DOKUMEN KERAJAAN atau DOKUMEN UMNO????

Setakat ini sudah ada beberapa dokumen yang didedahkan berkaitan dengan penyelewengan beberapa orang tokoh UMNO Mahathir, iaitu Tun Daim Zainuddin, Dato’ Seri Radifah Aziz dan Datuk Seri Mahathir dengan beberapa orang tokoh koporat melayu. Sejak DSAI dipecat, malam ini ( 13-08-1999 ) TV3 menayangkan beberapa komen dari beberapa tokoh, termasuklah Datuk Prof. Zainal Kling, YDP Persatuan Pekebum Kecil, Datuk Seri Hamid Albar dan Pengerusi Majlis Belia Malaysia,Saiffudin Abdullah. Ia dibuat begitu adalah wakil dari berbagai peringat iaitu Kakitangan Akademik, Petani, Menteri Luar dan Belia. Tetapi sebenarnya semua yang bercakap itu adalah tak lebih dari mengulangi semula apa yang sudah dicakapkan oleh Ibrahim Ali, Tun Ghaffar Baba dan Rahim Tamby Chik sebelum DSAI dipecat.

Secara ringkas mereka yang memberi komen itu berkisar kepada penyeludupan dokumen kerajaan di negara luar adalah pengkhianat negara. Hampir setahun yang lalu DSAI sudah memaklumkan bahawa dia memiliki dokumen-dokumen berkaitan dengan penyelewengan yang dilakukan oleh beberapa orang yang paling rapat dengan Mahathir. Soalnya sekarang adakah betul ianya dokumen rahsia kerajaan?. Seperti yang telah dikatakan oleh mereka itu?. Pada pendapat saya, ia bukan dokumen kerajaan tetapi dokumen UMNO. Dokumen UMNO dan Kerajaan sifatnya berbeza di sisi negara. Biasanya, dokumen kerajaan disimpan oleh pegawai kerajaan yang berkaitan sahaja dan tidak boleh diberikan kepada orang lain, hatta kepada Menteri pun.

Justeru itulah, kita semua jangan lupa, sebelum DSAI dipecat, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjaga disiplin angota UMNO. Mana-mana penyelewengan yang melibatkan anggota UMNO setelah disiasat oleh pihak berwajib dan didapati bukti kukuh untuk di dakwa, maka DSAI lah yang mengetahui terlebih dulu. Orang yang memaklumkan kepadanya pula sudah tentulah Ketua SB, Peguam Negara, Ketua Polis, Ketua BPR dan segala macam jenis pegawai yang menjadi ketua di jabatan masing-masing.  Walaupun, hakikatnya, cara ini juga adalah salah dari segi sistem berkerajaan dan undang-undang kerana memaklumkan terlebih dulu kepada pemimpin teratas UMNO di atas hasil siasatan sekiranya melibatkan anggota UMNO.

Maka, apa yang Mahathir kata bahawa DSAI mencuri dokumen kerajaan adalah tidak timbul, DSAI tidak mencuri seperti yang disebut oleh Mahathir, tetapi dokumen itu sendiri yang datang kepadanya melalui pegawai kerajaan yang menjalankan tugasnya dengan cara yang salah disisi undang-undang. Ditegaskan bahawa, pegwai kerajaan yang menjemput penceramah PAS berceramah di rumahnya adalah tidak salah selagi diberi permit, tetapi pegwai kerajaan yang memaklumkan kepada DSAI tentang penyelewengan anggota UMNO itulah yang salah di sisi undang-undang, Ini menunjukan campur tangan yang amat ketara di dalam undang-undang negara oleh parti UMNO. Adakah peraturan dan perlembagaan UMNO mengatasi undang-undang dan Perlembagaan Negara?. Persoalan ini amat besar dan payah untuk untuk disampaikan kepada rakyat, kerana tahap pemikiran rakyat telah dibodohkan oleh UMNO sendiri.

