WANITA UMNO SABAH

Memandangkan situasi Wanita UMNO yang tidak menentu sekarang ini, saya sukalah hendak memberi komen mengenai kedudukan wanita UMNO terutamanya diSabah. Bukanlah saya bermaksud untuk memandang rendah kepada mereka yang berada didalam Wanita Umno Sabah bertambah lagi mereka ini telah dipilih dan mendapat restu pula oleh PM.

Sebenarnya tidak ada yang hendak dibanggakan dengan barisan Wanita UMNO Sabah jika hendak dibandingkan barisan Wanita UMNO di Semenanjung. Lebih 90% barisan Wanita UMNO Sabah tidak mempunyai pendidikan yang tinggi sekurang-kurangnya berijazah. Bukan tidak ada wanita Sabah yang berpendidikan tinggi untuk diketengahkan. Akan tetapi pemimpin yang ada sekarang sengaja tidak mau mencari atau meng'groom' wanita-wanita yang berpelajaran untuk masuk sama-sama menerajui kepimpinan wanita UMNO Sabah sebab takut ketinggalan. Pemimpin pusat pun sengaja tidak mau
melantik mereka-mereka yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi kerana hanya yang tidak berpendidikan tinggi saja yang mau jadi kerbau dicucuk hidung.

Saya adalah seorang ahli UMNO sejak ianya mula-mula dibawa keSabah. Sekali-sekali saya juga mendampingi wanita2 UMNO ini yang kebetulan saya juga kenal pucuk pimpinannya, tetapi mereka tidak pernah mahu mengajak saya/teman-teman untuk memberi buah fikiran atau berbincang. Didalam majlis2 UMNO atau kedatangan wanita2 UMNO dari Semenanjung, mereka tidak pernah  menjemput saya atau teman-teman yang berpendidikan tinggi untuk bersama-sama mereka. Yang mana akhirnya saya dan teman2 terpaksa berundur diri dan menjauhkan diri.

Senario seperti ini amatlah merugikan parti. Kita tidak bermaksud menolaktepi mereka yang tidak berpendidikan tinggi tetapi untuk bersaing dengan barisan seperti Pusat, Sabah memerlukan barisan wanita UMNO yang mempunyai pendidikan tinggi kalau tidakpun setaraf dengan Pusat, aggresif, dedikasi dan boleh mengeluarkan perancangan-perancangan dan idea untuk
membangunkan parti dan negeri. Bukan hanya membincangkan pasal projek, baju sutera, make-up, dan tidak keterlaluan 'jantan/suami orang'. Tetapi sekarang sudah terlambat. UMNO sudah tidak mendapat dihati saya. Saya inginkan sebuah kerajaan yang mahu barisan pemimpin yang sama-sama membangunkan negeri dan yang bersikap adil juga tidak mengamalkan
konsep pecah perintah. Sekarang saya bukan lagi ahli UMNO atau mana-mana parti politik. Yang pentingnya siapa yang akan saya pangkah waktu pilihnraya nanti.

Dari: Mawar merah.