ARSENIK : SURUHANJAYA DIRAJA

Bukti kandungan Arsenik yang sudah masuk dan berada di dalam badan DSAI itu perlu disiasat dari mana puncanya. Suruhanjaya Diraja mesti ditubuhkan segera. Hal ini perlu disiasat kerana media cuba mengheret budaya Malaysia di dalam kancah jahat ini. Kes Arsenik ini sekaligus memburukkan imej Jabatan Kerajaan Kerajaan. Kalau imej Jabatan Polis rosak akibat kerja jahat Rahim Noor dapat disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja, adalah tak masuk akal kes racun Arsenik yang terkena kepada DSAI juga tidak boleh disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja.

Dalam kes DSAI lebam, hujah Mahathir dan pokkanya mengatakan DSAI pukul diri sendiri dapat dipatahkan dengan siasatan Suruhanjaya DiRaja. Maka perkara yang sama perlu dibuat, tak mustahil hujah Mahathir dan pokkanya Mohtar Abdullah yang mengatakan bahawa DSWAI yang memberi makanan yang ada Arsenik itu dapat dipatahkan juga, bahkan yang lebih penting ialah kambing hitam seperti Rahim Noor akan dapat diketahui.

Rakyat nak tahu apakah alasan kambing hitam yang mungkin ada beberapa ekor di dalam Jabatan Kerajaan. Kalau Rahim Noor kata betapa DSAI berada di dalam keadaan baik di dalam jagaan polis, tetapi sebaliknya berlaku sehinggakan Rahim Noor kata betapa dia telah diprovok sehinggakan boleh jadi hilang sabar dan menghalalkan dia menumbuk DSAI sehingga lebam, maka atas alasan yang sama Pengarah Penjara setakat ini diam terhadap apa yang orang dakwa berkenaan penjara DSAI juga berkemungkinan serupa dengan Rahim Noor, mereka itu adalah kambing hitam yang menyusahkan diri sendiri demi politik jahat UMNO(baru).

Yang peliknya, kenapa gatal sangat pokka Peguam Negara yang terus komen katanya Arsenik itu datangnya dari makanan DSWAI?. Inilah satu bukti jelas juga betapa peguam Negara mendakwa DSAI adalah bertujuan berniat jahat. Kalau dia betul-betul mendakwa DSAI disebabkan salah laku seks dan rasuah, sepatutnya dia kena diam saja apabila timbul kes Arsenik ini. Dia tak terlibat langsung dengan menjaga pakai, makan minum dan tempat tinggal yang menjadi sumber Arsenik. Ini ialah bukti bahawa memang pokka Peguam Negara ada konspirasi nak merosakkan DSAI.

Kemanakah perginya Raja Raja dan Sultan Sultan?. Kenapa Tuanku semua senyap sunyi?. Adakah Tuanku semua senang lenang sehinggakan perkara sejahat ini pun boleh didiamkan sebagai seorang Sultan dan Raja di Negeri?. Kemanakah pergi kote-kote Tuanku semua?.

Ada ramai dan banyak perkara yang boleh disiasat, dari Ketua Pengarah Penjara, semua yang melibatkan hal ehwal masakan di dalam penjara - dari tukang beli bahan mentah hingga tukang masak, tukang hidang dan tukang bawa makanan di dalam penjara. Tukang basuh dan lap pinggan, tukang basuh dan lap gelas. Tukang basuh kain di dalam penjara. Tukang hantar pakaian dalam penjara, tukang sapu dalam penjara DSAI- kalau ada. Semua itu adalah boleh disiasat. Cat di besi-besi dan konkrit penjara juga boleh dibuat ujian makmal. Selimut dan bantal juga boleh diusung seperti tilam Musa Hassan untuk dibuat ujian makmal.

Mungkin Ketua Pengarah Penjara tidak mengetahui akan hal ini, tetapi bukan mustahil di kalangan orang bawahannya adalah siput babi yang berkerja untuk UMNO(baru)!. Walau apa pun kemungkinan, Suruhanjaya DiRaja mesti ditubuhkan segera untuk menyiasat kes ini. Cukuplah Jabatan Polis saja digunakan oleh Mahathir dan UMNO(baru). Suruhanjaya DiRaja dapat menentukan samada pihak penjara terlibat atau tidak. Dalam tempoh setahun yang lalu, DSAI dijaga oleh pihak penjara sepenuhnya. Nak tak nak, Pihak Penjara adalah pihak yang bertanggung jawab di atas kandungan Arsenik yang tinggi dalam badan DSAI.

Biarlahlah polis saja yang memalukan Tan Sri Halim Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara, jangan Jabatan Penjara pula yang menghodohkan Tan Sri Halim Ali dan Kakitangan kerajaan yang lain. Kakitangan Kerajaan sudah cukup malu dengan perbuatan Rahim Noor dan Mohtar Abdullah.

Sekian

muramozi