PELANCARAN PARTI KEADILAN DI BUMI KENYALANG

Pada 13 Ogos 1999, jam 8.00 malam, Parti KeAdilan telah dilancarkan di bumi Kenyalang. Pelancaran parti itu mendapat sambutan yang hebat dan dihadiri di antara 6000 - 7000 orang. Ini baru di Kuching, dan belum lagi di bahagian-bahagian lain. Kehadiran manusia semalam sudah pasti akan mengecutkan sedikit perut Tok Uban Mahmud Yang Takut Bini yang sebelum
ini dengan sombong dan angkuhnya berkata di hadapan Kepala Shit bahawa "Parti KeAdilan tiada di sini!". Sebenarnya secara ironik Tok Uban Mahmud Yang Takut Bini cuba mengatakan kepada sekelian rakyat bahawa di Sarawak seperti di Semenanjung Malaysia dan Sabah TIDAK ADA KEADILAN, dan yang ada hanyalan KEZALIMAN, kerakusan, dan kronisme melulu yang tanpa segan silu dilakukan.

Tarikan utama pada malam keramat itu ialah ucapan Sdr Roslan Kassim dan DS Dr. Wan Azizah. Ucapan mereka cukup berbisa dan sinis. Meskipun lampu banglo seorang YB regim Barisan Taik yang berdekatan agak gelap, mereka pasti dapat mendengar setiap patah dan hujah kedua-dua insan tersebut. Kita doakan YB Regim Barisan Taik ini mendapat hikmah dan keberanian untuk menyokong perjuangan keadilan dan membasmi kezaliman.

Ucapan Kak Wan  saya percaya amat menyayat hati mereka yang hadir, khususnya kaum wanita, dan Kak Wan jelas dapat menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang isteri, seorang ibu dan seorang serikandi. Walau bagaimanapun, jika KeAdilan
bercita-cita hendak menumbangkan regim Kepala Taik di Sarawak, maka ceramah-ceramah seperti semalam perlulah dibawa ke daerah-daerah lain dan bukan sekadar di Kuching sahaja. Masalah etnik tidak timbul lagi kerana perhimpunan semalam jelas menunjukkan dihadiri oleh pelbagai kaum dan Keadilan telah berjaya merentasi perkauman.
 

Salam reformasi,

Pelagus