HAMID OTHMAN: TEMAN SETIA ANDA!

Dulu satu negara digemparkan dengan buku yang ditulis oleh Datuk Shahnon. Buku yang disifatkan oleh pemimpin pemimpin UMNO sebagai satu buku kontroversial yang bertajuk SHIT. Kita dapat saksikan bagaimana Datuk Shahnon di hentam bertubi tubi dalam media media massa. Tak habis habis YB Datuk Shahnon dihentam oleh pemimpin pemimpin UMNO. Habis diseretnya orang orang tertentu untuk memberi komen terhadap karya ciptaan YB Datuk Shahnon. Kononnya YB Datuk Shahnon mencarut! Buku pun boleh dipolitikkan oleh pemimpin pemimpin UMNO!

Tapi bila Datuk Shahnon bertanding di SIK menentang ulama UMNO Mid Man, yang kalah bukan penulis buku SHIT tapi Mid Man! Seorang menteri yang menjadi pakar rujuk agama dalam kabinet Mahathir boleh tewas kepada penulis buku SHIT yang telah dihentam bertubi tubi oleh pemimpin pemimpin UMNO dengan dibantu oleh media media massa arus perdana!! Nampak jelas pengundi pengundi di Sik tidak mudah terpedaya dengan propaganda propaganda dan dakyah dakyah UMNO! Apa dah jadi? Kerana Mid Man terlalu Shitlah beliau ditolak oleh pengundi pengundi Melayu di Sik! Kalau orang orang UMNO kata Datuk Shahnon teruk, Mid Man lagi teruk shitnya sehingga ditolak oleh pengundi pengundi! Satu kekalahan yang sungguh memalukan. Yang lebih memalukan ialah apabila dah kalah, boleh dilantik lagi sebagai menteri! Diberi peluang lagi oleh Mahathir yang kuat egonya, yang tidak mahu menerima verdict pengundi pengundi di Sik!

Kalau dah kalah buat apa lagi diambilnya Mid Man? Takkan UMNO dah ketandusan ulama ulama? Kalau menteri pendidikan boleh diambil dari kalangan orang bukan politik, apa salahnya melantik seorang luar, seorang pakar agama sebagai menteri untuk menjaga hal ehwal agama? Sudah tentu, setelah diberi peluang sekali lagi, Mid Man akan menjadi Pak Turut Setia kepada Mahathir!! Teman setia Mahathir! Tambah tambah lagi Mid Man yang mempunyai inferiority complex kerana tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris!

Selama ini pun mana Mid Man berani menegur atau menasihati Mahathir? Sebaliknya, Mahathir yang kepala sekular yang tidak menjalani pendidikan formal dalam bidang agamalah yang call the shots dalam hal ehwal agama. Mid Man ternyata hanya mengiyakan segala apa yang Mahathir lakukan! Yang jelas ialah Mid Man tak berani menentang, tak berani memberi pendapat mengenai agama yang bercanggah dengan kemahuan Mahathir! Diturutnya secara membuta walaupun ternyata apa yang Mahathir lakukan bercanggah dengan undang undang Islam! Adakah kita dengar suara Mid Man apabila Mahathir memperlekehkan janggut nabi? Adakah kita mendengar Mid Man bersuara apabila Mahathir menghentam mufti Selangor dulu? Inilah bezanya ulama yang mementingkan perutisme dan duniawi! Padanlah hang kalah Mid Man! Hang sepatutnya dah jadi bahan reject tapi masih diletak di atas shelf oleh Mahathir! Satu balasan dari Allah swt! Siapa nak respect hang? Muka tak malu!

Salam Dari Awang Siber