SAYA BANGGA MENJADI AHLI UMNO

1) Dengan menjadi ahli UMNO dapatlah saya bersama-sama Dr.Mahathir memburuk-burukkan lagi peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim serta memfitnah beliau melakukan liwat dan bermacam-macam lagi yang tidak diterima akal fikiran.Di akhirat esok, bersama-samalah saya dgn Dr. Mahathir menerima akibat dari perbuatan fitnah ini yang mungkin tidak akan di maafkan oleh Datuk Seri Anwar.

2)  Dengan menjadi ahli UMNO, SAYA BANGGA kerana semakin lemah dan hilang kekuasaannya kerana dalam BN,UMNO terpaksa berdepan dengan parti kaum lain yang lebih kuat.Parti orang Melayu hanya SATU.

3)  SAYA BANGGA menjadi ahli UMNO kerana semakin hari semakin ramai ulamak, cendiakawan, ilmuan, dan kaum pendidik dari semua peringkat umur menolak UMNO kerana kepincangan pemimpinnya.

4)  SAYA BANGGA menjadi ahli UMNO kerana dapat bersama-sama Dr. Mahathir meluaskan lagi rasuah di kalangan menteri dan kuncu-kuncunya dan memberi perlindungan kepada Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan lain-lain. Dengan ini negara kita akan 'bertambah maju dan makmur'.

5)  SAYA BANGGA menjadi ahli UMNO kerana dapat bersama-sama Tun Daim dan kuncu-kuncunya melonggokan kekayaan peribadi sehingga berbilion ringgit.

6)  SAYA BANGGA kerana dapat bersama-sama ketua hakim negara dan peguam negara bertindak dengan cara tidak adil ke atas Rahim Tambi Chik yang memperkosa seorang gadis bawah umur.

7)  SAYA BANGGA kerana peguam negara tidak bertindak cepat ke atas Tan Sri Rahim Nor sedangkan beliau telah mengaku bertindak mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan niat cuba membunuh.Rahim Nor masih bebas walhal Anwar Ibrahim masih di penjarakan.

8)  SAYA BANGGA kerana PM dapat menghabiskan wang rakyat untuk membina mahligai mewahnya di Putra Jaya, Membeli jet peribadi danprojek-projek MEGA yang lain sedangkan saya tahu bagaimana peritnya dan sengsaranya orang-orang kampung, penoreh getah, nelayan, dan lain-lain untuk mencari sesuap nasi setiap hari untuk membesarkan anak-anak yang akan menjadi generasi akan datang.

9)  SAYA BANGGA dengan kelakuan PM yang terus terang menghina sunah Nabi Muhammad, menghina ulamak, merendahkan martabat proffesor Melayu di universiti, menghina anak-anak Melayu di Universiti dan lain-lain lagi.

10)  SAYA BANGGA kerana selepas pilihanraya jika BN dan UMNO menang semua bekalan bekalan tarif air akan di naikkan dan bertambah susahlah orang ramai untuk membayar tarif tersebut kerana bekalan air akan diswastakan.

11)  SAYA BANGGA kerana hasrat kerajaan Barisan Nasional untuk menswastakan semua hospital di Malaysia dan saya akan terpaksa membayar bayaran perubatan dan akan menyusahkan orang ramai terutama sekali orang kampung yang miskin.

12)  SAYA BANGGA kerana dasar penswastaan Institut Pengajian Tinggi. Anak saya jika berpeluang belajar di IPT, saya akan membayar dengan kos belajar yang tinggi tanpa biasiswa.

13)  SAYA BANGGA kerana saya turut menyokong dasar kroni dan nepotisme yang diamalkan oleh PM.Dengan ini akan menjadikan negara kita hancur kerana amalan rasuah akan terus berleluasa.

14)  SAYA BANGGA kerana PM akan dapat membina banyak lagi projek MEGA supaya kekayaan negara akan hanya di bolot oleh segelintir rakyat sedangkan orang miskin akan terus miskin.

15)  SAYA BANGGA kerana jurang pemisahan kaum akan bertambah luas.Yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana.Pedulikan rakyat miskin di Baling, kita megah dengan Putra Jaya dan MSC.

16)  SAYA BANGGA kerana selama ini saya diperbodohkan oleh menteri-menteri dan pemimpin UMNO.Kebodohan saya merupakan harta paling bernilai bagi pemimpin UMNO utk memunggah kekayaan masing-masing.

17)  SAYA BANGGA kerana saya tidak sedar bahawa UMNO baru Mahathir adalah alat untuk Mahathir mengekalkan kuasa supaya dapat mengkayakan kroninya.Saya miskin tidak apa, asalkan taat setia membabi buta.

18)  SAYA BANGGA kerana saya dapat bersama-sama Mahathir melemahkan agam Islam, Mahkamah Syariah sudah tidak berfungsi lagi, kes murtad bertambah setiap hari, sekolah agama terbiar, pelajar Melayu beragama Islam semakin ramai terlibar dengan gejala dadah dan maksiat.SAYA CUKUP BANGGA.......

19)  Saya masih berasa bangga parti saya UMNO masih mendapat sokongan sedangkan pada hakikatnya separuh meninggalkan parti samaada rasmi atau tidak telah keluar mengucapkan SELAMAT TINGGAL UMNO.

OLEH ITU BERFIKIRLAH SEJENAK ,
 

SEKIAN