Apabila pengamal rasuah tersepit
 
Assaalamualaikum,
                  Dr Mahathir marah DSAI menyimpan dokumen diluar negara tetapi tidak marah menteri2 kanannya tertuduh melakukan rasuah dimana tuduhan diringi salinan-salinan bukti. Rafidah malu DSAI menyimpan dokumen diluar negara tetapi Rafidah tidak malu mengamalkan rasuah melalui menantunya dan lain-lain yang belum dapat dikesan buktinya. Taib Mahmud
sedih sumpah pegawai kerajaan diketepikan oleh DSAI tetapi tidak sedih dirinya dipandang hina oleh rakyat Sarawak sebagai Raja Rasuah Bumi Kenyalang. Ghurka-ghurka hingusan Pemuda Umno mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil keatas mereka yang terlibat dengan dokumen-dokumen rahsia tersebut tetapi tidak sedikit pun mahu mendesak selidikkan dilakukan terhadap laporan2 rasuah Daim dan Rafidah yang dibuat dengan oleh DSAI.

                 Ini adalah diantara sandiwara yang dicanangkan oleh oleh Dr Mahathir dan petualang-petualangnya untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar. Seorang Perdana Menteri yang jujur dan ikhlas akan terkejut besar dengan tuduhan begitu berat terhadap menteri-menteri  kanannya, malah salah satu tuduhan berkaitan Eric Chia dituju juga kepadanya secara peribadi. Seorang yang jujur dan ikhlas akan mencabar pihak polis untuk melakukan siasatan untuk membersihkan namanya dan nama orang-orang kanannya. Tetapi jauh panggang dari api, tidak sedikit pun kata-katanya menjurus kepada siasatan yang dituntut dan ditunggu-tunggu oleh rakyat ini. Mungkinkah terlalu parah keadaan mereka sehingga tidak berani langsung diletakkan keatas bahu orang-orang suruhannya seperti yang telah dan sedang dilakukan didalam kes-kes mahkamah yang dihadapi DSAI.

                   Tiada undang-undang yang dilanggari DSAI sekiranya tindakkanya hanya bermotif mempertahankan bukti-bukti rasuah tersebut dari dihidu dan dikesan oleh penjenayah-penjenayah yang dituduh.  Dibawah undang-undang, membunuh orang adalah salah tetapi tidak salah sekiranya didalam keadaan terpaksa mempertahankan diri.

                   Apabila pengamal rasuah tersepit berbagai helah dilakukan untuk mengaburi mata rakyat.

Wassalam