HARI MERDEKA DI BUKIT JALIL

Perayaan menyambut Hari Kebangsaan pada tahun ini tidak akan disambut sepertimana biasa di Dataran Merdeka. Ini kerana maklumat terbaru yang diperolehi melalui agensi-agensi dan kakitangan kerajaan Mahathir yang terbabit dalam menyelenggarakan dan mengaturkan program menyambut Hari Kebangsaan supaya berjalan lancar memberitahu, bahawa : “Mahathir tidak akan menyambut Hari Merdeka di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini, kerana Mahathir bimbang akan keselamatan dirinya mungkin beliau akan ditembak pada hari tersebut, kehadiran orang ramai yang akan berkumpul di padang Dataran itu nanti kebanyakannya adalah terdiri dari para reformisi. Mungkin pada hari tersebit mereka akan melaung kata-kata REFORMASI ketika Mahathir sedang memberi tabik hormat pada perarakan yang berlalu di hadapan stand Bangunan
Sultan Abdul Samad itu nanti.

Oleh kerana itu, Mahathir telah mengarahkan satu perjumpaan secara tertutup bagi membincangkan tempat yang paling sesuai untuk dipindahkan perayaan Hari Merdeka. Akhirnya beliau bersetuju dengan cadang Ibrahim Ali supaya sambutan Hari Merdeka kali ini diadakan di Studium Bukit Jalil. Ini kerana stadium tersebut ternyata sebelum ini selamat dan Mahathir pernah merasmikan Sukan Sukom bersama Queen of England tanpa bimbang atau berasa takut. Keselamatan dan kawalan yang diberikan oleh pasukan keselamatan ternyata begitu berkesan sekali sehinggakan kekecohan yang akan dimulakan oleh para reformasi dapat dipatahkan dengan pantas dan mudah sekali. Beberapa reformis telah ditahan dan dikenakan tindakan. Pada hari perasmian sukan tersebut, beribu anggota polis diarah ke Bukit Jalil dan beberapa anggota UTK ( Unit Tindakan Khas )
yang pakar menembak ditempatkan di atas bumbung bangunan stadium, terdapat beberapa dari anggota UTK bersunggut kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga serta terpaksa menahan kencing dan berak kerana mereka telah ditempatkan diposisi yang dirancang pada waktu awal subuh lagi.

Melalui sumber maklumat diperolehi ini juga, menyatakan bahawa pada malam sebelum keesokan pagi dimana perarakan besar-besaran akan dilakukan, satu lagi upacara secara langsung sebagai menaikkan bendera Malaysia di Dataran Merdeka oleh beliau akan dilakukan berserta dengan siaran langsung dan terus menerus di seluruh negera. Suasana yang akan digambarkan adalah seolah-olah rakyat berbilang bangsa dan kaum hadir beramai-ramai dengan membanjiri seluruh kawasan padang di dataran dan suasana ini mengambarkan bahawa rakyat telah menerima semula kerajaan pimpinan BN, juga akan diadakan beberapa temubual dengan rakyat secara langsung dengan penuh mesra dan gemilang seolah-olah Malaysia baru saja Merdeka dan rakyat merasa bagitu gembira sekali meraikannya. Sebenar semuanya lakonan ini telah diatur dengan begitu
rapi sekali. Rakyat yang akan ditemubual oleh TV Nasional ataupun TV3 itu adalah sebenarnya terdiri dari ahli-ahli konponen BN. Kenyataan yang akan mereka keluarkan adalah skrip-skrip yang telah dihafal untuk diucapkan oleh mereka dihadapan kamera.

Selepas upacara secara besar-besar di dataran Merdeka pada malam itu, esoknya pula satu perarakan Hari Merdeka akan diadakan di Studium Bukit Jalil. Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia perarakan Hari Kebangsaan yang diadakan dibandaraya Kuala Lumpur diadakan di tempat lain selain di Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka. Mengapa diadakan di Bukit Jalil ?, sedangkan Bukit Jalil tiada kena-mengena dengan Merdeka. Tahukah anda apa jawapan yang akan Mahathir katakan, beliau akan berkata bahawa bagi  mengadakan siaran TV secara langsung untuk satu upacara yang besar ini, siaran sistem TV memerlukan peralatan yang canggih dan sistem canggih itu ketika ini hanya terdapat di Stadium Bukit Jalil bagi menjimatkan kos  karajaan bercadang mengadakannya disini, bukankah rakyat mengatakan kerajaan membazir? Ataupun alasan kedua yang akan beliau katakan bahawa Bukit Jalil akan ditukarkan namanya kepada Bukit Merdeka, satu lagi mercu kejayaan dinamakan Merdeka sebagai ianya akan menjadikan kenangan untuk anak muda masa akan datang. Sememangnya, sebelum ini Hari Kebangsaan pernah diadakan di beberapa tempat lain seperti di Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah dan
Sarawak. Maka apa salahnya jika kali ini ia diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Selepas upacara pagi Bukit Jalil selesai, pada sebelah malamnya pula akan diadakan satu perhimpunan yang dinamakan sebagai Amanat Pemimpin Bersama Rakyat, pada rancangan ini sebanyak 27 biji kamera akan digunakan untuk disiarankan keseluruh negara. Ianya adalah satu rancangan yang akan menayangkan kesemua ucapan dari Menteri Besar dari semua negeri-negeri
diperintah di bawah pentadbiran parti UMNO, dalam ucapan setiap Menteri Besar itu kecuali dari Kelantan, mereka akan memperkatakan tantang pembangunan negeri masing-masing dan sumbangan berupa wang ringgit serta tanah untuk rakyat dan beberapa lagi. Selepas ucapan yang dibuat oleh Menteri-Menteri Besar dengan memuji-muji ketokohan Mahathir dan segala
apa yang telah Mahathir lakukan terhadap pembangunan negara baharulah satu lagi program yang memeranjatkan sekalian penonton di mana setiap Mufti Negeri bagi setiap negeri akan menyusuli berucap selepas Menteri Besarnya berucap. Diantara kandungan maklumat yang diperolehi, mufti-mufti ini akan dipaksa supaya membacakan teks-teks yang telah disediakan oleh ahli UMNO dan dalam teks-teks ucapan itu nanti, para mufti tersebut akan bercakap tentang  perkara-perkara anatar lainnya seperti :-

