CLEANSING OLEH UMNO?

Dulu sebelum pilihanraya ada banyak artikel dalam laman laman reformasi mengenai cleansing yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin pemimpin tertentu UMNO. Seperti ethnic cleansing yang dilakukan di Bosnia tapi di Malaysia, cleansing ala UMNO! Cleansing terhadap ahli ahli korporat yang simpati dengan DSAI seperti Datuk Ishak dari KFC dan Wan Hasni, seorang anak muda, ahli korporat yang pintar dan berjiwa Islam. Kini pula, setelah menang dalam pilihanraya yang penuh dengan penipuan, UMNO went on a witchhunting mengenalpasti ahli ahlinya yang berpaling tadah semasa pilihanraya yang baru sudah. Proses cleansing dalam UMNO! Tak habis dengan cerita ini, kini pula kita dikejutkan dengan cleansing terhadap IMAM IMAM seperti apa yang berlaku di Selangor!

Nampak gayanya, UMNO masih lagi tidak berpuas hati dengan kemenangan secara menipu yang diperolehinya. Tak cukup dengan cleansing orang orang yang bersimpati dengan DSAI, sekarang ahli ahlinya sendiri dan IMAM IMAM pun nak dicleansingkan. Mengapa tak suruh AHLI AHLINYA dan IMAM IMAM buat PENGAKUAN BERSUMPAH seperti apa yang dilakukan terhadap Dato Murad dulu? UMNO seperti dah ketandusan idea macam mana nak menanangi gelombang kemarahan rakyat jelata sekarang. Diambil jalan mudah tapi jalan mudah ini akan menaikkan perasaan marah rakyat jelata. Seperti tindakan yang diambil terhadap HARAKAH baru baru ini yang lebih memberi kesan kesan negatif dari positif terhadap UMNO! Apabila sesuatu tindakan itu diambil secara tergesa gesa dan tidak jujur dan ada UDANG DISEBALIK BATU, inilah akibatnya!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Salam Dari Mahazalimtwo