Gembar gembur Wira Negara dan realiti pencapaian

Bermula dengan impian keliling dunia secara solo 100 hari, satu impian yang wajar kita semua banggakan tetapi akhirnya - media massa dan politikus memainkan peranan menutup kelemahan dengan gembar gembur yang membohongi rakyat dengan *pencapaian* yang kononnya satu *kebanggaan kepada rakyat.

Rakyat Malaysia amnya tidak begitu arif mengenai rekod dan pencapaian dalam hal ehwal pelayaran, maka dengan mudah ditipu dengan pelbagai gembar gembur seperti, "Melayu pertama keliling dunia," dan sebagainya.

Hakikatnya, pelayaran Azhar Mansor itu hanyalah satu kejayaan "pribadi" dan bukan negara kerana berdasarkan beberapa faktor.

Pertama: Di Langkawi terdapat ramai pelayar pelayar solo dari pelbagai negara yang belayar keliling dunia setiap tahun menggunakan kapal sendiri (yachts, catamaran and powered vessels). Seorang pelayar dari Australia, Stafford dengan catamarannya "NO FIXED ADDRESS" setiap tahun belayar keliling dunia, kalau tak percaya boleh tanya dengan rakannya
Pemangku Sultan SElangor Tengku Idris. Fakta ini di paparkan kerana ongkos belayar dibiayai sendiri tanpa subsidi kerajaan.

Seorang lagi pelaut tua dari Berlin yang sering ditemui diLangkawi ,  orang Jerman, Hans dengan bot usang buatan kayu bernama "TUMBELINA" juga setiap tahun round the world dengan bot buatan tangan yang ditempah dari Indonesia (beliau impikan bot buatan Terengganu kerana lebih halus seninya).

Mark, dari USA juga demikian dan mampu menyelenggarakan sebarang kerosakan sendiri tanpa memohon bantuan US Marines bila botnya terkoyak akibat terlanggar batu karang.

Mengungkapkan pencapaian Azhar sebagai *kejayaan* negara adalah sesuatu yang memalukan kerana pelaut lain melakukannya tanpa subsidi - dan kerja round the world itu pula dilakukan hampir tiap tahun.

Jika ditanya Azhar sendiri tentang pencapaiannya, adakah berpatutan dengan gembar gembur yang dibuat itu untuknya anda mungkin akan menilai isu ini dengan lebih waras dan adil.

Lebih tepat jika dikatakan kejayaan itu sebenarnya adalah kejayaan "alter-ego" Mahathir yang memang mengimpikan kerja mencabar seperti itu tetapi apakan daya....... Sementara media massa tanpa segan silu memberikan jolokan yang tak
sepadan kepadanya dan para politikus bankrupt idea pula cuba menumpang simbahan glamor dari publisiti keterlaluan tersebut.

Jika anda masih ragu ragu dengan fakta ini, sila dapatkan pelaut pelaut yang tersebut  tadi atau cari lah mana mana yachtsmen di Langkawi Yachts Club. Tetapi ramai pelaut yang terror terror tidak menghinggapi Yachts Club yang diwijidkan oleh para kroni politikus tersebut.   Mereka lebih gemar melabuhkan bot mereka di tempat tempat "percuma" di pesisiran pantai.

Peranan Media Massa

Oleh kerana watak media massa perdana tempatan yang tidak bertulang belakang ini maka fakta dan hakikat pencapaian sebenar dalam bidang pelayaran tidak dijelaskan dengan tepat. Dengan hanya bertunjangkan "Malaysia Boleh" sebagai slogan maka apa saja yang disponsor kerajaan harus di gembar gembur walaupun hakikatnya amat memalukan.

Media massa tidak melaporkan bagaimana sehari selepas sambutan gilang gemilang tersebut , satu party di adakan di sebuah hotel berdekatan di mana minuman berbusar disediakan 'by the jugs'. Apa nak dihiraukan kerana minuman tersebut adalah duty free di Langkawi.

Media massa perdana tempatan berjaya membentuk satu ikon "hero" untuk satu pencapaian yang tidak relevant kepada tuntutan rakyat semasa. Berjaya meneggelamkan laungan dan badai menuntut perubahan buat seketika. Berjaya membentuk "ikon" jahat kepada semangat juang yang sepatutnya di sanjung yang terdapat pada para reformis negara. Berjaya
mengenepikan segala isu perihal skandal kewangan dan kelemahan pentadbiran negara. Berjaya meletakkan acara *mewah* begitu sebagai agenda nasional. Berjaya membuaikan rakyat dalam segala impian "Malaysia Boleh".

Masanya untuk rakyat muhasabah telah tiba. Hitungkanlah setiap gembar gembur yang dicanangkan di dada akhbar dan media letronik dengan minda yang rasional. Negara negara maju telah lama meninggalkan jenis exploits begini dan kini menumpukan kepada aerospace/angkasalepas. Kalau terpaksa berhabisan wang ringgit "to reinvent the wheel" rasanya rakyat Malaysia
sekali lagi tertipu.

alkatib

 "The most dangerous moment for a bad government," Alexis de Tocqueville once   wrote, "is usually when it begins to reform itself."