KEKOTORAN DATUK WIRA ALI RUSTAM DAN DATUK
        MUKMIN DI MELAKA
 

Assalamualaikum.
Terpaksa dimaklumkan betapa busuknya politik UMNO di Melaka. Mungkin kita masih ingat lagi siapa dia Cikgu Jasmi Buang yang mengajar di Sek. Men Bukit Baru Melaka ( dekat dengan Jabatan Pendidikan Melaka ) Cerita sedih beliau ( rumah terbakar ) pernah disiarkan di dada HARAKAH bulan lepas tetapi akibatnya dia ditukarkan 24 jam ke Hulu Merlimau kerana
terlibat dengan perjuangan Islam dan sudah tidak lagi menjadi orang kuat Dato Mukmin. Cikgu Jasmi pernah menasihatkan Datuk Mukmin  supaya  bersederhana dalam hidup..tengoklah apa dah jadi Ustaz Mukmin..rumahnya dekat RM250k di tengah sawah. Daripada mana puncanya ni sebab baru sepenggal pegang YB.   Datuk Wira Ali dan Datuk Mukmin marah dengan pendedahan ini lalu tekan Pengarah Pendidikan supaya Cikgu Jasmi  ditukarkan segera tetapi kesian UMNO melalui Kesatuan Guru-Guru , Cikgu Jasmi fight dan bertanyakan mengapakah beliau menjadi mangsa kepada Dato' Ali Rustam dan Dato' Mukmin  yang mahukan supaya dia ditukarkan 24 jam ke Merlimau .

Benda ni sampai ke telinga Najib. So pertukaran dia dibatalkan dengan syarat Cikgu Jasmi tidak dibenarkan terlibat dengan PAS/KeADILan sama ada memberi simpati atau  sokongan secara terang-terangan. Cikgu Jasmi beritahu  pada 11.8.1999
, semasa dia sedang mengajar dia dijemput oleh orang kuat Dato' Ali iaitu Air Sirat Abu supaya datang ke rumah Dato' Ali Rustam di Bukit Katil segera dan terpaksa tinggalkan kelas ( semasa itu Cikgu Jasmi sedang mengajar Kemahiran Hidup ) . Sesampai di rumah Datuk Wira Ali di Bukit Katil , dia tengok ramai yang sedang menunggu termasuk wartawan akhbar dan TV3 . Cikgu Jasmi diugut dan dipaksa untuk memberi kenyataan akhbar tentang keburukan PAS dan jika tidak diberi
kenyataan buruk tentang PAS dia akan ditukarkan 24 jam malahan kali ini lebih jauh lagi kemungkinan Sabah ataupun Sarawak dan yang dia paling takut bahawa ada suara membisik kepadanya kemungkinan Kedai Makannya di Duyong akan dibakar. Kalau dia buat laporan kat Polis kemungkinan dia pulak jadi mangsa. Maka dengan berat hati Cikgu Jasmi terpaksa berikan kenyataan jahat itu kepada akhbar tetapi percayalah kepada semua pendokong keadilan dan perjuangan Islam bahawa hatinya sudah hancur kerana busuknya UMNO  lebih-lebih lagi Datuk Mukmin dan Datuk Wira Ali Siplis.

Dia berdoa  supaya Allah s.w.t. hancurkan Barisan Nasional di Melaka  dan supaya Pentadbiran Islam seperti Kelantan dapat ditegakkan. Sambil bercerita saya melihat ada genangan air mata di matanya menandakan terlalu sedih dengan kekotoran yang
berlaku pada UMNO. Dia mengesahkan bahawa memang sah ada surat oleh Abu Zahar kepada Datuk Azmi Wahab dan kereta pemberian untuk UMNO sudah pun digunakan . Jika tidak percaya cubalah orang Melaka tengok siapa punya Perdana V6 Plat No. M1.Menjadi kereta Ketua Menteri Melaka. Ke mana perginya MAK 3 ???? MAK 3 kereta rasmi
Kerajaan Melaka tetapi M1 kereta rasmi Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka. Digunakan untuk perasmian masjid di Cheng pada 13.8.99.

Semoga cerita ini dapat diolah dengan sebaik mungkin oleh saudara untuk

tatapan Pejuang Islam khususnya di Melaka.
 

Terima kasih

Bentayan
Melaka