Kini UNITEN diserbu

Laporan sahih dari Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa beberapa universiti tempatan telah diserbu oleh pihak dari Bukit Aman.

Berita terbaru ialah bahawa semalam tiba giliran UNITEN.  Beberapa pegawai Polis dari cawangan khas (termasuk yang beruniform) telah ke bahagian pentadbiran universiti tersebut.

Apa yang dicari? Senarai nama dan butiran setiap kakitangan di UNITEN.

Kerana terdesak akibat sokongan cendiakawan terlalu kuat terhadap gerakan REFORMASI, mereka (UMNO/BN) telah memaksa pentadbir-pentadbir universiti dan institut pengajian tinggi awam supaya menyerah nama-nama kakitangan. Dari
senarai ini akan dikenalpastikan siapa yang perlu mereka ambil tindakan.

Wahai cendiakawan bangsa, usahlah takut dan gentar dengan pelbagai amaran yang telah dan akan diberi.  Sesungguhnya anda adalah golongan kedua yang dipijak-pijak dan dihina.

Sebelum ini golongan alim ulamak turut menerima nasib yang sama. Mereka juga dihina dan diugut.

Hanya kepada saudara-saudarilah harapan kami untuk menyelamat negara, bangsa dan keturunan kita agar kekal dengan kesucian naluri dan kemurnian hidup. Bayangkan bangsa dan keturunan kita nanti tanpa ketamadunan dan moral serta
akhlak yang mulia kerena telah dinodai oleh mereka yang tamak dengan kuasa.

Sentiasa yakinlah bahawa Allah Azza wa Jalla bersama orang-orang yang benar. Insya Allah.

Sekian
Ibrahim Baba
13 Ogos 1999