Lepuk-lepak
 
ANGKUH BERTAKHTA

Bila Dr Mahathir kata dia nak tengok apa Anwar boleh buat dengan pendedahan demi pendedahannya dan cabar pula dedahlah banyak mana pun, orang tua itu sebenarnya menghina rakyat Malaysia sehina-hinanya. Apa yang sebenarnya
dia nak kata ialah: "Hang dedah pi lah kununnya aku dan orang-orang aku buat salah berlambak, rakyat tetap undi kami dan hang tak boleh buat apa pun! Duduklah hang dalam jel tu!". Sampai bila rakyat Malaysia nak biarkan keangkuhan Dr Mahathir bertakhta di atas apa yang dia anggap sebagai 'kebodohan dan kehinaan' mereka?

Penarik Beca - bertakhta di hati isteri

TAKHTA TERHINA

Banyak-banyak takhta, takhta yang paling hina ialah takhta di atas sangkaan bahawa rakyat adalah sibodoh yang terbodoh, sibiul yang terbiul, sibacul yang terbacul dan sipondan yang terpondan. Sebab itulah agaknya Dr Mahathir tak takut-takut membina Mahaligai Mahafiraun Mahazalim. Peduli apa dia rakyat berebut-rebut laparkan rumah kos rendah. Peduli apa dia hangpa nak duduk mana pun!

Penarik Beca - duduk di pondok

MAHALIGAI MAHAFIRAUN MAHAZALIM

Anwar kata, Mahaligai Mahafiraun Mahazalim bernilai RM200 juta. Kesian rakyat yang laparkan rumah kos rendah. RM200 juta boleh bina 8,000 rumah kos rendah berharga RM25,000. Tu tak kira lagi tu jet peribadi dari Global Express yang juga RM200 juta. Makna kata, boleh buat 16,000 rumah kos rendah. Tapi habis semua Dr Mahathir sapu untuk mencanakkan lagak bodoh dia. Kalau tak keji namanya, apa lagi istilah lain?

Penarik Beca - memang tak layak berlagak

TAK ADA IMAN

Lagak Dr Mahathir dengan segala keangkuhannya supaya orang dedah kesalahan demi kesalahannya menunjukkan dia bukan saja tak takut buat salah, malah tak malu pula buat salah. Begitu juga Rafidah, Daim dan  siapa-siapa pun dalam gerombolan penjilatnya. Islam kata, malu tandanya iman. Bila tak malu, tak ada iman ke?

Penarik Beca - malu mengaku bujang

CUTI SAKIT HATI

Sebut pasal Rafidah, teringat Zaharah yang ambil cuti sakit dan tidak hadir mesyuarat dengan Dr Mahathir bila orang tua itu meluku-luku kedudukannya sebagai Ketua Wanita. Kata seorang kuat Umno, kalau Zaharah datang juga hari tu, dan Dr Mahathir naik gila dan disampuk setan bila dia tengok muka Siti Kecundang tu, boleh jadi dia akan debik Siti dengan tindakan tata tertib atau mungkin juga pecat terus. Rupa-rupa Siti bercuti kerana Maha Firaun sakit hati.

Penarik Beca - memang tak merasa cuti bersalin

DURIAN TAK RUNTUH

Bula sebut sakit, hari ini riuh rendah puak Umno/BN bahawa hospital tak jadi swasta. Tak jadi sungguh-sungguh ke atau tak jadi sementara pilihanraya saja? Bila hospital tak jadi swasta kerana anak bulan dah mula kelihatan, rugi besarlah Tongkah Holdings milik anak Dr Mahathir. Bila durian tak jadi runtuh, tabung mana pula bapak dia nak korek dan nak gasak untuk
anaknya?

Penarik Beca - tabung buluh di tepi tiang