Artikel berikut ditulis sebelum UMNO membuat pengumunan bahawa jawatan jawatan presiden and timbalan presiden tidak akan ditandingi. Pengumuman tersebut mengsahkan bahawa Mahathir memang terasa panik dengan kegawatan yang kini melanda UMNO. Mahathir makin takut akan kemungkinan jawatan presiden ditandingi. Sudah ada desas desus bahawa ramai ahli ahli UMNO sudah bersiap sedia merancang untuk menumbangkan beliau di dalam pemilihan kali ini tapi sebelum ini berlaku, kita semua sudah mendengar pengumuman bahawa Mahathir tidak akan di challenge oleh sesiapa pun! Awal awal lagi Mahathir dan para para juaknya telah memblok akan kemungkinan ini. Satu insuran untuk Mahathir terus berkuasa! Maka sahlah Mahathir berada dalam ketakutan dan bersandar pada populariti Pak Lah untuk terus berkuasa! Setelah beliau dapat apa yang diidamkan, kita tengok dan lihat apa yang akan berlaku pada Pak Lah!

 

STRATEGI LICIK MAHATHIR MENJELANG PEMILIHAN UMNO

Mahathir berlakon lagi! Apabila Mahathir mengumumkan bahawa Pak Lah ialah bakal penggantinya, ini merupakan satu lagi silap mata oleh Mahathir. Kenyataan seperti ini SOUNDS VERY FAMILIAR! Dulu pun dia pernah berkata berkali kali, menjaja ke sana ke sini kononnya DSAI ialah his HEIR APPARENT tapi sebenarnya, Mahathir hanya mahu mengguna populariti DSAI untuk terus berkuasa sambil mengatur strategi strategi untuk mengkuburkan karier politik DSAI.

The rest is history. Kita telah menyaksikan drama demi drama bagaimana DSAI dipecat, diaib dan dizalimi kerana cuba menentang arus. Kerana cuba menegakkan kebenaran. Kerana cuba menyelamatkan khazanah negara dari dibolot oleh se golongan anak pinak dan kroni kroni pemimpin pemimpin tertentu. Kerana cuba membawa perubahan dari segi ketelusan dan akauntabiliti dalam sistem pentadbiran negara. Kerana cuba memperkenalkan nilai nilai murni, beretika dan yang bertamaddun dalam membentuk se buah masyarakat yang majmuk dan harmonis.

Pengumuman seperti inilah yang ditunggu tunggu oleh Pak Lah dan penyokong penyokongnya. Dibuai oleh janji janji manis Mahathir! Sejurus selepas Mahathir membuat kenyataan tersebut, Pak Lah seolah olah nak mengejar carrot yang didanglekan oleh Mahathir pun mengambil tindakan keras terhadap HARAKAH! Kalau Pak Lah percaya sangat dengan lakonan Mahathir ini, mati beranganlah beliau! Awas, sudah banyak contoh di mana Mahathir ni cakap tak serupa bikin. Kalau Pak Lah tak mahu history to repeat itself, beri ultimatum pada Mahathir-suruh dia tandatangan satu perjanjian bahawa kuasa akan diserah kepada Pak Lah dalam tempoh tertentu tanpa sebarang syarat dikenakan. Sudah terbukti selagi Mahathir boleh gunakan seseorang selagi tulah dia baik dengan orang tersebut tapi jika beliau tidak senangi dengan seseorang tu, tak lamalah jawabnya. Itulah yang berlaku kepada tiga timbalannya sebelum ini! Musa tumbang, Gafar diperalatkan dan DSAI diaib dan dizalimi. Ku Li pun terpinggir seketika sebelum dibawa masuk semula ke dalam UMNO dengan tujuan tujuan tertentu!

Mahathir sudah nampak popularitinya di kalangan ahli ahli UMNO dan juga rakyat kian merosot. Keputusan pilihanraya yang baru lepas jelas membuktikannya. Semua jari menuding ke hala Mahathir yang menjadi punca perbalahan di antara orang orang Melayu. Tidak macam dulu apa yang beliau kata rakyat percaya tapi sekarang lagi dia buka mulut lagi rakyat menyampah! Ramai ahli ahli UMNO yang kini menuding jari bahawa Mahathirlah punca kemerosotan sokongan orang orang Melayu terhadap UMNO. Tindak tanduknya yang tak senonoh dan mulutnya yang terlalu celupar ialah punca punca utama mengapa orang orang Melayu telah membelakangi UMNO. Sebelum apa apa lagi, sebelum ahli ahli UMNO bersuara dan menyalahkan beliau, Mahathir telah menuduh PAS dan BA yang memecahbelahkan orang orang Melayu. Satu tektik untuk melindungi dan menutup kelemahan kelemahan sendiri, melemparkan segala kesalahan terhadap pihak lawan! Namun nak mengaku beliau bersalah jauh sekali. Se olah olah Mahathir can do no wrong!

