagi rupanya pengganas di Malaysia lepas pengganas komunis dah letak senjata dan duduk diam-diam di Siam. Lebih tak sangka lagi rupa-rupanya pengganas pengganti komunis itu ialah orang yang jadi Perdana
Menteri. Bila dah PM yang jadi pengganas, tentulah dia lebih ganas dari pengganas terganas sebab dia mengganas dengan kuasa.

Penarik Beca - tak kuasa

BANGANG TERBANGANG
Nampak benar bangang terbangangnya Dr Mahafiraun dan pengampu penjilat dia bila mereka tanya mengapa sampai 14 hari baru Datuk Seri Anwar mengadu diracun arsenik. Orang bangang dan gila pun tak tanya soalan paling kotor dalam sejarah macam tu. Lepas pukul orang, orang bangang dan gila pun tak pernah tanya apasal lambat sangat mengaduh, apasal lambat sangat awak kata aduh?

Penarik Beca - tak terkata

APASAL, APASAL, APASAL
Dah awak semua tanya, kita pun teringin nak tanya jugak. Apasal penjahat tu berani meracun Anwar, apasal Rahim Noor berani debik Anwar sampai dekat nak mati, apasal Rafidah Aziz berani curi saham Bumiputera dan maki ugut pula orang yang menyiasat dia, apasal Rahim Tamby Chik berani rogol gadis bawah umur, apasal Eric Chia berani songlap duit Perwaja dan dapat pulak pasport diplomat, apasal? Apasal, apasal?

Penarik Beca - dah tau fasal