Strategi Saifuddin Abdullah

Saya adalah seorang yang kenal dengan Saufuddin semenjak di MCKK lagi walaupun saya awal sikit dari beliau.  Dia kenal saya dan saya pun kenal dia sedalam-dalamnya. Kami bukan berkawan sehari dua – tetapi sudah lebih dua puluh tahun kami saling mengenali sesama sendiri.

Perhubungan kami terus dikatakan rapat (mungkin kurang rapat selepas tulisan ini – itu pun saya rasa dari perspektif beliau).  Sebagai rakan, tulisan ini adalah suatu yang patut diharapkan dari seorang rakan.  Harus ada rakan yang memperingati kita.

Dalam banyak perjumpaaan, kerap kali Saifuddin menyatakan hasrat beliau untuk berjaya terus dalam politik.  Memang dahulu beliau menyanjung DSAI. Memang pun masih begitu (sekurang-kurangnya itulah yang diucapkan kepada saya ketika dalam suasana saya dan dia berdua sahaja).

Malah pendirian ini bukannya pendirian dulu yakni sebaik sahaja DSAI dilucutkan.  Tetapi pendirian ini dinyatakan berkali-kali (dalam pertemuan kami) sebaik sahaja DSAI dilucutkan jawatan, selepas DSAI ditahan, dan yang terbaru selepas DSAI dihukum dan selepas beliau (SA) sendiri menyatakan secara terbuka tentang “sokongan” beliau terhadap Mahathir.

Kata beliau, itu adalah terpaksa dinyatakan.  Beliau mengaku telah pun mendapat restu DSAI (walaubagaimana pun saya sangsi cerita ini) untuk kekal dengan Mahathir dan menjadi musuh dalam selimut bagi Mahathir.  Kata beliau, beliau mempunyai perancangan yang baik.

Saya tidak percaya bab DSAI merestui.  Sebabnya ialah saya pun kenal DSAI secara rapat.  DSAI sebagai senior saya semasa di kolej dan kemudian semasa di UM (juga bersama dengan Saifuddin) saya pernah mendapat hint dari DSAI sendiri
nama beberapa orang yang DSAI beri kepercayaan sepenuhnya, beberapa orang yang DSAI sangsi, dan beberapa orang yang DSAI langsung tidak percayai.  Biarlah saya tidak kategorikan Saifuddin di dalam kategori mana – cukup setakat saya sangsi apa yang beliau katakan di atas.

Namun, Saifuddin turut mempunyai beberapa kisah lama.  Saya akan simpan dahulu – kerana saya masih mahu mengekalkan beliau sebagai kawan bukan bermusuh.  Cuma ini sekadar mengingati beliau.

Beliau di dalam perancangannya, telah bersedia untuk melompat ke Barisan Alternatif (tapi hanya selepas pilihanraya – dan jika beliau menang DAN jika Alternatif mungkin berjaya membentuk kerajaan.  Jika tidak beliau ingin kekal di dalam UMNO sebagai mata dan telinga DSAI (kata beliau).

Beliau kata beliau sanggup untuk berperanan seperti Ibrahim Ali tetapi tidak keterlaluan dan tidak sebodoh (kata beliau) seperti Ibrahim itu.  Beliau mengaku dirinya lebih strategis dan jauh lebih cerdik (budak kolej konon) dari Ibrahim Ali.

Satu perkara yang pernah beliau perakui suatu masa dulu (mungkin beliau sudah lupa) ialah, memang dugaan kewangan dan kemewahan adalah antara suatu yang sukar beliau tolak.  Amat mencabar.  Dan setakat yang saya dengar begitulah tawaran telah dibuat terhadap beliau.  Beberapa kali saya bertanyakan hal ini – beliau nafi.  Ada juga beliau buat-buat senyum dalam beberapa penafian tersebut.

Salam dari,
Masih Dalam BTN.
13/8/99