Yang sedihnya tiada seorang pun pemimpin pemimpin UMNO yang berani berterus terang apabila berdepan dengan Mahathir. Tiada seorang pemimpin pun yang berani berkata bahawa Mahathirlah punca kemerosotan sokongan orang orang Melayu terhadap UMNO. Se olah olah pemimpin pemimpin ini bergantung nasib pada Mahathir. Takut, kecut dan bacul apabila berdepan dengan Mahathir! Kekebalan Mahathir terserlah. Ternyata Mahathir lebih kebal dari Raja Raja! Kerana sudah sedar bahawa dirinya sudah tersepit, menjelang perhimpunan UMNO, beliau pun merangkakan strategi liciknya mengguna pula Pak Lah untuk melaksanakan agenda agendanya untuk terus berkuasa. Maka disebutlah bahawa Pak Lah ialah bakal penggantinya. Dicanangnya secara besar besaran dalam media media arus perdana. Tujuannya simple, semata mata supaya penyokong penyokong Pak Lah akan termakan dengan kata kata manisnya ini dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan semasa pemilihan pucuk pimpinan UMNO kelak bukan sahaja kepada Pak Lah tetapi pada Mahathir juga! Regu Mahathir dan Pak Lah! Samalah juga semasa pertandingan di antara Mahathir dengan Ku Li dulu di mana dipergunakan DSAI! Satu lagi strategi licik Mahathir menjelang pemilihan UMNO! Nak harapkan his own strength, dah tak mampu lagi maka digunakan Pak Lah!

Siapa yang bakal berani menentang Mahathir untuk jawatan presiden? Dalam diam diam dengan satu strategi yang sungguh licik, Mahathir telah mengasingkan bakal lawannya-KU LI! Di tawarkan kerusi menteri kepada Rais, seorang oportunis yang dulunya orang kuat Ku Li. Ramai juga orang orang Ku Li yang mendapat habuan kedudukan tinggi selepas pilihanraya baru baru ini yang sudah TERMAKAN BUDI dengan Mahathir! Ku Li kini tinggal kesaorangan, menggigit jari setelah diperguna dan ditipu oleh Mahathir. Sebelum pemecatan DSAI yang telah dirancang, salah satu strategi Mahathir ialah membawa kembali Ku Li dan penyokong penyokongnya ke dalam UMNO. Supaya mudah beliau menyingkirkan DSAI. Supaya Ku Li tidak bergabung dengan DSAI kelak menjadi satu force! Kemudian diberinya satu tugas berat kepada Ku Li yang masih mimpikan jawatan nombor satu negara. Di buaikan carrot kepada Ku Li-deliver the seats and I promise you the world, the premiership! Tapi sayang sekali, "I have given you all the chance to get back Kelantan tapi you have failed to deliver"- satu tugas yang agak rumit untuk Ku Li memandangkan nak menawan Kelantan bukanlah semudah yang dijangkakan. Tapi apakan daya kerana Ku Li masih idam idamkan kerusi nombor satu, terjerumuslah beliau ke dalam perangkap Mahathir! Nampak sangat ketidakmatangan berpolitik Ku Li!

Tanpa disedarinya, Ku Li sudah terjerat dengan tektik halus Mahathir. Kerana kemarukkan kuasa, Ku Li sudah terlanjur dan tersepit! Maka pada satu ketika Ku Li pun menghulurkan tanganya memohon maaf dari Mahathir terhadap kesilapannya yang lampau! Sayang sekali, dengan kekalahan teruk UMNO di Kelantan, dengan sendirinya kredibiliti Ku Li dihancur leburkan oleh Mahathir! Satu strategi licik Mahathir untuk membunuh karier politik KU Li! Di bulan Ramadan ni, Ku Li tidakkah mahu lagi menjemput Mahathir untuk berbuka puasa di rumah Ku Li seperti apa yang Ku Li lakukan se tahun dulu apabila terdengar desas desus bahawa Ku Li bakal dilantik sebagai orang nombor dua??? Mengapa setelah Kelantan kalah teruk, tiada seorang pun anak Kelantan dilantik ke dalam kabinet baru Mahathir. Bukankah Ku Li menang tapi mengapa beliau tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam kabinet? Se kurang kurangnya untuk mengisi kuota anak Kelantan. Yang nyata ialah Ku Li mati berangan dengan janji janji manis Mahathir!