Tidak hairanlah, Mohd Ezam boleh dedahkan bahawa dokumen yang disimpan itu ialah berkotak-kotak, ini membuktikan DSAI menerima banyak dokumen sebagai bukti berlaku penyelewengan anggota UMNO. Dokumen itu mungkin dari BPR, Pejabat Rahim Noor atau Pejabat Peguam Negara.  Sudah tentu salinan asal ada disimpan oleh semua pegawai kerajaan yang terbabit. Adakah Peguam Negara ingin memohon perkenan Mahathir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pendakwaan?. Inilah penderhakaan yang sebenarnya kepada negara. Fenomena serupa inilah yang menyebabkan anggota kecil UMNO pun jadi besar kepala. Kerana bagi mereka boleh berjahat, selagi dinaungi UMNO mereka akan selamat.

Tidak keterluan dikatakan bahawa dokumen yang dikatakan mengandungi bukti penyelewengan itu semuanya adalah berkaitan dengan penyelewengan anggota UMNO, samada anggota berkenaan sebagai Perdana Menteri, Menteri, Pegawai Kerajaan, Bahagian UMNO, Cawangan UMNO dan aggota kecil yang lain. Tetapi semuanya adalah melibatkan penyelewengan yang dikaitkan dengan UMNO secara langsung. Dokumen UMNO adalah bukan Dokumen kerajaan. Tetapi jika dokumen kerajaan yang diberikan kepada DSAI atas nama Jawatan Kuasa Disiplin Parti UMNO ( JKDPU ), maka taraf dokumen itu sudah bertukar dari dokumen kerajaan kepada dokumen UMNO walaupun asalnya ia diperingkat sulit, cuma kalau sulit pun bukan diperingkat kerajaan tetapi diperingkat UMNO, maka atas kapasiti apakah  JKDPU itu boleh mengatasi dokumen kerajaan?. Ulas dan bincanglah dengan cara mana pun, semua itu adalah menyalahi undang-undang. Maka DSAI bukan simpan dokumen kerajaan, tetapi dokumen UMNO.

Sehingga sekarang, Mahathir tidak pernah menafikan tentang status dokumen berkenaan. Apa yang dia kata ialah DSAI nak gunakan dokumen itu black-mail orang lain selepas dia jadi PM. Ini satu hal juga, Apakah hubungannya dokumen itu dengan black-mail orang. Apakah yang dimaksudkan ‘orang’ seperti yang dikatakan oleh Mahathir itu?.Adakah ‘orang’ itu anggota UMNO atau pegwai kerajaan?. Logiknya, dokumen yang diberikan oleh pegawai kerajaan kepada DSAI atas kapasiti  DSAI sebagai JKDPU dan bukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Kalau atas kapasiti menteri, Mahathirlah lebih layak!.

Sebab itulah Mahathir, Daim , Rafidah dan senggukan dengannya itu amat takut sekarang. Sesiapa jua yang menyeleweng dan ada dokumen bukti tetapi telah ‘diselamatkan’ oleh Mahathir akan merasa panas bontot sekarang. Tidak hairanlah malam penangkapan DSAI itu dilakukan sedemikian rupa, semua barangan disepahkan ke lantai. Memang mereka cuba mencari dokumen berkenaan di merata tempat, namu ternyata gagal. Kereta dan pejabat peguam DSAI juga digeladah ala perompak. Semua itu adalah bukti Mahathir tidak mahu dokumen itu terlepas kepada rakyat. Apabila rakyat tahu penyelewengan UMNO yang cuba ditutup itu, maka padahlah UMNO, padah UMNO bermakna tergugatlah keturunan Mahathir.  Untuk menyelematkan keadaan itulah, lalu mereka klaskan pula dokumen berkenaan kepada dokumen kerajaan. Walhal, tarafnya dokumen UMNO saja.

Tetapi jika betul Mahathir dan Menteri setuju bahawa dokumen itu masih bertaraf dokumen kerajaan. Maka Pegawai Kerajaan yang memberikan dokumen itu kepada DSAI itulah sepatutnya disalahkan terlebih dulu, mereka mungkin Mohtar Abdullah, Mohd Said Awang ( SB ), Rahim Noor, Pengarah BPR dan mungkin ramai lagi yang terlibat. Jangan lupa untuk mendakwa mereka itu sama.

Sekian

muramozi