BUKTI KUKUH MAHATHIR SEORANG YANG EGOISTIK

Bolehkah UMNO bangga dengan kemenangan dalam pilihanraya baru baru ini? Kemenangan dua pertiga yang diperolehi oleh UMNO tidak bermakna kepada UMNO kerana UMNO hanya mampu menang 72 kerusi saja manakala parti parti komponen dalam BN memenangi 76 kerusi. Jika ditolak kerusi kerusi yang dimenangi oleh UMNO di Sabah, jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO di Semenanjung ialah jauh lebih rendah! Inilah yang dinamakan kemenangan dalam kekalahan. Lagi pun majoriti dua pertiga yang diperolehi oleh BN tidak ada ertinya kepada UMNO khususnya orang orang Melayu kerana yang membawa kemenangan untuk BN adalah undi orang Cina, India, Dayak, Iban, Murut, Bajau dan Kadazan! Yang solid dibelakang BA ialah orang orang Melayu. Satu ironi kerana sepatutnya ‘United Malay National Organisation’ didokong oleh orang orang Melayu.

Sebagai seorang yang egoistik, Mahathir tidak mahu menerima hakikat ini. Sebaliknya dipersalahkan PAS dan BA. Wan Mokhtar sekurang kurangnya merasa bertanggungjawab di atas kekalahan teruk UMNO di Terengganu. Seteruk teruk Sanusi pun dia merasa bertanggung jawab di atas kekalahan banyak kerusi UMNO di Kedah. Tapi tidak pada Mahathir, beliau tidak boleh dipersalahkan dan tidak mahu dipersalahkan. Ramai ahli majlis tertinggi UMNO kecundang pun tidak boleh disalahkan Mahathir juga.

Mahathir kebal! Beliau buat buat tak sedar dan masih mahu mengaburi pandangan rakyat dengan mengalihkan kesalahan terhadap PAS dan BA. Mana Mahathir buat salah! Mahathir sentiasa betul, maka terpekik terlolonglah pemimpin pemimpin UMNO yang lain menjajakan cerita yang sama yang dilafazkan oleh pemimpin nombor satu mereka. Sambil itu terpekik terlolonglah pemimpin pemimpin ini menyokong saranan supaya jawatan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu ditandingi….kononnya untuk mengelakkan perpecahan dalam parti!

Disebabkan seorang pemimpin yang egoistik, parti binasa! Mana lebih dipentingkan, individu atau parti??? Betul ke pemimpin pemimpin ini sayangkan parti atau lebih sayangkan kedudukan masing masing? Ambil iktibar dari apa yang dilakukan oleh Tengku Abdul Rahman dulu yang berundur. Tengku merasa bertanggungjawab di atas kekalahan UMNO di banyak tempat dalam pilihanraya pada tahun 1969!

Salam Dari Mahazalimtwo