Apa pilihan yang ada pada Ku Li? Hanya ada satu pilihan sahaja. Jika peluang dibuka, Go for broke. Challenge Mahathir for the number one post. Lagi pun, inilah peluang terbaik untuk Ku Li kerana ramai ahli ahli UMNO sudah fed up dengan Mahathir. Banyak bahagian bahagian UMNO yang menuding jari bahawa Mahathirlah punca kemerosotan sokongan orang orang Melayu terhadap UMNO dan jika Mahathir masih menjadi presiden parti, sudah pasti keadaan ini akan bertambah teruk! Mengapa mesti diberi peluang lagi kepada Mahathir untuk menerajui UMNO jika sudah jelas tindak tanduknya membawa kehancuran kepada UMNO? Risikonya terlalu tinggi kerana pekung pekung Mahathir dan kuncu kuncunya terlalu banyak dan rakyat tidak akan lupa dan memaafkan kesalahan kesalahannya. Selagi Mahathir berkuasa dan kuncu kuncunya masih di bawah ketiaknya, selagi itulah UMNO akan ditalqinkan.

The writings are on the wall that Mahathir has to go, itulah pandangan ramai ahli ahli UMNO yang masih sayangkan UMNO. The mother of all problem facing UMNO is Mahathir! Dalam keadaan kritikal ini, di mana UMNO dalam ICU, itulah satu jalan untuk menyelamatkan UMNO! After all dari segi populariti, Mahathir sendiri mengalami masalah besar kerana di negerinya sendiri, UMNO hampir tewas jika tidak diselamatkan dengan tektik tektik MENIPU! Lapan dari lima belas kerusi parlimen di Kedah jatuh ke tangan PAS dan dikebanyakkan negeri, BA memenangi banyak kerusi berbanding dengan pilihanraya 1995! Peratus sokongan orang orang Melayu terhadap UMNO sudah jauh merosot. Satu petunjuk jelas bahawa Mahathir tidak lagi popular di kalangan orang orang Melayu. BN/UMNO kononnya menang besar disebabkan sokongan dari pengundi pengundi bukan Melayu! Bayangkanlah, seorang yang dulunya di label sebagai ULTRA MELAYU kini menang dan bergantung pada sokongan pengundi pengundi bukan Melayu!

Situasi ini ialah lebih kurang sama di zaman YTM Tengku. Ketika itu, siapa yang mendesak YTM Tengku supaya mengundur diri kalau bukan Mahathir sendiri? Siapa yang mempermainkan sentimen pelajar pelajar dan orang orang Melayu ketika itu mendesak supaya YTM Tengku berundur? Mahathir! Akhirnya, YTM Tengku secara gentleman, semata mata untuk menyelamatkan UMNO, berundur juga. Ternyata YTM Tengku berjiwa besar dan sayangkan UMNO. YTM Tengku sedar dengan desakan demi desakan yang dicanangkan oleh Mahathir sendiri, he has overstayed his welcome and it was time for him to UNDUR! Just to save the party! And he did it gentlemanly tanpa menuding jari kat parti parti lawan! YTM Tengku tidak menyalahi parti parti lawan di atas kemerosotan sokongan terhadap UMNO ketika itu! He took full responsibility and quit! Tidak seperti apa yang dilakukan oleh Mahathir sekarang yang asik menyalahkan parti lawan dan tidak mahu mengaku bahawa dirinyalah punca segala masalah!

YTM Tengku pun tidak mengguna media massa dan jentera jentera kerajaan se cara tidak beretika semasa pilihanraya seperti apa yang dilakukan oleh Mahathir semasa pilihanraya baru baru ini. YTM Tengku tidak menyalahgunakan media media massa cara rakus untuk meneruskan agenda agendanya. Tidak macam apa yang kita saksikan sekarang. Iklan iklan dalam akhbar akhbar dan TV yang menjijikkan, yang ternyata melanggar etika pengiklanan! Kalau nak menonjolkan kebaikan BN/UMNO atau pemimpin pun janganlah sampai memburuk burukkan pihak lawan. Iklan rokok Benson tidak akan memburuk burukkan rokok Dunhill dalam iklan iklannya! Iklan jenama sabun FAB tidak akan memburuk burukkan jenama Zaitun dalam iklan iklannya! Ini undang undang RIMBA! Dahlah sistem kehakiman dan perundangan dalam kes DSAI sudah diharu birukan oleh puak puak ini, pilihanraya pun dikotorinya mereka! Mereka tak malu lagi. Mereka tak kisah lagi apa dunia akan kata. Di zaman Mahathir, semua boleh! Menipu pun boleh! Mengkotorkan pilihanraya pun boleh se mata mata untuk survival politik beliau dan kuncu kuncunya!