1. Pembangunan negara yang telah kita capai adalah hasil dari daya usaha pemimpin-pemimpin UMNO, semuanya dilakukan demi membangunkan dan memartabat orang Melayu khususnya yang beragama Islam supaya di hormati di seluruh dunia.

2. Negara Malaysia sekarang ini adalah sebuah negara Islam dan mengamalkan hukum syariat Islam, hujahnya seperti kejayaan pemerintah iaitu dari parti UMNO Malaysia di kenali di seluruh dunia kononnya sebagai sebuah negara Islam contoh.

3. Kerajaan yang memerintah telah melaksanakan berbagai dasar-dasar Islam seperti Bank Islam, Pajak Gadai Islam, Sistem Jual Beli Islam, Tabung Haji, Pembangunan Zakat dan berbagai yang lain sehingga hampir 90 peratus perlaksanan Islam telah dilakukan oleh kerajaan.

4. Rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu sepatutnya bersyukur kerana kehidupan yang ada sekarang adalah lebih baik daripada mereka seperti di Bosnia dan Albania di Eropah, Khasmir dan Afghanistan di uatara India, Chehnya dan Azabhaijan di dalam negara Rusia, Singkiang di China dan Ambon bersama Acheh di Indonesia.

5. Semua negara-negara tersebut mengalami bencana hidup kerana gopoh dalan bertindak untuk melaksanakan hukum Islam, tetapi negara Malaysia berjaya melaksanakannya tanpa pertumpahan darah dengan pendekantan yang lebih  ilmiah.

6. Oleh yang demikian, rakyat hendaklah mensyukuri nikmat yang telah Tuhan anugerahkan untuk seluruh rakyat Malaysia dan berterima kasihlah kepada kerajaan yang memimpin terutamanya Dr. Mahathir yang ikhlas dalam  membangunkan negara serta mengembangkan syiar Islam. Marilah kita bersama demi perpaduan ummah menyokong serta membantu segala usaha dan cita
murni  kerajaan kepimpinan Dr. Mahathir.

Selepas selesai semua Menteri-Menteri Besar bersama Mufti-Muftinya berucap, pada bahagian akhirnya seperti biasa Mahathir pula yang akan membuat ucapan penutupnya. Sebelum beliau mengakhiri ucapannya beliau akan membuat satu lagi kejutan iaitu ucapan beliau yang akan Membubarkan Parlimen dan memberi tarikh pilihanraya yang akan diadakan, yaitu pembubaran pada 1hb September 1999 dan tarikhnya pada 11hb Sept. 1999. Program menghentam pembangkang akan
diadakan tanpa henti sepanjang cuti sekolah ini. Oleh itu bersiap sedialah pertempuran yang terbesar bagi mengakhiri abad ini adalah pada pilihanraya yang akan datang nanti. Berdoalah kepada Allah s.w.t. sebagaimana biasa Bn akan mengunakan segala tektik kotornya tanpa ada sedikitpun rasa malu dan bersalah. Fitnah yang akan dilemparkan oleh mereka terhadap Alternatif
jauh  lebih zalim daripada apa yang menimpa pada Anwar Ibrahim.

Harap maaf, kemungkinan istilah bahasa dan penggunaan ayat kurang tepat kerana maklumat ini diterima secara lisan dan tiada sebarang catatan dilakukan malah si-pemberi maklumat juga masih menunggu beberapa keputusan lain yang akan diadakan jika ada sebarang perubahan terhadap rancangan seperti yang telah diatur di atas. Setakat hingga ke hari ini yang bertarikh 4hb Ogos, tiada ada sebarang perubahan rancangan yang telah dipersetujui.

Oleh Saviour