Rintihan Rakyat:
 
Surat Terbuka Kepada:
KDYMM Seri Paduka Baginda,
Yang Di-Pertuan Agung:

Assalamualaikum WRB.

Kezaliman Sudah Di-Tahap Paling Kritikal:

Ampun Tuanku, Sembah patik harap di-ampun:
Kami rakyat merasakan keadaan dalam Negara sudah berada pada Tahap yang sangat membimbangkan. Kerakusan pemimpin kerajaan Dalam merampas harta rakyat semakin berleluasa, kemungkaran Politik semakin parah, penyelewengan dan penghinaan terhadap Hukum ALLAH dan SUNNAH RASUL semakin berani di-lakukan Oleh pemimpin Kerajaan.

Dan yang menjadi semakin menakutkan kami rakyat ialah, Kedaulatan Dan Kebebasan Undang-undang sudah di cabul. Kelaziman dan penganyaian Terhadap Saudara DSAI sudah sampai ke- kemuncak dan di luar batasan Kemanusiaan yang bernama ISLAM. Jika sekiranya DSAI, bekas sa orang Pemimpin tinggi kerajaan, boleh di-perlakukan demekian, apa-kah jaminan Yang ada untok kami rakyat marhien ????.Siapa lagi yang boleh kami harap Kan untok melindungi kami ????.

Tak kan tidak ada sedikit pun jasa DSAI terhadap Negara???.Mokhtar Hashim Yang telah terbukti mebunuh, dapat di-ampun-kan dengan Nasihat Perdana Menteri- Dr.Mahathir.Dato' Harun yang telah di sabitkan oleh Mahkamah
Menyeleweng wang Negara berjuta ringgit telah di-ampunkan.

Mengapa DSAI di-perlakukan demekian rupa ???? Kalau benar sekali pun DSAI telah menyalah guna kuasa, mesti kah beliau menerima layanan Yang sebegitu rupa???.

Ampun Tuanku:
Jika di-teliti rentetan peristiwa yang berlaku, adalah tidak mustahil, bahawa Satu konspirasi sedang berjalan untok menamatkan riwayat DSAI.Antara peristiwa Yang pernah berlaku yang boleh di-kaitkan dengan rancangan jahat ini ialah:-
1.Kerosakan Heikopter TUDM yang di-jangka di-naiki oleh DSAI beberapa tahun yang lalu.
2.Mahas helikopter yang menimpa Tan Sri Yahya. DSAI telah menempah  untok menaiki helikopter tersebut pada pagi ke-esokan hari nya.
3.Serangan untok menangkap DSAI di-rumah beliau oleh anggota Polis UTK, yang memakai topeng ala-skuad Nasty Boys.
4.Pukulan Rahim Nor keatas DSAI semasa ditangkap yang di-laporkan boleh mengakibat kematian oleh Surohanjaya Siasatan Di-Raja.

Dan yang terakhir ini ialah apabila di-dapati air kencing DSAI mengandungi Racun arsenik. Kalau dalam air kencing kandongan nya mencecah 230 mc/gm, Mungkin dalam darah bacaan nya akan lebh daripada itu.

Dari rentetan di-atas, adalah di-yakini bahawa memang DSAI sedang berdepan Dengan satu rancangan jahat untok membunohnya. Apakah salah beliau ????? Mungkin kesalahan beliau ialah kerana cuba menghalang penyelewengan Dalam keajaan. Mungkin kerana beliau terlalu banyak menegur Perdana Menteri  Dalam mengurus harta rakyat. Mungkin kerana beliau di-lihat lebih kecenderungan Terhadap ISLAM.

Ampun Tuanku:
Sampai bila kita rakyat harus tunggu ????? Apakah kita harus menunggu hingga DSAI mati???? Dan nama beliau akan tercatit dalam sejarah negara sebagai Hero Negara suatu Hari nanti sebagaimana yang berlaku kepada; Hassan Al-Bana', Syed Kutb,
Jamaluddin Al-Afghani atau Iman Ghazali. Atau kita harus menunggu hingga rakyat benar-benar sudah tidak tahan lagi dan
Mengambil tindakan sendiri????.

Ampun Tuanku:
Kami rakyat tidak rela DSAI hanya tercatat dalam sejarah sebagai Pejuang Keadilan dan Penentang rasuah.Sedang kan perjuangan di-tamat kan bersama Riwayatnya ,tanpa sempat di-nikmati oleh rakyat.

Kami rakyat juga tidak mahu, kezaliman di-hapuskan dan keadilan ditegak kan Dengan memakan korban yang banyak. Kami rakyat tidak mahu sejarah keamanan Negara akan tercemar kerana ada pihak yang meyokong dan mendokong kezaliman.

Ampun Tuanku, sembah patek harap di-ampun:
Dengan ini, kami rakyat memohon limpah perkenan Tuanku. Dengan bantuan Ankatan Tentera kita yang masih setia kepada Tuanku, bertindaklah sekarang. Jangan di-tunggu hingga DSAI di-tamatkan riwayatnya !!!!! Janganlah di-tunggu rakyat mengambil tindakan sendiri !!!! Yakinlah, Tuanku akan mendapat sokongan daripada Raja-Raja Melayu yang lain.
( mungkin Sultan Kelantan- tidak akan meyokong kerana sedang mabuk dengan angan-angan bapak saudaranya). Dan percayalah, kami rakyat akan berdiri teguh di belakang Tuanku.

Tuanku dan Angkatan Tentera sahajalah tempat kami bergantung harap sekarang. Tuanku dan Angkatan Tentera sahaja lah  tempat kami berlindung sekarang. Polis sudah tidak kami harapkan lagi untok menjaga keamanan kami.Polis Semua sudah di-gari tangan mereka oleh pemerintah.

Sekali lagi kami rakyat, memohon agar Tuanku bertindak segera sebelum Segala-gala menjadi sejarah. Biarlah sejarah yang lepas menjadi tauladan kepada kita. Ampun Tuanku, sembah patek harap di-ampun;  Kami mohon keampunan KDYMM Tuanku kiranya terdapat sebarang pernyataan yang mungkin Mengguris hati Tuanku. Bukan niat Patek untok menyampaikan
sembah Durhaka, tapi sekadar meyampaikan rintihan hati rakyat yang sayangkan kepada Negara.

Sekian Wabillah-Hitaufik-.
Terima kasih.

TUANKU PAYUNG RAKYAT;
 

Yang Benar

Kalijagat:
Mewakili Rakyat Yang Cinta Kepada Keadilan