PACUKAN GERAKAN SIASATAN RAKYAT - PEJUANG AGAMA ANWAR IBRAHIM PERLU DISELAMATKAN DARI KEJAHATAN  MAHAFIRAUN!
 
Dengan nama Allah. Tuhan yang menjadikan manusia dari sekepal tanah sebagai makhluk paling sempurna untuk berjuang menegakkan syiar agama agung Islam.

Seluruh dunia Islam dikejutkan dengan perancangan zalim maha jahat oleh kerajaan pimpinan Mahathir Attaturk Firaun ke atas pejuang agama Sudara Anwar Ibrahim dengan menggunakan kimikal arsenik dalam usaha membunuh dan melenyapkan pejuang agama ini buat selama-lamanya. Perancangan jahat dan kejam serta iblis yang hina ini telah sekian lama dilakukan
oleh angkatan para attaturk dan firuan seluruh dunia seperti yang pernah dilakukan oleh Gamel Abdul Nasser ke atas pejuang-pejuang Ikhwan Muslimin, begitu juga oleh kerajaan Siam ke atas para pejuang Islam Pattani. Telah sekian banyak para pejuang besar Islam terbunuh dan dibunuh dengan cara seperti ini oleh para pemimpin negara yang mendaulatkan negara itu sebagai negara Islam sedangkan mereka ini adalah kumpulan umat yang sesat lagi menyesatkan, yang zalim dan tidak pernah mahu tunduk kepada kekuasaan Allah. Digaris perjuangan itu maka kami seluruh para pejuang Islam Pattani dan para sarjana Islam yang mewakili pertubuhan dan gerakan Isl

am sedunia, serta para baitul Rasul menyeru semua sudara Islam di Malaysia terutama barisan pimpinan jamaah untuk mengadakan satu suruhanjaya rakyat yang akan menyiasat dan memutuskan hukuman yang sewajarnya ke atas kaum munafik ini kerana sesungguhnya dalam segala perjuangan Islam itu tidak akan berhasil tanpa kepaduan dan kebijakan serta keimanan yang seluruhnya diberikan kepada Allah, Rabbul Jallil. Kami juga menyeru agar semua gerakan Islam di Malaysia bangkit dan
harus berani untuk tampil dengan penuh keazaman untuk mengembalikan mereka yang sesat dan zalim ini ke jalan yang diredhai Allah. Sebenarnya perancangan membunuh Sudara Anwar Ibrahim telah tersebar di seluruh dunia sekian lama oleh para pegawai penjara yang membawa keluar surat-surat arahan dari pimpinan kerajaan Malaysia kerana pegawai-pegawai penjara ini sudah tidak mampu untuk melihat dan menyaksikan penyeksaan demi penyeksaan dilakukan tanpa sebarang rasa takut kepada kekuasaan Allah oleh mereka yang sememangnya dil

ahirkan untuk menggantikan kaum musyrik dan munafiq. Mulakan dengan solat hajat besar di seluruh negara Malaysia dan insyaAllah seluruh angkatan para pejuang Islam sedunia akan mengadakan solat hajat di seluruh masjid besar dunia pada Jummat ini. Jamaah gerakan Islam di Malaysia tidak perlu tergopoh dengan agenda demonstrasi sebaliknya aturkan gerakan solat hajat secara terbuka biar menjadi saksi kepada mereka akan kekuatan Islam adalah kekuataan roh yang tidak ada hubungan dengan kejahatan dan kemusnahan. Jika ada sebarang pertunjukan oleh kaum munafik ini maka di tempat pertunjukkan itu di adakan solat hajat begitulah - di mana sahaja mereka berada maka di situlah jamaah Islam berada. Hal ini pernah dilakukan oleh Imam Salehuddin al-Ayubi semasa Perang Salib bagi memperkukuhkan iman dan rasa kasih terhadap Allah serta memohon doa secara beramai-ramai kerana pasti dalam yang umat dan massa yang ramai itu akan ada seorang daripadanya mereka yang mendapat rahmat Allah di mana doa mere

ka akan didengar dan diberikan petunjuk. Sesungguhnya seluruh jamaah gerakan Islam di Malaysia mestilah bersatu dan anggaplah usaha menyelamatkan pejuang agama Sudara Anwar Ibrahim adalah sebahagian daripada amanah Allah kerana para ulamak itu adalah pewaris Nabi. Akhirnya, kami dari seluruh kerabat jamaah Islam sedunia merakamkan salam perjuangan menegakkan agama Allah kepada umat Islam Malaysia dan kami berjanji akan memberi sokongan fizik dan materi. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah-lah segala perjuangan kita akan dikembalikan.