Ceramah Keadilan Di Bandar Sibu
 
Assalamualaikum....Salam Reformasi...
Ceramah Keadilan (Barisan Alternatif) bermula lebih kurang 8.00 malam (14/08/1999) Sabtu. Saya baru pulang lebih kurang 20 minit. Ceramah ini diserikan dengan kehadiran DSWA, Ruslan Kassim, Tian Cua, Wong Sin Nam  (Pengerusi DAP S'wak/lawyer terkenal), dll.Orang ramai berkumpul dengan penuh debaran untuk mendengar amanat para pemimpin alternatif terutama  DSWA.Kehadiran 500-800 yang hadir (tempat kecil). Ceramah dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, penganjur, Pengerusi DAP S'wak, Ruslan, DSWA. Semua bersemangat dan meyakinkan. Bisa mengegarkan bumi Sibu. Walau hanya berjaya diadakan disebuah restoran cina, ini adalah tempahan hotel DSWA dibatalkan oleh pihak hotel-dahlah tak dapat
ceramah di hotel yang lebih luas tempatnya, nak menginap pun tak dibenarkan(zalim sungguh), bukan tidur free.

Restoran penuh sesak, orang ramai diluar lagi ramai(kebanyakkan) orang cina(sokong DAP). Ceramah hanya dibuat ringkas memandangkan ramai yang berucap. Ucapan mendedahkan penyelewengan BN, Pengalaman Tian Cua dibelasah, kronologi DSAI ditangkap dan dibelasah oleh Rahim Noor. Penipuan bukti oleh Pihak Peguam Negara, Azizan yang keliru, Dr. Mahatir semakin kacau(susah hati), kroninya di S'wak (Taib Mahmud) yang kuat tipu rakyat dan banyak lagi. Kesimpulan ceramah kerajaan pimpinan Dr. Mahatir perlu ditukar kepada Barisan Alternatif agar rakyat dapat menikmati kesenangan yang sama
rata, tidak berlegar disekitar orang tertentu sahaja. Akhir majlis DSWA melantik seluruh hadirin sebagai wakil perubahan
(agen of  change) untuk memberitahu kepada seluruh rakyat Sarawak tentang perlunya Reformasi. Kata-kata DSWA "berjuang terus berjuang, berjuang hingga menang". Orang ramai bertepuk tanda sokongan. Akhir sekali acara pemotongan kek tanda bersatu hati oleh semua pemimpin barisan alternatif yang hadir malam itu-DAP, Keadilan, Star, yang lain saya
tak pasti.

Untuk makluman mahazalimtwo, ada juga dua orang SB yang saya kenal datang. Pakaian kemas, bawa pen, kertas-catat apa yang diceramah, tak apalah itukan tugas, syabas SB. Yang penting Ikhlas, baru rezeki halal.InsyaAllah.Esoknya (15/08/1999 - Ahad) Keadilan akan ke Mukah kubu kuat Keadilan (setakat yang saya tahu). InsyaAllah jadi kenyatan. Oppss lupa nak mention, kelmarin (13/08/1999)Keadilan peringkat negeri  Sarawak dilancarkan di Kuching (seramai 10,000 orang hadir) di rumah salah seorang pimpinan wanita (sekarang ketua wanita keadilan s'wak)yang telah dibuang oleh Taib Mahmud dahulu.

Saya harap mulai sekarang rakyat S'wak akan bangkit dari dibuai mimpi indah mainan Taib dan kuncunya dengan membuat perubahan.

Sekian. Terima kasih.Wassalam.Takbir-Allahu Akbar.

Anak Pribumi Sibu, Sarawak.