BERITA HARIAN 12-SEPT-1999 : BUKTI KONSPIRASI POLITIK

Tajuk BH, BUNUH MUSUH POLITIK BUKAN BUDAYA MALAYSIA. Memang bunuh bukan budaya Malaysia, tetapi ianya budaya orang dan kumpulan orang jahat, budaya orang dan kumpulan orang zalim. Bunuh sampai kepada satu peringkat adalah dibenarkan oleh syarak. Tetapi terlebih dulu syaratnya yang ketat wajib dipatuhi. Atau bunuh sebagai satu hukuman Mahkamah.

Memang bunuh bukan budaya Malaysia, tetapi nampaknya ia akan jadi satu budaya politik UMNO(baru) di dalam Malaysia. Kenyataan demikian sebenarnya dapat menjelaskan lagi teori konspirasi politik. Apakah kaitan kenyataan dan tajuk BH berkenaan dengan alasan pemecetan DSAI oleh Mahathir?. DSAI sekarang adalah seorang banduan dan bukan ahli kepada mana-mana pertubuhan politik. Kenapa pulak kenyataan yang mengatakan “musuh politik” itu boleh dikeluarkan?. Ini sudah bukan soal maruah lagi. dimana ianya dijadikan alasan dan bukti kukuh kununnya untuk memecat dan memfitnah DSAI?. Memang sah Mahathir memecat DSAI itu ialah kerana politik jahat yang tak ada maruah ke atas DSAI.

UMNO(baru) jangan cuba hendak menutup kedurjanaan mereka dengan membawa sekali rakyat Malaysia di dalam kancah fitnah ini. UMNO(baru) juga jangan cuba membawa Kerajaan Malaysia ini di dalam kancah fitnah jahat politik UMNO(baru) ini. UMNO(baru) cuba berselindung disebalik nama Kerajaan. Kerajaan Malaysia yang dicemari tangan-tangan jahat UMNO(baru)lah yang menyebabkan hal ini boleh berlaku.

UMNO(baru) jangan cuba hendak mengheret sama BUDAYA MALAYSIA yang molek ini di dalam menjaga kepentingan politik jahatnya.  Kalau rosak BUDAYA MALAYSIA, maka UMNO(baru)lah yang merosakkannya. Rakyat tidak fikir cubaan bunuh ini adalah budaya Malaysia. Pembunuhan dan cubaan membunuh bukan perkara baru di Malaysia. Cuma Mekanisma dan methodologinya saja yang berlainan. Misalnya penggunaan santau dijadikan senjata yang popular dibeberapa negeri tertentu. Kapak bungkus dan lawi ayam dijadikan senjata di Kelantan dan Selatan Thailand. Pukau juga popular dijadikan senjata oleh orang jahat merompak hak orang lain bahkan pada satu ketika keris yang digunakan oleh UMNO(baru) sebagai lambang mereka juga suatu waktu dulu adalah alat yang boleh membunuh. Walaupun ianya diamalkan secara meluas dikalangan orang-orang jahat tertentu, tetapi ianya bukan budaya negara.

UMNO(baru) tidak sedar bahawa keris yang mereka jadikan lambang partinya itu adalah ada unsur budaya membunuh. Membunuh bukan budaya Malaysia tetapi budaya yang disukai UMNO(baru) suatu waktu dulu. UMNO(baru) berdosa kepada rakyat Malaysia. Mereka menggunakan satu alat yang dulu sangat popular di kalangan orang Melayu untuk dijadikan senjata yang membawa banyak pembunuhan sebagai lambang mereka. Tak keterlaluan kalau dikatakan UMNO(baru)lah yang membudayakan hal ehwal bunuh membunuh. Datuk Mazlan di Dong Pahang yang dipotong 18 kerat dulu bukan UMNO(baru)?. Hanya orang gila saja tak akan mengaku bahawa arwah bukan UMNO(baru). Pembunuhan yang melibatkan kes BMF dulu adakah anggota UMNO(baru) tak terlibat?. Mustakizah adakah ahli UMNO(baru) tak ada kaitan?. Arwah Datuk Yahya Ahmad bagaimana adakah ia bebas dari UMNO(baru) juga?.

Bahkan tidak ada satu negara di dunia yang menjadikan membunuh sebagai budaya negara. Melainkan ianya diamalkan disetiap peringkat orang-orang yang jahat dan zalim sahaja. Hitler yang membunuh setiap orang yang diketehui Yahudi itu pun orang tidak anggap pembunuhan itu sebagai budaya Jerman, tetapi ianya dikatakan sebagai kejahatan Nazi ke atas Yahudi. Dunia tidak kata ianya budaya Jerman.

Sekian

muramozi