BARU SEKARANG KU LI NAK BERSUARA!

Akhirnya, ada juga pemimpin yang berani menentang arus, menyuarakan pandangan bernas mengenai perkembangan politik semasa. Ku Li yang sudah terjerat dan terperangkap dengan strategi licik Mahathir dan kuncu kuncunya, sudah tidak tahan lagi, lantas meluahkan perasaan tidak senangnya terhadap perkembangan politk semasa. Betul seperti apa yang dikatakan oleh Ku Li, penekanan terhadap Harakah bukan cara yang demokratik dan berkesan untuk menanangi masalah yang dihadapi oleh UMNO. Lagi ditekan Harakah, lagi rakyat menyampah dengan UMNO. Cara drastik seperti ini akan menjauhkan lagi anak anak muda dari UMNO. Bukan Harakah yang menjadi isu. Yang menjadi isu atau masalah ialah presiden parti. Rakyat sudah meluat dengan media media arus perdana kerana laporan laporannya yang ternyata berat sebelah dan keterlaluan. Asik menabur fitnah dan memaparkan dakyah dan propaganda propaganda yang menjijikkan. Dalam hal ini, siapa yang sepatutnya dipersalahkan?

The root of the problem is Mahathir. The mother of all problems is Mahathir. Kalau ternyata Mahathirlah yang bermasalah, mengapa mesti mempertahankan beliau? Adakah pemimpin pemimpin UMNO betul betul sayangkan parti atau lebih mementingkan kedudukan masing masing? Jangan salahkan ahli ahli UMNO jika mereka bertukar kapal kerana tindak tanduk segelintir pemimpin pemimpin UMNO yang tidak sensitiflah yang membuat mereka mengambil tindakan seperti ini. Nak buat macam mana jika pemimpin pemimpin UMNO yang ahli ahli bergantung harap lebih seperti kerbau dicucuk hidung, tak berani menyuarakan pendapat pendapat ahli ahli biasa. Segala apa yang disuarakan oleh pemimpin pemimpin UMNO seperti yang dipaparkan dalam media media massa langsung tidak mencerminkan perasaan atau pandangan ahli ahli biasa! Pandangan pandangan yang lebih mirip nak mengampu dan menyedapkan hati presiden parti sambil sanggup membelakangi kepentingan parti!

Kepada Ku Li, syabas kerana berani bersuara tapi awas, silap silap langkah, Ku Li akan terkena ugut. Terdahulu dari ini sudah banyak artikel dalam laman laman reformasi yang memesan Ku Li supaya jangan terperangkap dengan janji janji palsu dan strategi strategi licik Mahathir. Mahathir dan kuncu kuncunya sudah merancang lama untuk menamatkan karier politik Ku Li. Sebelum tu, dicuba mempergunakan Ku Li, kononnya Ku Li boleh memberi kemenangan kepada BN di Kelantan. Permainan politik pecah dan belah yang terlalu kotor! Kes BMF habis dipersalahkan kepada Ku Li dan puak puak ini digambarkan bersih seperti kain putih!

Di antara Tok Guru Nik Aziz dan Mahathir siapa yang lebih jujur? Sekarang, ke mana Ku Li nak pergi? Hanya ada satu pilihan saja yang tinggal. Jika Ku Li betul sayangkan UMNO, jika Ku Li nak selamatkan UMNO. KU LI MESTI LAWAN MAHATHIR UNTUK JAWATAN PRESIDEN PARTI! PAK LAH BUKAN LAWAN KU LI!

Salam Dari Mahazalimtwo