CETUSAN HATI

Selepas pilihanraya, sudah banyak artikel artikel mengenai pilihanraya yang disiarkan dalam laman laman reformasi. Artikel artikel yang jelas menunjukkan terdapatnya penipuan penipuan dalam pilihanraya ke 10. Sayang sekali, setakat ini kita masih lagi menunggu nunggu respon dari pemimpin pemimpin BA. Belum ada lagi komen komen yang mencabar. Belum ada lagi komen komen yang berani samaada di dalam atau di luar parlimen. Adakah ini bermakna pemimpin pemimpin BA sendiri telah yakin dengan keputusan tersebut atau yakin tiada apa yang boleh dilakukan? Rakyat memang mengharapkan satu pilihanraya yang adil dan bebas tapi dengan keadaan yang ada, tak mungkinkah pilihanraya yang baru lalu telah dikotori dengan bermacam penipuan? Apa makna apabila Mahathir berkata bahawa pilihanraya kali ini ialah yang paling kotor? Cuba nilaikan kata kata Mahathir ini. Dalam maknanya!

Siapa yang nak mengkotori pilihanraya kalau bukan parti yang tersepit dan yang akan hilang kuasa. Parti parti DAP dan PAS sudah bertanding dalam sembilan pilihanraya dan setiap kali parti parti ini kalah. Tidak ada pun huru hara. Tidak ada pun kekacauan. Tapi bila BN/UMNO dah terasa nak kalah, tiba tiba terkeluar kata kata bahawa huru hara akan tercetus! Bukankah ini pelik? Siapa sebenarnya yang nak cetuskan huru hara? Kalau laporan laporan dan maklum balas yang diterima oleh Mahathir jelas menunjukkan bahawa BN/UMNO akan tumbang, tak mungkinkah tektik tektik kotor digunakan? Bukan lagi satu kemungkinan, tapi memang benar BN/UMNO telah mengguna tektik tektik kotor untuk memenangi pilihanraya. Cuba kita renongkan, bagaimana UMNO boleh menang dikebanyakkan tempat jika jentera pilihanrayanya sudah lumpuh? Nak suruh orang memasang bendera BN pun dah orang orang UMNO tak sanggup lakukan! Nak berkempen, sorrylah! Pelikkan?

 

Kita tengok saja tektik tektik kotor yang dimainkan oleh BN/UMNO menjelang pilihanraya tersebut. Iklan iklan yang tak senonoh yang disiarkan dalam media media massa. Bolehkah kita terima bulat bulat cara cara kotor seperti ini? Bukan kita saja yang terkejut, satu dunia terkejut dengan tektik seperti ini! Tapi, apa yang kita lakukan? Setakat membantah. Setakat petisyen tapi adakah langkah langkah seperti ini membawa sebarang kesan? Bawalah apa apa kes ke mahkamah, kita sudah tahu keputusannya! Ini satu kenyataan! Macam kita dah kebuntuan idea untuk menanangi masalah ini yang telah menghina minda kita! Mana dia cerdik pandai dalam BA? Adakah mereka ini asik dengan teori teori buku saja? Teori teori yang berasaskan undang undang sudah tidak boleh diterima pakai lagi dalam kes ini. Tak boleh kerana kita berdepan dengan orang orang yang benar benar sudah tersepit dan desperate!

Rakyat Malaysia sudah menjadi macam katun. Rakyat Malaysia kini menjadi bahan ketawa satu dunia kerana boleh terima mentah mentah keputusan pilihanraya yang baru lalu walaupun satu demi satu pendedahan mengenai penyelewengan dan penipuan telah dibongkar dan didedahkan tapi satu habuk tindakan susulan pun tak diambil! Badan badan bebas yang sepatutnya memantau pilihanraya hanya tinggal nama saja! Habis pilihanraya langsung senyap sepi tak bersuara! Tapi di sana sini walaupun dalam bulan Ramadan masih kedengaran rungutan rungutan orang ramai mengenai keputusan pilihanraya. Cina, Melayu, India, Iban dan Kadazan semuanya berbincang mengenai pilihanraya dan bersungut tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya. Majoriti rakyat mempertikaikan kesahihan keputusan pilihanraya yang baru sudah. Majoriti rakyat sedar itulah peluang yang paling baik untuk menumbangkan UMNO dan BN dan kemenangan sudah dikatakan dalam tangan tapi apa yang berlaku? Penipuan! Maka hancurlah harapan rakyat jelata untuk menyaksikan perubahan!

Amat jelas sekali, semangat juang kita belum lagi kental!! Masih mentah dari segi memikirkan strategi strategi. Asik dengan teori teori yang ikut buku dan undang undang saja. Dalam peperangan, mana boleh ikut buku sangat? Kita kena pandai adjust mengikut keadaan. Kena ada backup strategies. Mahathir pandai mengguna kepakaran strategis strategis dari kalangan pihak tentera dan polis manakala pihak reformis yang kononnya di kalangan cerdik pandai mengguna tektik tektik yang berdasarkan buku buku! Perbincangan perbincangan pun terlalu ilmiah walhal segala apa yang berlaku dan dihidangkan langsung tak masuk buku dan akal! Sudah tak ikut undang undang lagi! Sudah tiada etika lagi tapi lebih menjurus kepada ‘animal instinct’. Membunuh pun sanggup dilakukan! Macam mana nak menang peperangan??

Dalam perjuangan, janganlah kita hangat hangat tahi ayam kerana lima tahun lama lagi! Macam macam yang boleh dilakukan oleh Mahathir dalam masa lima tahun ini! Lima tahun ialah jangkamsa yang lama. Buktinya, tengoklah media media massa arus perdana sekarang yang tidak henti henti dengan propaganda propaganda mereka! Mahathir pun sudah mula komen mengenai ceramah ceramah oleh BA yang masih dijalankan selepas pilihanraya. Tak mungkinkah ceramah ceramah seperti ini diharamkan kelak? Kalau Harakah pun kini menghadapi tekanan, mereka akan lakukan apa saja. The stakes are just too big, brother! Tak percaya, tengoklah nanti! Perjuangan memerlukan pengorbanan! Tanyalah diri anda, sanggupkah anda berkorban demi perjuangan atau anda lebih mementingkan perjuangan perutisme??? Bersedialah! Ambillah iktibar dari revolusi Iran di mana berbagai kaedah digunakan untuk menjatuhkan regim yang kejam!

 

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Salam Dari Mahazalimtwo