YTM Tengku could have used the media dan jentera jentera tertentu to remain in power seperti apa yang dilakukan oleh Mahathir sekarang but he did'nt! Senarionya berbeza sekarang. Teknologi maklumat yang dipelopori oleh Mahathir disalahgunakan oleh Mahathir sendiri. Walaupun ternyata Mahathir mengalami kemerosotan sokongan orang orang Melayu terhadapnya, beliau masih berkeras nak memegang terus kuasanya dan dipergunakan orang orang seperti Pak Lah dan Rais dan juga media media massa dan jentera jentera kerajaan untuk agenda agendanya untuk terus berkuasa. Lakonan demi lakonan semata mata untuk survival politiknya. Habis media media massa disalahgunakan. Habis jentera jentera kerajaan diliwatnya tanpa segan silu. Institusi institusi kehakiman dan PDRM habis disalahguna untuk melaksanakan agenda agenda kotor Mahathir dan kuncu kuncunya. Tidak seperti di zaman YTM Tengku dulu, the whole world is laughing at us now! Satu sarkes yang penuh dengan undang undang RIMBA!

Di zaman Mahathir, it’s a known and proven fact Melayu berpecah habis. Memang Mahathirlah yang memecahbelahkan Melayu! Mahathir divides and rules the Malays! Mahathir mengkotak katikkan orang orang Melayu. Mahathir memperbodohkan orang orang Melayu! Apa yang beliau lakukan sekarang menjelang pemilihan UMNO jika dihalusi ialah memecahbelahkan Melayu! Tiga Timbalannya tumbang dan dizamannya UMNO diharamkan dan tercetusnya Semangat 46 dan yang terakhir sekali, UMNO tewas banyak kerusi di dalam pilihanraya! Bukankah ini jelas bahawa Mahathir sudah menjadi LIABILITI kepada perjuangan UMNO dan orang orang Melayu? Sekarang ni orang orang bukan Melayu pula kononnya memberi sokongan padu pada Mahathir! Kalau ini bukan jelas lagi pada pemimpin pemimpin UMNO, hai entahlah. Ahli ahli UMNO sudah fed up jika pemimpin pemimpin UMNO selain dari Mahathir dan kuncu kuncunya masih tidak nampak trend yang sungguh merungsingkan ini. Ahli ahli UMNO pun sedar dengan jentera UMNO yang sudah lumpuh dengan isu isu yang menghimpit UMNO dan BN, dengan angin perubahan melanda negara, kalau tidak dengan penipuan, UMNO dan BN would have lost the recent election.

No one is indispensable, so is Mahathir. What's so special about Mahathir sehingga beliau diagung agungkan? What's so special about Mahathir sehingga kedudukannya perlu dipertahankan? Walaupun sudah jelas beliau bukan lagi aset tapi liabiliti pada UMNO? Leaders come and go. Kalau sudah tamat tempoh shelf-lifenya, jika anda masih sayangkan UMNO, apa tunggu lagi wahai ahli ahli UMNO? Yang mampu mencabar Mahathir sekarang ialah Ku Li sahaja. After all, apa pilihan yang ada pada Ku Li? Kalau nak tunggu Mahathir berundur, jangan harap. Kata katanya kononnya nak berundur hanya janji janji manis sahaja yang sudah lama ahli ahli UMNO dengar when in fact he wants to remain in power and die while in office!

Tingkah laku Mahathir sekarang ialah seorang yang sudah tersepit dan desperate semata mata untuk political survivalnya. Lagi pun, dengan perangainya yang buruk, Mahathir tidak boleh disamakan dengan NABI to die while in office! Adakah apa yang berlaku kepada YTM Tengku akan berulang? Sama samalah kita tunggu dan lihat! The ball is at the feet of pemimpin pemimpin UMNO seperti KU LI! Kalau sayangkan UMNO, do something drastic dan yang berani sebelum dan semasa pemilihan UMNO ini kerana Mahathir sendiri sudah set banyak precedence! After all, YTM Tengku di desak supaya berundur oleh tektik tektik kotor Mahathir! Risiko terlalu tinggi untuk mengkekalkan kuasa Mahathir dan kuncu kuncunya. Satu contoh jelas-lihat saja kabinet barunya yang semata mata untuk memperkukuhkan kuasa yang ada pada Mahathir! Menteri yang kalah dan ditolak oleh majoriti pengundi pun boleh diberi jawatan menteri lagi! Kalau Mahathir kekal sebagai presiden UMNO, tengoklah nanti habis ahli ahli MKT diisi dengan kuota presiden parti demi memperkukuhkan kedudukannya!

BEKAS KETUA BAHAGIAN UMNO