GLOBALISASI DAN BUDAYA MENGAMPU DI ERA MAHATHIR

Kita baru saja dengar ucapan tahun baru Mahathir yang banyak memusat mengenai globalisasi dan kesannya terhadap negara kita. Sudah banyak kali Mahathir berkata bahawa globalisasi ini boleh diertikan sebagai penjajahan cara baru. Dunia yang tiada sempadan dan isu globalisasi sempat juga dipolitikkan oleh Mahathir. Rakyat bukan tak peka dengan perkembangan baru ini. Siapa yang mahu melihat negara kita dijajah lagi? Siapa yang mahu melihat syarikat syarikat besar milik negara dijajah oleh syarikat syarikat gergasi asing? Tak perlu cakap, sekarang ini sudah ada bunyi bahawa se bahagian besar SAHAM syarikat Telekom kita akan dimilikki oleh syarikat NTT dari Jepun! Siapa yang beri greenlight supaya saham syarikat penting negara ini dibeli oleh syarikat asing? Inilah dia, cakap lain, buat lain. Samalah juga dengan kes Israel;kononnya menghentam regim Israel tapi dalam senyap senyap menjalinkan hubungan dengan negara tersebut dan bila rahsia terbongkar, pada mulanya, menafikan berita tersebut!!

Isu globalisasi dan dunia tanpa sempadan boleh kita atasi jika kita betul betul serius nak menananginya. Kalau pemimpin asik bercakap mengenainya tapi tidak mengambil langkah langkah berjaga, apa gunanya? Gunalah kreativiti kita. Gunalah kepakaran yang ada. Gunalah tenaga cerdik pandai untuk mengatur strategi untuk menghadapi masalah tersebut. Kalau ia tidak dapat dielakkan, apa pilihan yang ada pada kita jika tidak dengan mengatur strategi strategi tertentu? Negara mempunyai ramai cerdik pandai, mengapa tidak digunakan kepakaran yang sedia ada untuk menanangi masalah ini? Adakah ini bermakna Mahathir tidak mahu mengiktiraf golongan cerdik pandai yang banyak terdapat dalam negara ini? Mungkin dengan tindakan tindakan susulan yang proaktif dan kreatif, apa yang disebut sebagai satu ancaman boleh dijadikan sebagai satu peluang!! Masalah Y2K ialah satu contoh baik di mana satu masalah yang kononnya besar boleh dijadikan satu peluang! Ya, peluang bisnes untuk orang orang tertentu! Begitu juga dengan globalisasi, manalah tahu dengan kreativiti, kita boleh menukarkannya menjadi peluang peluang?

Siapa yang kita nak percaya sekarang? Yang nyata sekarang minda kita dijajah oleh puak puak Mahathir! Dimuatkan tiap tiap hari propaganda propaganda kerajaan dalam media massa arus perdana. Kita ditakut takutkan dengan isu isu seperti globalisasi! Yang lebih teruknya dengan sengaja, tanpa segan silu, fakta fakta diputarbelitkan! Sambil itu, dicuba pula menindas saluran alternatif rakyat-HARAKAH! Bukankah ini satu penindasan dan penjajahan minda rakyat?? Tak payah nak katakan kuasa kuasa asing nak jajah kita, dalam negara sendiri minda kita pun dijajah! Apa gunanya mengingatkan rakyat mengenai isu globalisasi jika rakyat negara ini tidak dberi peluang untuk mendapat maklumat maklumat yang sebenar?? Apabila rakyat tidak didedah dengan maklumat maklumat yang sebenar, maka mudahlah kita dijajah oleh kuasa kuasa asing!

Yang nyata ialah segala langkah yang diambil oleh kerajaan mempunyai udang disebalik batu dengan hanya mementingkan kepentingan kepentingan pemimpin pemimpin tertentu sahaja. Semua tindakan dan langkah yang diambil ialah semata mata bukan untuk kebaikan rakyat terbanyak dan bukan untuk kebaikan parti UMNO tapi untuk menjaga pemimpin pemimpin seperti Mahathir!! Maka tak hairanlah ada di kalangan individu individu yang nampak peluang keemasan dan tercetuslah budaya membodek dan mengampu dan sindrom membisu! Ini pun boleh dijadi peluang!!

Selagi kita tidak telus dan akauntable, selagi tulah mudah kita dijajah kelak dalam dunia yang tidak ada sempadan! Macam mana nak telus kalau masih ada lagi bumiputera yang first class dan third class? Bumiputera yang tidak ada kredibiliti pun boleh dapat kontrak besar. Projek projek besar habis diberi kepada anak pinak dan kroni kroni orang orang politik tanpa kriteria kriteria yang kukuh. Yang tinggal untuk rakyat terbanyak ialah hanya projek projek ikan bilis. Asik asik orang yang sama dapat! Jurang perbezaan kian meruncing! Pemberian kontrak kontrak besar tidak dijalankan secara telus. Maka berontaklah bumiputera class ketiga seperti apa yang berlaku semasa pilihanraya baru baru ini.

Dalam pentadbiran yang tidak telus, bumiputera yang tidak mempunyai merit yang meyakinkan boleh juga diberi jawatan penting. Yang diutamakan sekarang ialah sistem Mengampu. Siapa yang kuat mengampu atau pandai berlakon, boleh hidup, boleh naik tangga cepat atau boleh kekalkan jawatan. Tak payah kerja kuat. Tak payah membanting tulang. Tak payah perah otak. Ikut saja cakap bos. Ikut saja arahan bos walaupun ternyata arahan tersebut tak senonoh! Itulah yang berlaku di Kedah dulu semasa Sanusi menjadi MB. Idea gilanya nak tanam padi atas bumbong. Tiada seorang exco pun yang berani menentang idea karut Sanusi ini ketika itu. Bagus bos, bagus bos kita boleh cuba laksanakan. Akhirnya, projek seperti ini ternyata satu pembaziran aja! Tanah di Kedah sikit punya banyak lagi yang boleh ditanam dengan padi! Menjadi bahan ketawa dan bahan politik! Satu lagi contoh baik ialah pertandingan mencabut uban yang diilhamkan oleh Sanusi juga. Kerana ia keluar dari mulut Sanusi, tiada siapa pun berani menentang atau menegur cadangan tersebut! Akhirnya, apa jadi? Menjadi bahan ketawa dan bahan politik untuk pihak lawan!

Budaya mengampu ni sudah menjadi barah dalam negara kita! Maka tak hairanlah, kerajaan baru PAS di Terengganu baru baru ini telah mengeluarkan arahan supaya kakitangan kerajaan di negeri tersebut mesti berani bersuara dan menegur dan menghakiskan budaya mengampu! Budaya mengampu ini lebih membawa keburukkan dari kebaikan!!! Sepatutnya kerajaan yang telus dan akauntable tidak mengamal dan menggalakkkan budaya mengampu! Tak payahlah nak menakut nakutkan rakyat dengan teori globalisasi dan penjajahan cara baru. Perbetullah rumah sendiri untuk menghadapi ancaman ancaman berhubung dengan globalisasi. Kerajaan Terengganu sudah pun mengambil langkah baik untuk membanteras gejala ini, bilakah agaknya kita nak dengar kerajaan BN mengambil langkah serupa?? Jangan cakap aja, lakukan!! Adakah kekecohan di Negri Sembilan baru baru ini menunjukkan kerajaan BN jujur nak menghentikan budaya budaya kurang sihat ini atau nak meneruskan budaya budaya ini?

Salam Dari Awang Siber