Kelayakan Menteri Mengikut Sanusi "Pak Lawak" Junid
 
Rukang-tukang angguk dalam Barisan Nasional sering mengkritik pemimpin Barisan Alternatif sebagai tidak layak untuk menjadi pemimpin. Itulah tohmahan yang sengaja dibuat bagi menghakis keyakinan orang ramai terhadap pemimpin Barisan Alternatif.

Apakah "kelayakan" yang dimaksudkan oleh tukang-tukang angguk berkenaan?

Ucapan Sanusi Junid, yang kini lebih terkenal sebagai Pak Lawak berbanding Menteri Besar Kedah mungkin boleh menjelaskan kepada kita apa yang  dimaksudkan dengan "kelayakan" mengikut istilah Barisan Nasional.

Ucapan ini dibuat oleh Sanusi "Pak Lawak" Junid di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 14 Ogos, 1993. Turut hadir bertepuk tangan dan menyokong ucapannya malam itu ialah Abdullah Badawi.

Kita ikuti ucapan Sanusi yang menceritakan pengalamannya sebagai menteri....

"Jadi menteri bukanlah payah sangat. Saudara-saudara ingat susah sangatkah menjadi menteri?

Kadang-kadang sedang kita beristirehat, tiba-tiba ada panggilan telefon dari Perdana Menteri mengatakan, "Saya nak lantik awak jadi Timbalan Menteri".

Kita terkejut, kita hairan macam mana Perdana Menteri percaya kepada kita sedangkan isteri kita pun kadang-kadang tak percaya kepada kita."

Jadi menteri ni bukan payah. Saya jadi Menteri Pertanian, apa yang saya tahu mengenai pertanian? ...Saya tak tahu. Pasal saya tak tahulah saya jadi  menteri.

Saya orang politik.. Dalam politik kita tahu sikit tapi cakap banyak. Itu sebab jadi menteri tak payah.

Jadi menteri ni senang. Bukan susah jadi menteri.

Jadi raja pun tak susah. Kalau orang ramai nak tabal saya jadi raja, saya pun boleh jadi raja. Susah sangatkah?

Tuan-tuan tak percaya saya boleh (jadi raja)?

Percaya tak, saya boleh?

Kata: Boleh! Boleh!

Kalau tak percaya saya nak tunjuk contoh. Cuba tengok dalam gambar Melayu, ada pelakon Ahmad Nisfu jadi raja. Dia naik atas takhta dan dikerah  dayang-dayang,"Wahai dayang-dayang, menarilah depan beta." Maka, melelonglah dayang-dayang menari.

Jadi menteri pun tak payah sangat. Setakat nak pakai kot dan bergaya sahaja, no problem... Bila jadi menteri kenalah pakai baik sikit. Pergi kedai jahit, ukur baju baru. Jalan bergaya sikit, jangan berjalan lintang-pukang.

Apabila orang tanya, jangan layan sangat. Bila tak layan, orang tak tahu kita tak tahu.Senang. Apa yang payah untuk jadi menteri?"

INILAH "KELAYAKAN" PEMIMPIN BARISAN NASIONAL. TOLAK PEMIMPIN YANG  BERPURA-PURA. PILIH CALON BARISAN ALTERNATIF.