Nasib RHB

Minggu lepas, kecuh di kalangan pelabur tempatan cerita Rashid Hussain mungkin kena tangkap.  Pada hari tersebut, dikatakan, khabar angin tersebut turut menjadi antara faktor penyebab indeks BSKL menjunam.

Apakah khabar angin yang bertiup kencang ini benar?  Kalau mengikut sejarah mutakhir, banyak khabaran yang bertiup melalui angin akhirnya menjadi kenyataan.  Adakah ini salah satu lagi khabaran seperti itu?

Ingat cerita Mahathir sakit tenat, Sanusi kena stroke, DSAI dipukul Rahim Nor dan banyak lagi .?

Kesemua khabar angin yang dinafikan oleh media kerajaan akhirnya menjadi kenyataan.

Lihat pula cadangan penggabungan institusi kewangan di Malaysia.  Apa jadi pada nasib RHB?  Sebuah institusi yang KETIGA TERBESAR di dalam negara akan gabungkan di bawah bank-bank yang jauh lebih kecil.

Kenapakah bank-bank yang jauh lebih kecil dari RHB diberi peranan untuk menerajui penggabung insititusi tersebut?  Apakah motif memilih bank-bank tertentu tanpa melihat beberapa angka penting dalam penilaian kekukuhan sesuatu institusi?

Kalau hendak memperkukuhkan insititusi kewangan sudah tentu bank yang lebih besar dan lebih kukuh patut memperkukuhkan yang kecil dan kurang kukuh.  Bukan sebaliknya.

Adakah kerana kesetiaan Rashid Hussain sudah mula dipertikaikan? Apakah ramai lagi di kalangan ahli perniagaan yang akan menerima nasib seperti Nalla, Ishak, Wan Hasni, Soh Chee Wen dll dengar-dengar Wan Azmi pun kini mungkin tersenarai.

Mungkin kalau hendak selamat buat stail Eric Chia.  Hinggakan bergaduh dengan pihak imigresen Amerika pun, Mahathir beri sokongan.

Sekian,
Ibrahim Baba
13 Ogos 1999