SIAPA YANG SAKIT KEPALA?

Dulu, menjelang pilihanraya ke 10, kita asik dihidangkan dengan iklan iklan yang tak senonoh oleh BN/UMNO. Seluruh negara terkejut, tak menyangka melihat iklan iklan yang tak senonoh yang ternyata melanggar kod etika pengiklanan. Di antara iklan tak senonoh ini ialah iklan yang memaparkan gambar gambar YB Datuk Fadzil Nor, Bekas YB Lim Kit Siang dan DSAI dengan captionnya berbunyi mereka bertiga ini sakit kepala, macam mana mereka nak mentadbir negara! Dasyat sungguh iklan tersebut tapi sekarang kita nak tanya, SIAPA PULA YANG SAKIT KEPALA?

Dengan perkembangan perkembangan yang sedang berlaku, Gerakan buat hal di Pulau Pinang, MCA menuntut diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri di Pulau Pinang, UMNO Negri Sembilan bergolak disebabkan perlantikkan semula Waad Mansor sebagai ahli exco walaupun kes rasuahnya masih belum selesai, masalah perlantikkan MB Kedah yang mengambil masa agak lama, pergolakkan dalam UMNO setelah satu lagi negeri yang kaya jatuh ke tangan PAS dan ahli ahli UMNO mula menyalahkan Mahathir di atas prestasi menurun UMNO dalam pilihanraya, siapa yang pening kepala sekarang? Allah swt maha kaya, bukan setakat sakit kepala, Mahathir ditimpa MIGRAINE sekarang!! Tak tahan serangan migraine ni, maka beliau nak lari bercuti ke Argentina!

Memang sah, Mahathir dan kuncu kuncunya ialah dalang disebalik iklan iklan tak senonoh yang disiarkan dalam media media arus perdana menjelang pilihanraya dulu! Walaupun beliau menafikan dan berkata bahawa iklan iklan tersebut dicipta oleh penyokong penyokong BN/UMNO, tetapi pada saat saat akhir terbongkar juga rahsia siapa yang sebenar disebalik semua iklan iklan yang menjijikkan itu! Pandai pandai tupai melompat, hah satu dua hari sebelum pilihanraya, tersiar juga satu iklan yang menyeru rakyat menyokong BN/UMNO yang ditandatangani oleh Mahathir sendiri! Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa Mahathir sendiri ialah dalang disebalik iklan iklan yang melanggar kod etika pengiklanan yang disiarkan?

Apa yang kita boleh simpulkan dari episod ini? Pertama, Mahathir telah berbohong kepada rakyat apabila beliau berkata bahawa iklan iklan ini berpunca dari penyokong penyokong BN/UMNO. Sebenarnya, beliau dan para konspirators ialah the brains behind all these dirty adverts! Kedua, Mahathir sebagai pemimpin negara telah dengan sengaja mengkotori pilihanraya dengan menyalahgunakan media massa untuk menyiarkan agenda agenda kotornya yang sungguh menjijikkan. Sebelum ini, beliau sendiri ada berkata bahawa pilihanraya kali ini ialah paling kotor sekali dan iklan iklan ini ialah BUKTI BUKTI KUKUH bahawa beliaulah yang mengkotori pilihanraya tersebut dan ketiga, dengan tektik kotor macam ini dan pembohongan secara selambanya, Mahathir sekali lagi cuba menghina minda kita! Dia ingat rakyat bodoh boleh percaya dengan kata katanya lagi. Dia ingat rakyat Malaysia mudah diperdayakan tapi sayang sekali, rakyat nampak jelas apa yang cuba dilakukan oleh Mahathir. Satu usaha LAST KOPEK seorang yang ternyata sudah TERSEPIT DAN DESPERATE! Dia sanggup lakukan apa saja untuk survival politiknya!

Iklan iklan seperti inilah yang digunakan sebagai alasan, sebagai penyebab mengapa BN/UMNO boleh menang dalam pilihanraya tersebut!! Kononnya pengundi pengundi ‘termakan’ dengan iklan iklan tersebut dan memberi undi mereka kepada BN/UMNO! Untuk menghalalkan agenda agenda penipuannya di mana BN/UMNO dapat mengkekal majoriti dua pertiga dan Mahathir terus berkuasa!

Memang tepat sekali seperti apa yang disebut dalam artikel artikel yang disiarkan dalam laman laman reformasi, dengan bukti bukti yang dapat dikumpulkan BN/UMNO menang pilihanraya ke 10 secara PENIPUAN! Mahathir berjaya mengkekalkan kuasanya secara MENIPU! Sekarang Mahathir pening kepala memikirkan bagaimana nak menutup segala penipuan yang telah dilakukan kerana sehingga ke hari ini keputusan pilihanraya tersebut belum lagi diwartakan! Insyaallah, satu persatu angkara angkara penipuan ini akan terbongkar juga dan sebelum ini berlaku, sebagai langkah berjaga jaga, Mahathir akan ‘bercuti’ lama di Argentina di mana beliau mempunyai sebuah mahligai!

JPM