KEBEBASAN ALA MAHATHIR

Mahathir asik melaungkan bahawa negara kita mengamalkan demokrasi tapi demokrasi macam mana yang Mahathir maksudkan kalau akhbar Harakah pun dikenakan tekanan, mengeluh seorang pak haji yang dulunya penyokong totok UMNO? Pak Cik dah meluat mendengar kata kata macam ni. Demokrasi acuan Mahathir di mana pesta kemaksiatan menyambut alaf baru boleh dibiarkan tanpa sekatan. Akhbar akhbar berbahasa melayu milik kuncu kuncu UMNO seperti Berita Hairan dan Utusan Meloya langsung tidak memesan remaja remaja Islam supaya jangan terlibat dalam pesta seperti ini. Pak Cik nampak hanya Harakah saja yang beriya iya menyeru umat Islam supaya jangan terlibat dalam pesta kemaksiatan ini yang dijalankan di bulan Ramadan. Ya, berkali kali Harakah memesan umat Islam supaya menghormati bulan Ramadan dan jangan terlibat dalam aktiviti aktiviti yang bercanggah dengan ajaran ajaran Islam.

Mana pergi Hamid Othman. Mana pergi Jabatan Hal Ehwal Agama kita? Mana suara Hamid Othman menyeru remaja remaja kita supaya jangan terlibat dalam pesta tersebut? Inikah bentuk demokrasi ala Mahathir, kebebasan ala Mahathir yang dilaung laungkan? Demokrasi yang bukan mencegah segala bentuk kemaksiatan tapi menindas suara suara yang cuba nak menegakkan syariah dan syariat Islam. Padanlah negara negara Islam tak berapa hormat kat kita lagi. Nanti menjelang persidangan OIC di sini, kita dedahkan berita berita seperti ini supaya perwakilan perwakilan antarabangsa nampak jelas bentuk negara Islam yang diamalkan oleh negara kita. Masyaallah!

Sekarang ni kebebasan bersuara tidak lagi wujud. Kena ikut saja cakap kerajaan. Kena ikut saja cakap pemimpin. Kena terima semua yang kerajaan hidangkan. Kena telan apa yang kerajaan cuba hidangkan. Tak perlu fikir banyak. Kita kena jadi macam robot. Ikut perintah. Ikut arahan. Cakap salah kena tangkap! Cakap salah kena ugut! Cakap salah permit kena tarik balik! Cakap salah kena tekanan tekanan! Inilah kebebasan ala Mahathir!!!

Salam Dari Mahazalimtwo