KENYATAAN OLEH DR SYED HUSIN ALI,
PRESIDEN PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)
LAPORAN POLIS ANWAR: JANGAN ALIH PERHATIAN

Beberapa orang pemimpin Kerajaan BN, termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, sangat marah ke atas tiga laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Daim Zainuddin, Datuk Paduka Rafidah Aziz serta Tan Sri Eric Chia dan amalan rasuah yang didakwa mereka lakukan.

Tidak ada penafian atau penjelasan daripada para pemimpin ini tentang dakwaan tersebut. Sebaliknya, ramai di antara mereka menggesa pula supaya tindakan diambil terhadap Anwar di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Reaksi daripada pemimpin-pemimpin BN ini menguatkan lagi kepercayaan umum bahawa laporan-laporan itu mengandungi kebenaran yang tidak boleh dinafikan.

Mengapakah para pemimpin BN ini tidak mendesak supaya laporan-laporan Anwar diselidik sepenuh-penuhnya? Adakah mereka cuba hendak melindungi krono-kroni Perdana Menteri yang terkenal? Atau adakah mereka merasa bimbang bahawa satu hari nanti laporan polis akan dibuat pula terhadap rasuah mereka sendiri?

Mengapakah hendak dialih perhatian? Bukankah benar bahawa melakukan rasuah dan cuba menyembunyikan amalan rasuah lebih buruk akibatnya ke atas negara daripada melanggar OSA? Memang sudah terang di mata umum bahawa OSA telah
sering diguna (atau disalah guna) untuk melindungi jenayah rasuah, seperti yang dilaporkan oleh Anwar, daripada terdedah kepada rakyat ramai.

Ada di antara pemimpin BN ini menyatakan bahawa banyak negara lain yang mempunyai akta OSA mereka sendiri. Tetapi ini tidak sama. Memang perlu ada akta rahsia rasmi yang boleh melindungi rahsia negara, terutama yang berkaitan dengan keselamatan negara, daripada jatuh ke tangan musuh-musuh negara. Akan tetapi, sudah tentu kita tidak memerlukan OSA, seperti yang ada di Malaysia ini, yang boleh dan sering pula digunakan untuk melindungi daripada pemeriksaan awam segala jenayah yang dilakukan terutama sekali  di peringkat tertinggi pemerintahan. Itu sebab PRM sudah lama menentang OSA ini.

Oleh kerana Perdana Menteri dan Peguam Negara nampaknya liat sangat hendak mengambil tindakan ke atas laporan-laporan  oleh Anwar, yang sebenarnya mengandungi tuduhan-tuduhan yang sudah dikemukakan lama sebelum ini di dalam atau di luar Parlimen, maka PRM mendesak supaya mereka meletakkan jawatan. Pada masa yang sama, kami menggesa supaya sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas ditubuh untuk menyiasat dengan seteliti-telitinya laporan-laporan polis Anwar ini.

Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM
 
14 Ogos 1999
 

STATEMENT BY DR SYED HUSIN ALI,
PRESIDENT PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)
ANWAR'S POLICE REPORTS: DON'T DIVERT THE ISSUE

Several BN government leaders, including Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, have been raving in anger over the three police reports made by Datuk Seri Anwar Ibrahim against Tun Daim Zainuddin, Datuk Paduka Rafidah Aziz and Tan Sri Eric Chia, and their alleged corruption.

There has been neither denial nor clarification from these leaders on these allegations. Instead, many of them have been calling for action to be taken on Anwar under the Official Secret Act (OSA). The responses by these leaders only strengthen the general public belief that these reports contain  truths that cannot be denied.

Why is it these same government leaders are not calling for full investigation on Anwar's reports? Are they trying to protect the
well-known cronies of the Prime Minister? Or are they themselves fearing that one of these days reports will be made against their own corrupt practices?

Why divert the issue? Isn't it true that the crime of committing corruption or trying to hide corrupt practices are more serious in their consequences to the future of the country than violating the OSA?  After all it is clear for all to see now that the OSA have often been used (or abused) to prevent corrupt practices, like the ones reported by Anwar, from being exposed to the public.

Some of these BN leaders point out that other countries also have their own OSA. But they are not similar.  No doubt there is need for an official secret act to protect state secrets, especially those relating to security, from  falling  into the hands of enemies of the state. But certainly we have no need for an OSA, like the one in Malaysia, which can and are often used to protect from public scrutiny crimes that are committed especially at the highest levels of government. That is why PRM has long been opposing the OSA.

In view of the reluctance of the Prime Minister and the Attorney General to act on Anwar's reports, which in fact contain allegations that have been made long before this in Parliament and elsewhere, then PRM calls upon them to resign. At the same time we call for an independent Royal Commission to be established to investigate thoroughly these police reports.

Dr Syed Husin Ali
President PRM

14 August 1999